Raja Jumaat ibni Raja Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Raja Jumaat ibni Raja Jaafarialah seorang putera Raja Riau yang terkenal sebagai pengusaha bijih timah yang terkaya di Selangor, Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19.

Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali, Yang Dipertuan Muda Riau dari kerabat diraja Riau. Raja Jumaat merupakan seorang yang kaya dan telah membayar hutang-hutang Sultan Muhammad semasa baginda berada di Melaka. Selepas itu Sultan Muhammad telah mengahwini puteri beliau bernama Tengku Senai atau Tengku Nai dengan Raja Jumaat. Melalui hubungan sebagai menantu Sultan Muhammad Shah, Raja Jumaat telah memperolehi pengaruh yang lebih kukuh di Lukut. Raja Jumaat kemudian menjadi sangat kaya disebabkan kejayaannya menjual bijih timah ke Melaka (Lukut) yang terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an. Raja Jumaat dikatakan menyambung menyambung kembali usaha ayahnya, Raja Jaafar yang menyerahkan perusahaan lombong bijih timah di Lukut kepadanya. Sebelum itu, Lukut pernah ditadbir oleh seorang kerabat diraja Selangor yang bernama Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, saudara terdekat kepada Sultan Selangor Kedua, Sultan Ibrahim. Raja Busu mula membuka lombong bijih kira-kira seawal tahun 1815. Beliau juga memainkan peranan membawa kemasukkan pelombong-pelombong Cina ke Lukut. Lukut menjadi semakin terkenal dengan perusahaan perlombongan bijih dan menjadi makmur. Raja Busu bertindak menaikkan cukai sebanyak 10 peratus sehingga menyebabkan kemarahan para pelombong dan menyebabkan Raja Busu dibunuh oleh orang-orang Cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan pada tahun 1834. Selepas kematiannya, ayahanda Raja Jumaat iaitu Raja Jaafar datang untuk menyambung kembali kegiatan perlombongan di Lukut. Kota Lukut yang terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson diasaskan oleh Raja Jumaat yang membina Kota Lukut itu sebagai sebuah kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah. Raja Jumaat merupakan pemimpin yang bijak kerana beliau tidak mahu menerima nasib sepertimana Raja Busu. Di bawah penguasaannya, Lukut menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal pada zaman itu.

Raja Jumaat meninggal dunia pada tahun 1864 dan disemadikan di Makam Diraja Lukut yang terletak tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati. Malangnya, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut dan menyebabkan kota itu mundur dan akhirnya dibiarkan begitu sahaja.

Nota: Gambar di sebelah kanan ialah gambar Raja Bot bin Raja Jumaat.

Kunjungilah Muzium Lukut, Port Dickson untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]