Mawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Asmawi Ani)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mawi
Mawi singer.jpg
Mawi pada April 2007
Kelahiran Asmawi bin Ani
(1981-08-25) 25 Ogos 1981 (umur 35)
Kulai, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penerbit, duta, pengacara
Tahun aktif 2005 – kini
Pasangan Ekin (k. 2008)
Ibu bapa Ani Ahmad
Ramlah Sarlan
Kerjaya muzik
Genre Pop, balada, nasyid
Instrumen Vokal
Label Maestro Records (2005 - 2008)
Mawi World (2009 - kini)
Kegiatan berkait Datuk M. Nasir, Akhil Hayy, Diana Danielle, Heliza, KRU, Syamsul Yusof

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi Dilahirkan pada (1981-08-25) 25 Ogos 1981 (umur 35). Berasal dari di Kulai, Johor, Malaysia. merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis.

Perkahwinan Mawi & Ekin[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat dari negeri Johor juga .Majlis pernikahan akan diadakan di masjid Johor Bahru . Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari 2008, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF). Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2005[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Popular 2005
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Baru Lelaki Popular
  • MTV Awards 2005
    • Artis Paling Popular Malaysia

2006[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Bintang Popular 2006
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)
  • Hits 1 (RTM1/Malaysia)
    • Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
  • Anugerah Era 2006
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Lagu Balada Popular - "Kian"
    • Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
    • Artis SMS Digi
    • Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
    • Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)
  • Anugerah Planet Muzik 2006
    • Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"

2007[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Best Of Mawi World (Ogos 2005) Jualan 165,000 unit
  • Mawi... Yang Tercinta (November 2005) Jualan 126,000 unit
  • Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (April 2006) Jualan 118,000 unit
  • Yang Tercinta (2005)
  • Selingkar Kisah (Kehidupan Seharian Mawi di AF) (2006)
  • Satu Dalam Seribu (2007)
  • Allah Habeebi (2008)
  • The Best Of Mawi (2010)
  • Asmaul Husna (2012)

Single[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]