Nizam Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nizam Razak
KelahiranMohd Nizam bin Abdul Razak
(1983-08-14) 14 Ogos 1983 (umur 35)
Muar, Johor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PendidikanKomunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia
PekerjaanAnimator, pengarah, pelakon suara, Pengasas dan Pengarah Urusan Animonsta Studios
Tahun aktif2005–kini
PasanganEzdiani Ahmad Fauzi (berkahwin 2004)
Anak3

Mohd Nizam bin Abdul Razak, juga dikenali sebagai Nizam Razak (lahir 14 Ogos 1983) merupakan seorang animator, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau merupakan pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy untuk siaran di TV3 dan merupakan pengasas Animonsta Studios.[1] Beliau merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Multimedia.

Latar belakang

Nizam dilahirkan pada 14 Ogos 1983 di Muar, Johor dan dibesarkan di Duyung, Melaka, merupakan anak sulung daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang adik perempuan. Beliau memulakan minatnya dalam dunia animasi apabila beliau membaca komik seperti Dragonball dan Doraemon di sekolah rendah, dan Ujang dan Alam Perwira sewaktu usia remajanya.[2]

Sekitar 1997 apabila internet boleh didapati di Malaysia, Nizam mula mempunyai kepentingan dalam reka bentuk grafik melalui kumpulan sembang secara dalam talian, 16rulz.[2] Pada 2001, beliau mendaftar untuk pengajian asas di Fakulti Multimedia Kreatif dan mendaftarkan diri di Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya.[2]

Dalam tahun kedua program ijazah, beliau mengambil jurusan animasi filem kerana "ia adalah sesuatu yang baru".[2] Pada tahun 2005, Nizam lulus dengan ijazah kelas pertama dan merupakan pelajar terbaik di dalam kelas.[2] Beliau pernah bekerja selama empat bulan untuk sebuah syarikat di Damansara Perdana yang membangunkan animasi untuk pasaran China.

Pada 2009, Nizam (bersama-sama dengan Kee Yong Pin, Safwan Karim dan Anas Abdul Aziz) menubuhkan syarikat animasinya sendiri yang diberi nama Animonsta Studios.[3] Syarikat ini menerbitkan siri animasi BoBoiBoy[4] untuk siaran di TV3 di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah, pelakon suara dan penulis.[2][5] Kejayaan BoBoiBoy juga turut mencetuskan filem BoBoiBoy: The Movie[6] dan terbitan turunan BoBoiBoy Galaxy.[7]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Ezdiani binti Ahmad Fauzi pada 2004 lalu dikurniakan tiga orang anak.[8]

Filemografi

Tahun Tajuk Pencipta Pengarah Penulis Peranan suara Catatan
2011–2016 BoBoiBoy Ya Ya Ya Papa Zola dan Bago Go Musim 1-3
2016 BoBoiBoy: The Movie Ya Ya Ya Papa Zola
2016-2018 BoBoiBoy Galaxy Ya Ya Ya Papa Zola dan Bago Go Musim 1

Anugerah dan penghargaan

2012
  • NEF-AWANI: BoBoiBoy - Favourite E-Community 2011
  • UITM: Tokoh Inovasi 2012
  • KERAJAAN NEGERI JOHOR: Ikon Belia Johor 2012
2011
  • TOKOH MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2011: Tokoh Negara in conjunction with Hari Kemerdekaan ke 54 and Hari Malaysia.
  • Anugerah Karyawan Animasi Malaysia (ANIMAS): BoBoiBoy was awarded for the best theme music, best background score and best script.
  • NEF-AWANI: Animonsta Studios - Best Start-up Company
2010
  • 12th TBS DigiCon6: BoBoiboy - 1st Place Regional Award
2009
  • Kids Film Festival: GENG - Viewers Choice Award.
  • Shout Awards: Upin&Ipin - Best TV Chemistry Award.
2008
  • MSC Malaysia APICTA 2008: Best of Media Entertainment Category - Merit Award
2007
  • MSC APICTA 2007: Best Start-Up Company APICTA
  • Kuala Lumpur International Film Festival 2007: Upin&Ipin - Best Animation
  • APICTA 2007: Best in Media and Entertainment - Best of Start-up Companies (2nd Place)
2006
  • Anugerah Filem Pendek: Best Director (Animation), Best Animated Film, Best Short Film
2005
  • APICTA 2005: Best Of Tertiary Student Projects
  • Malaysian Video Awards: Best of 10th MVA 2005 - Best Short Animated Film (Open Category)
  • MSC-APICTA 2005: Best of Tertiary Student Project - Creative Multimedia
  • MMU Creative Pixels: Best of Multimedia University Collection 2005
  • MMU-SGI Exellence Award 2005: Best Student of Faculty Creative Multimedia
  • MMU Creative Multimedia Degree Course: Best Student of Faculty Creative Multimedia, First Class Honours Degree (3.72/4.00), 7 Dean’s Awards (Multimedia University)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ http://uncle-bugs.blogspot.my/2015/04/nizam-razak.html[sumber tak boleh dipercayai?]
  2. ^ a b c d e f Rozana Sani (18 April 2016). Chasing the dream in animation New Straits Times. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  3. ^ Aqmar Mustaza (10 Mac 2016). "Animonsta Studios, bukti kesungguhan Nizam Razak". Sinar Harian. Dicapai 22 Mei 2017. 
  4. ^ Aqmar Mustaza (30 Januari 2016). "Nizam Razak percaya kekuatan BoBoiBoy". Sinar Harian. Dicapai 23 Mei 2017. 
  5. ^ Diana Surya Abd Wahab (8 November 2011). Nizam pencetus BoBoiBoy Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mei 2017.
  6. ^ Selamat, Hanisah (2 Februari 2016). "BoBoiBoy: The Movie sasar kutip RM25j". Berita Harian. Dicapai 10 February 2016. 
  7. ^ "Kenapa BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Galaxy, 13 rahsia didedahkan" The Vocket. 6 Disember 2016. Dicapai pada 6 Disember 2016.
  8. ^ Teh Ooi, Sherene (26 Julai 2017). "BoBoiBoy creator Nizam Razak and his Malaysian superhero" [Pencipta BoBoiBoy, Nizam Razak dan adiwira Malaysianya]. Star2.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2017. Dicapai 25 Ogos 2017. 

Pautan luar