Raja Melewar
Raja Melewar راج مليوار | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yamtuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
- | |||||||||
Pemerintahan | 1773 – 1795 | ||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||
Didahului oleh | jawatan ditubuhkan | ||||||||
Diikuti oleh | Tuanku Raja Hitam | ||||||||
Keputeraan | Raja Mahmud Ibni Sultan Abdul Jalil Johor berdaulat Pagaruyung | ||||||||
Kemangkatan | 1795 Rembau, Negeri Sembilan | ||||||||
Pemakaman | Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan | ||||||||
Pasangan | Che Seni binti Datuk Penghulu Naam Che Puan Jangka binti Datuk Penghulu Mukim Hulu Muar Uzdi Haissar | ||||||||
Anakanda | Tunku Puan Aishah Tunku Totok Tunku Kadir | ||||||||
| |||||||||
Wangsa | Pagaruyung | ||||||||
Ayahanda | Sultan Abdul Jalil Johan Berdaulat (Sultan Munim Shah III) | ||||||||
Bonda | Ratna Indusari | ||||||||
Agama | Islam |
Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil, digelar Raja Melewar (Tulisan Jawi: راج مليوار), ialah seorang putera raja Minangkabau dari kerajaan Pagaruyung. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. [1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Nama asal baginda ialah Raja Mahmud, anakanda kepada pasangan Yang Dipertuan Pagar Ruyung Sultan Abdul Jalil (bergelar Sultan Munim Shah III) dan Putri Ratna Indusari Yamtuan Raja Balembang. Baginda mendirikan rumah tangga dengan Che Seni binti Datuk Penghulu Naam dan Cik Puan Jangka binti Datuk Penghulu Ulu Muar.
Hasil perkahwinan tersebut, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri antaranya:
- Tunku Puan Aishah binti Raja Melewar
- Tunku Totok bin Raja Melewar (Raja Khalad)
- Tunku Kadir bin Raja Melewar
Baginda juga mempunyai talian persaudaraan dengan
- Raja Ibadat bin Yamtuan Sembahyang I
- Raja Ibadat bin Yamtuan Sembahyang II
- Raja Ibadat bin Yamtuan Sembahyang III
- Yamtuan Bujang bin Yamtuan Abdul Jalil
- Yamtuan Muda Rembau I, Tuanku Adil bin Yamtuan Abdul Jalil
- Yamtuan Lenggang (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan III memerintah dari 1808 hingga 1824)
Baginda merupakan menantu kepada Penghulu Naam yang dibunuh oleh baginda kerana menderhaka. Raja Melewar juga diiktiraf sebagai seorang yang kebal dan tubuhnya tidak lut dek besi. Ada kisah mengatakan Raja Melewar telah dibunuh dengan menggunakan sebatang buluh kuning yang runcing untuk ditikam ditubuhnya.[2]
Menjadi Yamtuan Besar
[sunting | sunting sumber]Pada sekitar 1670 hingga 1770, para datuk penghulu luak yang merupakan pemerintah atau raja bagi Luak Johol,Rembau,Sg Ujong dan Jelebu pergi ke Pagar Ruyung untuk berunding dengan Yamtuan Pagar Ruyung untuk meminta bantuan baginda bagi membantu melawan kekacuan yang dilakukan oleh Daeng Kemboja, ekoran peristiwa "Putus Tali ke Johor" dimana Luak-Luak ini telah tidak lagi bernaung kepada Johor dan memerintah sendiri selepas mendapat kemerdekaan dari Johor dan kerajaan Johor yang ketika itu juga tidak dapat lagi membantu kerana kekacauan yang dihadapi oleh Johor sendiri ketika itu dan dijanjikan untuk dirajakan di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti bukan untuk menjadi Raja bagi Negeri Sembilan kerana Negeri Sembilan masih tidak terbentuk ketika itu jika dapat menangani kekacauan yang dilakukakan oleh Daeng Kemboja. Baginda Yamtuan Pagar Ruyung bersetuju dan menitahkan anakandanya, Raja Mahmud untuk pergi ke Negeri Sembilan. Sebelum baginda berangkat ke Negeri Sembilan, Yamtuan Pagar Ruyung telah memerintahkan seorang kerabat diraja bernama Raja Khatib untuk pergi lebih awal membuat persiapan menyambut kedatangan Raja Mahmud di Seri Menanti (Negeri Sembilan masih tidak dibentuk ketika ini). Walau bagaimanapun, sesampainya Raja Khatib di Seri Menanti, baginda telah mengaku sebagai anak raja yang dihantar dari Pagar Ruyung, menyebabkan penduduk menyangka baginda merupakan raja yang bakal memerintah Seri Menanti. Berita tersebut mengundang kemurkaan Raja Mahmud. Penghulu Seri Menanti bernama Penghulu Naam telah mengahwinkan anak perempuannya dengan Raja Khatib.
Sementara itu di Pagar Ruyung, angkatan Raja Mahmud mula belayar menuju ke Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun sebelum ke Negeri Sembilan, baginda terlebih dahulu pergi ke Johor untuk mengadap Sultan Mahmud Shah III, Sultan Johor pada ketika itu untuk mendapat perkenan baginda.
Selepas pelantikan itu, Raja Mahmud dan angkatannya berangkat menuju ke Rembau melalui Naning. Sampai sahaja di Naning, angkatannya telah bertembung dengan angkatan perang Bugis pimpinan Daeng Kemboja. Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan Bugis berjaya dikalahkan dan Daeng Kemboja terpaksa melarikan diri.
Raja Mahmud kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan ditabalkan menjadi Yamtuan Besar di Kampung Penajis, menggunakan gelaran Raja Melewar. Tempat bersemayam baginda dinamakan sebagai Kampung Astana Raja.
Setelah ditabalkan, Raja Melewar memimpin satu angkatan perang untuk menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Namun Raja Khatib telah lebih awal melarikan diri. Penghulu Naam lalu bertindak menderhaka dan memberontak menentang Raja Melewar. Dalam peperangan itu, Penghulu Naam berjaya dikalahkan sendiri oleh Raja Melewar dan angkatan senjatanya, dan dibunuh oleh baginda sendiri. Namun ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa Penghulu Naam dihukum pancung yang mana kepala dan tubuhnya ditanam secara berasingan. Kematian Penghulu Naam telah menyelesaikan ketegangan dalam pemerintahan ketika itu.
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Raja Melewar mangkat pada 1795 ketika melawat Rembau. Baginda disemadikan di Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan, bersama-sama dengan permaisuri dan dua orang panglimanya. Tempat baginda digantikan oleh menantunya Raja Hitam.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ History behind Negri's unique selection of ruler, The New Straits Times, 29 Disember 2008.
- ^ https://www.geni.com/people/Yamtuan-Raja-Melewar/6000000003326421218 dicapai pada 22 Mei 2017
- Maklumat daripada Warisan Diraja Negri Sembilan Darul Khusus
Didahului oleh Pengasas |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1773-1795 |
Diikuti oleh: Raja Hitam |