Revalina S. Temat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Revalina S. Temat
Rivelina2.jpg
Kelahiran Revalina Sayuthi Temat
(1985-11-26) 26 November 1985 (umur 33)
Jakarta, Indonesia
Warganegara Indonesia
Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
Tahun aktif 1998–kini
Pasangan Rendy Aditya Gunawan (k. 2015)
Ibu bapa Sayuthi Temat
Rachmaniar

Revalina S. Temat (lahir Revalina binti Sayuthi Temat; 26 November 1985) merupakan seorang pelakon wanita Indonesia.[1][2] Anak ketiga daripada empat orang adik beradik kepada pasangan Sayuthi Temat dan Rachmaniar ini memulakan kerjayanya menerusi Gadis Sampul dari Majalah Gadis pada tahun 1998. Ketika itu usianya baru menjangkau 13 tahun.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai peserta GADIS Sampul pada 1999, kemudian bekerja sebagai model dan sebagai pelakon dalam filem dan sinetron. Revalina telah muncul dalam sinetron Percikan, Sangkuriang, Cintaku di Kampus Biru 2, dan Bawang Merah Bawang Putih. Beliau muncul dalam filem Pocong 2 (2006), dan Perempuan Berkalung Sorban (2009), yang mana beliau telah dicalonkan di bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2009.[5] Beliau juga berlakon dalam drama kerjasama Indonesia dan Korea bertajuk Saranghae I Love You, berpasangan dengan penyanyi Korea Tim Hwang.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Pocong 2 (2007), sebagai Maya
  • Filem Cintaku Forever (2007), sebagai Flora. Berpasangan dengan Yusri KRU.
  • Oh My God (2008)
  • Perempuan Berkalung Sorban (2009)
  • Wakil Rakyat (2009)
  • The God Babe (2010)
  • Red CobeX (2010)
  • Satu Jam Saja (2010)
  • Sebriti Yang Paling Cantik (pre-production)

FTV[sunting | sunting sumber]

  • Cinta dengan Luka(2002)
  • Gerangan Cinta(2003)

Klip video[sunting | sunting sumber]

  • Kupilih Dia - Cokelat(2004)

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Angels Power!!! Revalina (kanan) bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Raja Azura mewakili kumpulan Shahzan Muda.
  • Promosi VCD Bawang Merah Bawang Putih di Kuala Lumpur. Bersama hero BMBP, Dimas Andrean Hardy dan Helsi Herlinda. Aktres Nia Ramadhani tidak dapat menyertai promosi tersebut kerana terlibat dengan penggambaran drama terbarunya.
  • Menyertai Fiesta Media Idola 2007 bersama rakan-rakan artis Malaysia di Kuantan, Pahang, Malaysia. Reva mewakili kumpulan Shahzan Muda bersama artis popular Malaysia Dato' Siti Nurhaliza dan Kak Engku (Raja Azura) dalam menjuarai acara boling kategori wanita. Turut menyertai FMI 2007 ini ialah Mawi, Que Haidar, Kris Dayanthi, Sheera Iskandar, Fasha Sandha, 2 pelakon Gerak Khas iaitu Norman Hakim dan Detektif Linggam (Deen Maideen) dan ramai lagi.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Revalina akui dirinya seorang penakut. Beliau pernah berkata demikian semasa terlibat dalam penggambaran filem Pocong 2. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya sepanjang penggambaran itu dijalankan.
  • Reva pernah digosipkan bercinta dengan bekas suami aktress Dewi Sandra, Surya Saputra. Malahan beliau juga turut dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Panji Bambang Triadmojo iaitu cucu kepada bekas Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto. Reva menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Panji itu sebagai rakan baiknya mahupun abangnya sendiri memandangkan usia Panji itu lebih tua daripadanya.
  • Reva juga dikatakan tidak menolak peluang jika ada mana-mana pengarah atau penerbit di Malaysia ingin menyuntingnya untuk berlakon di dalam drama atau filem arahan mereka. Beliau sendiri akui pernah beberapa kali datang ke Malaysia bersama keluarganya kerana kakaknya pernah melanjutkan pengajiannya di Putrajaya. Menyertai FMI 2007 ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan platform untuk dirinya mengenali dengan lebih dekat terhadap beberapa artis-artis di Malaysia termasuk penyanyi pujaannya, Siti Nurhaliza sendiri.
  • Pada Ogos 2007, Reva kini sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya selepas Pocong 2 berjudul Cintaku Forever. Filem yang menggandingkan Reva dengan artis Malaysia, Yusri Abdul Halim (Yusri KRU) bertemakan percintaan dua hati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]