Rock 4: Rockers Never Dai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rock 4: Rockers Never Dai
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan oleh
  • Hasmah Hassan
  • Mamat Khalid
  • Irene Mariena Mohamad
  • Nor Shahila Harun Shah (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiJack Rahmad
Disunting oleh
Muzik olehTrabye
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 20 Februari 2020 (2020-02-20) (Malaysia)
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2 juta

Rock 4: Rockers Never Dai merupakan filem komedi muzikal Malaysia 2020 arahan Mamat Khalid dan filem terakhir dalam trilogi Rock. Ia menceritakan sekali lagi aksi muzik rock kumpulan Rimba Bara, yang kini kembali hangat dengan nama Rimba Bara 2 serta ahli baru.

Ia merupakan filem keempat dan terakhir dalam siri filem Rock, dan ditayangkan pada 20 Februari 2020. Filem terdahulu termasuk Rock (2005), Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Ia dibintangi oleh barisan pelakon baru termasuk Sharwani NS, Hazama Azmi, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi. Pelakon asal tiga filem Rock, Khir Rahman, Pekin Ibrahim dan Kamarool Haji Yusoff juga membuat penampilan khas. Ia merupakan filem Rock pertama yang tidak menampilkan Rimba Bara.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Ronnie James Dio (Sharwani NS) baru sahaja bangun dari koma berbelas tahun akibat kemalangan. Apabila dia terjaga, dia sedari dirinya berada pada zaman moden dan kumpulan rocknya Rimba Bara sudah lama tiada. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman kini yang banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Jadi, dia bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan tubuhkan kumpulan rock Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi Rimba Bara. Dapatkah Dio dan ahlinya harumkan Rimba Bara 2, serta meneruskan legasi muzik rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio[1]
  • Hazama Azmi sebagai Omar[2]
  • Adam John sebagai Rayyan
  • Bulan Terry sebagai Seri[2]
  • Nazimi Fahmi sebagai Acap

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Mamat Khalid, beliau pada mulanya tidak mahu meneruskan trilogi filem Rock selepas Rock Bro ditayangkan: "Cukuplah dengan hanya tiga filem Rock dan selepas ini, kita fikirkan penghasilan filem zaman atau muzik era lain pula,".[3] Mencari kelainan, Mamat memutuskan untuk tidak menampilkan kumpulan Rimba Bara dalam filem ini kerana zaman kegemilangan mereka sudah berlalu, sambil menyatakan masih ada rock kapak: "Menerusi Rock 4, memang kami langsung tidak menampilkan kumpulan Rimba Bara kerana zaman mereka sudah berlalu, seperti diceritakan dalam karya sebelum ini. Apa yang cuba kami tampilkan dalam sekuel ini adalah kumpulan yang muncul selepas era terbabit, iaitu band rock 'indie'".[4] Masalah kesihatan Mamat tidak menjejaskan proses penggambaran.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Rock 4: Rockers Never Dai dikeluarkan di pawagam seluruh Malaysia pada 20 Februari 2020. Mamat Khalid tidak menolak kemungkinan jika wabak koronavirus dan krisis politik menjejaskan sambutan tayangan filem ini.[6][7] Filem ini berjaya mencapai kutipan RM2 juta selepas tamat Skim Wajib Tayang pada 6 Mac.[8]

Zaidi Che dari Stail.my menyifatkan "Rock 4 adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era ‘rock kapak’ kepada generasi milenial?".[9] Dennis Chua dari New Straits Times menyifatkan "Rock 4 mungkin tidak terlalu dramatik berbanding tiga filem terdahulu, sejak tiada lagi kumpulan Rimba Bara".[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raja Hisyam Raja Zaid (22 Januari 2020). "'Macam pernah tengok, pelakon ke? Saya dah biasa' - Sharwani". Astro Awani. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  2. ^ a b Najiy Jefri (10 Februari 2020). "Bimbang jangkaan penonton". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (12 Oktober 2016). "Mamat tak mahu sambung kisah filem Rock". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2018.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Januari 2020). "'Jangan risau, filem keempat masih ada rock kapak'". Berita Harian. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (13 Februari 2020). "Mamat Khalid kental siapkan Rock 4 - Rockers Never Dai". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Mac 2020). "COVID-19 jejas sambutan Rock 4". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  7. ^ "Koronavirus Dan Landskap Politik Jejas Kutipan Filem 'Rock 4: Rockers Never Dai' – Mamat Khalid". Odisi. 5 Mac 2020. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  8. ^ Ridzuan Abd Rahman (12 Mac 2020). "Rock 4 kutip RM2 juta". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  9. ^ Zaidi Che (20 Februari 2020). "#Review Rock 4 Lebih Rock Berbanding Filem-Filem Rock Yang Terdahulu?". Stail.my. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  10. ^ Dennis Chua (9 Mac 2020). "#Showbiz: Rocking on forever! (Review)". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]