Hazama Azmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama Azmi ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon . Tarikh lahir Hazama adalah pada 28 November 1984 . Lahir di Keramat, Kuala Lumpur di Malaysia. Sejak mula merakamkan lagu secara solo pada tahun 2011, beliau popular dengan rangkaian lagu-lagu hits seperti Cinta Teragung, Simetri, Relakan Jiwa dan banyak lagi.

Pembabitan Awal[sunting | sunting sumber]

Nama Hazama mula diperkenalkan di persada muzik ketika beliau berusia 20 tahun apabila beliau tersenarai sebagai salah seorang calon awal untuk program realiti Akademi Fantasia Musim 4 (AF4). Sebelum terpilih ke AF4, Hazama telah mencuba nasib dalam berpuluh-puluh ujibakat dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Persembahan pertama Hazama di kaca televisyen pada 27 Mei 2006 untuk Konsert Prelude AF4. Dalam pertandingan itu, seramai 20 orang peserta merebut 12 tempat ke Akademi Fantasia. Hazama tampil menyanyikan lagu "Zakiah" nyanyian asal Ramli Sarip yang juga pengetua AF4. Namun tuah tidak memihak kepadanya apabila gagal tersenarai kerana nyanyiannya disifatkan tiada originaliti. Pun begitu bakat yang ada pada Hazama tidak diabaikan oleh Astro apabila Hazama diberi peluang untuk menyertai jelajah promosi stesen TV tersebut di beberapa lokasi bersama beberapa peserta AF. Malahan Hazama juga berpeluang untuk muncul sekali lagi di kaca TV apabila beliau dipilih oleh Astro untuk memasuki Akademi Fantasia selama seminggu dan membuat persembahan lagu "Bukan Aku Tak Cinta" (kumpulan Iklim) pada minggu ketujuh pada 16 Julai 2006 bersama seorang lagi peserta yang tidak terpilih iaitu bintang yang kini terkenal sebagai pelakon TV, Leez Rosli.

Tuah Hazama berterusan apabila Astro melihat kesungguhan dan komiitmen yang diberikan beliau sepanjang jelajah promosi. Maka sepanjang tahun 2007 hingga 2008, Hazama diserap menyertai pasukan artis residen Astro yang terlibat dalam program Gempak Astro dan Gempak Desa Astro di seluruh pelusuk negara. Menerusi karnival jelajah inilah Hazama melatih diri untuk menjadi penyanyi yang lebih baik serta belajar selok belok dunia seni persembahan dan juga lakonan. Hasilnya beliau berkenalan dengan banyak nama-nama besar termasuk kumpulan rock Meet Uncle Hussain(MUH). MUH ketika itu diambang pergolakan ahli kumpulan apabila penyanyi utamanya, Azlan Rosle keluar dari kumpulan kerana dikaitkan dengan masalah disiplin. Kepergian Azlan membuka peluang kepada Hazama untuk menjadi penyanyi pengganti sementara untuk kumpulan tersebut. Setelah melalui banyak ujibakat dan diundang oleh ketua kumpulan MUH, Nik Mutaza (Taja), Hazama terpilih dan menyertai banyak pertunjukan bersama kumpulan tersebut. Hazami sempat merakam sebuah lagu ketika bersama MUH iaitu lagu hits popular "Pokok" pada awal tahun 2011.

Bergelar Penyanyi Terkenal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Astro mengumumkan bahawa lagenda rock Amy Search bakal dilantik sebagai pengetua bagi Akademi Fantasia Musim 9. Ketika itu Hazama ingin mencuba nasib sekali lagi kerana ingin berguru bersama Amy, namun sekali lagi namanya tidak tersenarai apatah lagi ketika itu lagu "Pokok" sedang cukup popular dan beliau tidak lagi dianggap sebagai bukan penyanyi rakaman. Namun ekoran beberapa faktor yang tidak dijangka, Hazama mendapat pelawaan daripada Amy dan Astro untuk diserap masuk ke dalam pertandingan tersebut pada minggu ke-3. Menariknya, seminggu selepas diserap masuk, kedudukan undian Hazama terus berada di tangga pertama dan bertahan sehingga final sekaligus berjaya dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 9. Hazama menyampaikan lagu solo pertamanya di konsert akhir yang berjudul "Cinta Teragung" ciptaan Kuncidemak. Lagu tersebut bersama-sama lagu "Pokok" berjaya mara ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 namun kedua-duanya gagal ke peringkat akhir.

Setelah bergelar juara, Hazama dilamar untuk merakamkan album sulung dan salah satu projek pertamanya adalah merakamkan lagu single secara duet bersama pengetuanya, Amy Search dalam lagu rock berjudul "Simetri". Ini adalah kolaborasi kedua di antara pengetua dan peserta AF selepas gandingan M. Nasir dan Mawi. Lagu "Simetri" yang menangkap telinga itu terus popular di seluruh negara hingga Hazama berjaya buat pertama kalinya mara ke peringkat akhir ketika Anugerah Juara Lagu ke-27. Pada penghujung tahun 2012, Hazama mengeluarkan single pertama dari albumnya yang berjudul "Majnun" . Single seterusnya "Relakan Jiwa" dilancarkan sempena drama bersiri dan sambutan tahun baru 2013 selain diteruskan dengan lagu "Aku Mahu Dia" pada tahun 2013. Ternyata impak lagu "Relakan Jiwa" cukup besar hingga terus menjadi hits malar segar sehingga tahun 2014. Menerusi "Majnun", Hazama memperolehi pencalonan pertamanya untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik ke-19 . Sebuah lagi kategori yang beliau bertanding adalah Lagu Rock Terbaik ("Simetri").

Album pertama Hazama yang berjudul "Penglipurlara" akhirnya menjengah pasaran pada 2013 mengandungi sembilan buah lagu dan menampilkan konsep yang begitu sebati dengan diri Hazama iaitu Pop Rock. Album ini menampilkan hasil nukilan komposer dan penulis lirik terkemuka tanah air seperti Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Cat Farish dan Mike Chan. Apa yang istimewanya mengenai album ini, Hazama juga tampil dengan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya olehnya yang berjudul "Dengarlah". Akhirnya sempurna juga hasratnya untuk mempunyai album solo sendiri setelah 7 tahun sekian lama berkecimpung dalam arena seni tanah air sebagai artis pelengkap acara. Pada tahun 2013 juga menyaksikan beliau kembali ke AJL dan kali ini secara solo untuk lagu "Penglipurlara". Selain itu Hazama mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-20 dengan 5 pencalonan termasuk kategori Album Terbaik. Beliau juga berjaya disenaraikan sebagai calon akhir penyanyi lelaki paling popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sejak 2012.

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Musim Anak Didik Keputusan
2011 Akademi Fantasia 9 Juara
2012 Mania! 1 Finalis (Tempat ke-4)
2014 Ceria Popstar 2 Masya Juara
2016 Mentor Milenia Fareez Fauzi Juara
2017 Mentor Milenia Usop Naib Juara
Balqis Semi Finalis

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Keputusan
2011 (AJL 26) Cinta Teragung Kuncidemak Kuncidemak Semi-finalis
Pokok Taja Tun Teja
2012 (AJL 27) Simetri (duet bersama Amy Search) Audi Mok Zel Firdhaus Haduan Finalis
2013 (AJL 28) Penglipur Lara Omar K Zell Finalis
2014 (AJL 29) Malaikat Omar K, Mike Chan & Hazama Omar K, Mike Chan & Hazama Finalis
2015 (AJL 30) Sampai Mati Omar K & Audi Mok Omar K Finalis
2016 (AJL 31) Di Amaran Mama Ajai Ad Samad Finalis

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2011 (AIM 18) Lagu Rock Terbaik Pokok (sebagai vokalis gantian Meet Uncle Hussain) Dicalonkan
2012 (AIM 19) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Majnun Dicalonkan
Lagu Rock Terbaik Simetri (duet bersama Amy Search) Dicalonkan
2013 (AIM 20) Album Terbaik Penglipur Lara Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Relakan Jiwa Dicalonkan
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu Lari - Sleeq & Hazama Dicalonkan
Lagu Rock Terbaik Ulek Sayang Dicalonkan
Kulit Album Terbaik Penglipur Lara Menang
2016 (AIM 22) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Sampai Mati Dicalonkan
Lagu Pop Terbaik Sedetik Lara Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Sampai Mati Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2011 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2012 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2013 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2014 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan
2015 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik (APM)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Lagu Terbaik Malaysia Relakan Jiwa Dicalonkan
Artis Paling Popular APM Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM Relakan Jiwa Dicalonkan
2015 Artis Terbaik Lelaki Sampai Mati Dicalonkan
Lagu Terbaik Malaysia Malaikat Dicalonkan
Artis Paling Popular APM Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM Sampai Mati Dicalonkan
2016 Artis Paling Popular APM Dicalonkan

Anugerah MeleTop Era[sunting | sunting sumber]

Anugerah MeleTop Era (AME)
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Penyanyi Meletop Dicalonkan
Lagu Meletop Malaikat Dicalonkan
2016 Penyanyi Meletop Dicalonkan
Lagu Meletop Sampai Mati Dicalonkan

Anugerah Pilihan Online[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pilihan Online (APO)
Tahun Kategori Keputusan
2016 Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online Menang

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Sejak menyertai Astro Gempak Desa, Hazama dikesan memiliki bakat sebagai penghibur. Telatahnya bak pelawak serta kemahirannya mengajuk gaya dan suara artis lain sangat digemari oleh rakan-rakan artis. Pengarah Ahmad Idham menjadi orang pertama yang mengesan bakat lakonannya apabila mempelawa beliau berlakon watak sampingan dalam filem "Apa Celop Toq" pada 2012. Beliau muncul lagi dalam beberapa filem seperti "Hantu Nan Sempit" (2013) dan "Lari" (2013). Sejak itu Hazama mula serius secara sambilan untuk bergelar pelakon.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Penglipurlara (2013)

Lagu-lagu popular[sunting | sunting sumber]

  • noktah
  • "Pokok" (bersama MUH)
  • "Cinta Teragung"
  • "Simetri" (duet Amy Search)
  • "Majnun"
  • "Relakan Jiwa"
  • "Aku Mahu Dia"
  • "Ulek Sayang"
  • "Lari" (duet kumpulan Sleeq)
  • "Penglipurlara"
  • "Percaya" (duet Dina Nadzir)
  • "Malaikat"
  • "Al Nuraa... Yang 5 Yang 6" (nyanyian bersama Mawi & Daly Filsuf)
  • "Sampai Mati" (OST Hati Perempuan TV3)
  • "Di Amaran Mama" (OST #AssalamualaikumCinta Astro Ria)
  • "Sedetik Lara" (OST Tercipta Untukku)
  • "Bangkit" (nyanyian bersama Dayang Nurfaizah & Aman RA)
  • "KekasihNya" (Album Inspirasi 25 Rasul)
  • "Aku Yang Sebenar"

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]