Lukut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukut
Pemandangan kawasan perumahan di Lukut
Pemandangan kawasan perumahan di Lukut
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Ditubuhkan 1800-an
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tidak disediakan (UTC)

Lukut merupakan sebuah bandar yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia dipercayai dibuka oleh Raja Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah. Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini, Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama.

Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot.

Lukut juga pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus Nipah di Bukit Pelanduk.

Di Lukut juga terdapat sebuat kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah.

Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong (kini Seremban yang merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan).[1]

Kampung[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Batu 6 Lukut
  2. Kampung Bukit Palong Lukut
  3. Kampung Seri Parit
  4. Kampung Melayu Seri Parit Dalam

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Bandar Baru Lukut Jaya
  2. Taman Perdana Bukit Palong
  3. Taman Seri Aman
  4. Taman Tun Sambathan
  5. Taman Jaya Lukut
  6. Rumah Rakyat Pekan Lukut
  7. Taman Indah Jaya
  8. Taman Aman]
  9. Taman Wawasan

Pekan Berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Kuala Lukut
  2. Siliau
  3. Jimah
  4. Bandar Springhill
  5. Sirusa

Rujukan[sunting | sunting sumber]