Ryujin Juwara
Ryujin Juwara | |
---|---|
Format | Tokusatsu |
Pencipta | Nizam Razak Anas Abdul Aziz Shigeru Miyamoto Masahiro Sakurai |
Dibangunkan oleh | Double Vision Yomiuri-TV Enterprise |
Dibintangi oleh | Iedil Putra Faralyna Idris Fathil Dani |
Penggubah lagu tema | Masaaki Uechi |
Lagu pembukaan | "Ryujin Juwara" oleh Juril Jumali |
Lagu penutup | "Go Go Majimun" oleh Chaoi Izghan & Azlym Aziz |
Penggubah | Masaaki Uechi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Jepun Bahasa Korea |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Joyce Lee Yuichi Koyano Toshikazu Sugae |
Penerbit | Taro Tomio Kenji Ebato Hiroshi Higa |
Lokasi | Malaysia Singapura Jepun Korea Selatan |
Pemasangan kamera | Takeshi Nakasone Liew Tak Ming Mohd Razali Ismail |
Tempoh siaran | 20 minit per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Julung kali ditayangkan di | TV3 |
Siaran asal | 17 Januari 2014 – sekarang |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Ryujin Mabuyer |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Ryujin Juwara ialah drama adiwira tokusatsu Malaysia pertama yang diadaptasikan dari siri tokusatsu Jepun; Ryujin Mabuyer. Ia merupakan hasil kerjasama antara syarikat produksi Malaysia, Double Vision Sdn Bhd, Yomiuri-TV Enterprise Ltd. (Japan) dan Mabui Stone Corporation (Japan). Drama bersiri 26 episod ini telah menjalani penggambaran di Jepun, Korea Selatan, Singapura, dan Malaysia. Mula ditayangkan di TV3 pada 17 Januari 2014 setiap Jumaat jam 7.30 petang. Dibintangi oleh Iedil Putra (Andil/Ryujin Juwara)sebagai watak utama yang bangkit sebagai adiwira untuk mempertahankan batu Mabui yang menjadi simbolik kesejahteraan Kampung Batik.[1]
Cerita
[sunting | sunting sumber]Ryujin Juwara mengisahkan tentang Andil (Iedil Putra), seorang pemuda kampung yang merupakan adik didik kepada Tok Mantin (Fathil Dani) yang mengusahakan perniagaan batik. Andil seorang tukang batik yang berbakat besar dan dia menjalani rutin hariannya seperti penduduk kampung yang lain. Andil rapat dengan Maya (Faralyna Idris), anak perempuan kepada Tok Mantin. Selepas kehadiran seorang jurufoto dari Kuala Lumpur iaitu Shafiq (Ali Alasri), Andil mula berasa cemburu apabila melihat Maya turut berkawan baik dengan Shafiq.
Suatu hari, Kampung Batik menjadi riuh rendah apabila batu Mabui yang diwarisi secara turun temurun dan juga merupakan simbolik kesejahteraan hidup kampung telah dirampas oleh tentera Majimun. Aki Manang (Zaki Zabidi), seorang pertapa telah menghantar pari-pari bunga raya, Hibi (Siti Aziz) untuk menemui orang yang telah ditakdirkan (the chosen one) untuk menjadi Ryujin Juwara yang akan menjalankan misi untuk merampas batu Mabui semula daripada konco-konco Majimun.
Daripada seorang pemuda kampung yang biasa, Andil telah bertukar menjadi Ryujin Juwara, seorang adiwira yang perlu bangkit untuk melindungi kampungnya. Malah, Ryujin Juwara perlu bergabung tenaga dengan Syafiq yang diberikan kuasa sebagai Ryujin Gelora. Menerusi pengembaraan luar biasa ini, Andil mula menghayati keindahan budaya Melayu dan menjalankan misinya untuk menegakkan keadilan.
Watak
[sunting | sunting sumber]Watak Utama
[sunting | sunting sumber]Andil
[sunting | sunting sumber]Tukang keris yang sangat berbakat dan berdedikasi terhadap kerjanya. Perantis kepada tukang keris legenda; Tok Matin. Andil mempunyai satu latihan asas pertahanan diri. Andil sangat tangkas, baik dan cerdas yang menjadikannya pahlawan yang sempurna. Seorang pejuang yang tidak pernah mengaku kalah dalam pencariannya mengawal "Batu Mabui" dan Kampung Sakti.
Shafiq
[sunting | sunting sumber]Seorang jurugambar yang berasal Kuala Lumpur yang datang ke kampung untuk mengambil gambar budaya Melayu asli seorang yang peramah tetapi keakraban beliau dengan Maya telah menyebabkan Andil cemburu.
Maya
[sunting | sunting sumber]Anak perempuan Tok Matin. Seorang gadis yang sangat cantik dan kawan baik kepada Andil. Watak yang keras kepala dan sentiasa memberi galakkan kepada Andil untuk berjaya dalam pencariannya. Belajar pertahanan diri secara rahsia dan kemudiannya menjadi sangat bagus.
Tok Matin
[sunting | sunting sumber]Antara tukang keris yang terbaik, jika tidak, yang terbaik di dunia. Kerjanya berlegenda dan amat dihormati oleh masyarakat. Mengambil Andil sebagai perantisnya dan sentiasa berbangga dengan kejayaan Andil. Dia tahu yang satu hari nanti, Andil akan mengasah kemahiran-kemahiran dan pengetahuan tentang pertukangan keris.
Watak Sampingan
[sunting | sunting sumber]Aki Manang
[sunting | sunting sumber]Seorang petapa misteri yang tinggal di hutan. Dia boleh meramal masa depan dan menghantar mesej kepada manusia untuk mengelakkan malapetaka.
Hibi
[sunting | sunting sumber]Seorang pari-pari bunga raya yang bertindak sebagai pembantu Aki Manang untuk mencari 'yang terpilih.' Kemudian dia menjadi sekutu Andil dan kawan-kawannya.
Adiwira
[sunting | sunting sumber]Ryujin Juwara
[sunting | sunting sumber]Ryujin Juwara sebagai wira utama, dia melindungi "batu Mabui" dan kampungnya daripada tentera Majimun itu. Kadangkala dia teragak-agak dan memerlukan bimbingan orang lain untuk bangun dan membuatnya lebih kuat.
Ryujin Gelora
[sunting | sunting sumber]Ryujin Gelora dengan kuasa naga air Niraikanai, Shafiq berubah menjadi Ryujin Gelora di bahagian ke-2 siri ini apabila Ryujin Juwara berada dalam bahaya.
Musuh
[sunting | sunting sumber]HABUKURA
[sunting | sunting sumber]HABUKURA ialah pemimpin tentera Majimun. Watak santai dan selekeh tetapi apabila tiba masa untuk berlawan, dia menunjukkan kekuatan penuhnya dan sengatan obor-obornya boleh membawa maut.
ONIHITO
[sunting | sunting sumber]ONIHITO memegang pangkat kedua dalam Majimun dan tidak suka bercakap. Dia memegang dendam terhadap manusia yang mengambil tanah mereka dengan ganas.
MANGOOCHU
[sunting | sunting sumber]MANGOOCHU dibesarkan di pergunungan. Dia suka bermain dan keras kepala tetapi tidak jahat secara semula jadi.
Coober 1&2
[sunting | sunting sumber]COOBER 1&2 adalah labah-labah yang merupakan pengikut setia tentera Majimun. Mereka kekok dan tidak berapa pandai, sering menjadi punca di sebalik kegagalan Majimun dalam rancangan mereka.
Habu King Cobra
[sunting | sunting sumber]Habu King Cobra yang merupakan ketua besar Angkatan Tentera Majimun. Kemunculannya di bahagian siri-2 menguatkan kuasa Majimun, menjadikan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum ini.
Lagu Tema
[sunting | sunting sumber]Lagu Pembukaan
[sunting | sunting sumber]- Ryujin Juwara
- Komposer: Masaaki Uechi
- Penyanyi: Juril Jumali
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Siaran Media: Ryujin Juwara". http://www.tv3.com.my/. Dicapai pada 31 Januari 2014. External link in
|publisher=
(bantuan)