Saif al-Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Saif al-Islam adalah anak bekas Presiden Libya (1969-2011), Muammar Gaddafi. Beliau lahir pada 25 Juni 1969. Saif al Islam bermaksud 'Pedang Islam' dalam bahasa Arab.Beliau anak kedua dari diktator Libya Muammar Gaddafi dan istri kedua Safia Farkash. Pada 19 November 2011, dia ditangkap oleh pasukan pemberontak di [[]] padang gurun di Libya selatan, ketika melarikan diri ke sempadan Nigeria.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Saif al-Islam minat bidang seni lukis dan lulusan arkitek Al-Fateh University, Tripoli, Libya tahun 1991 dan mendapat MBA dari IMADEC University di Wina, Austria pada tahun 1997 dan mendapat PhD dari London School of Economics pada 2008.

Beliau bekerja di syarikatnya sendiri di Tripoli, Libya, The National Engineering Service and Supplies Company. Eng. Beliau juga menjadi Presiden The Libyan National Association for Drugs and Narcotics Control. Pada tahun 1997 beliau mendirikan The Gaddafi Internasional Foundation For Charity Associations ( GIFCA ) - sebuah pertubuhan amal terutama berkaitan kabajikan militan Islam dan HIV di Libya. Pada September 2000 GIFCA berjaya membebaskan empat orang Eropah setelah ditahan selama 140 hari oleh kumpulan Abu Sayyaf di Filipina Selatan.

Saif al-Islam dilihat sesuai sebagai pengganti ayah namun Saif al Islam menafikannya.Beliau adalah anak Gaddafi yang paling bertaqwa dan menurut perintah. Pada tahun 1987, beliau menjadi Ketua Majelis Persaudaraan se-Revolusi al-Libya .Tahun 1992 dilanti sebagai penasehat Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Libya dan Menteri Ekonomi Libya.Majalah antarabangsa menyatakan Saif al Islam memiliki IQ super sekitar 165 sedangkan Saif 158 dan Hashim Muammar Ghadafi 147.

Berjaya ditangkap[sunting | sunting sumber]

Pada 19 November 2011, Saif al-Islam ditangkap di selatan Libya.Pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) iaitu Menteri Kehakiman NTC, Mohammed al-Allagui pernah menyatakan bahawa Saif diharap menjadi pewaris Muammar Gaddafi. Majlis 'thwar' (revolusi) Tripoli yang dianggotai bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Gaddafi berkata, Saif ditangkap di wilayah Ubari.

Beliau dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Saif, ayahnya dan bekas ketua perisikan Gaddafi, Abdullah al-Senussi pada 27 Jun 2011 atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan untuk menghentikan tunjuk perasaan antirejim. P:ada 9 November 2011, Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo menyatakan bahawa Saif akan ditangkap bila-bila masa. Moreno-Ocampo memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pasukan penyiasat ICC melawat Libya untuk mengumpul lebih banyak bukti dalam kes Saif dan turut menyiasat dakwaan kes rogol yang dilakukan tentera Libya semasa melakukan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan sebelum demonstrasi itu bertukar menjadi Perang saudara Libya 2011. [1]

Perbicaraan HIV[sunting | sunting sumber]

Ghadafi mendakwa jururawat dari Burgaria yang bertugas di Libya telah dengan sengaja menjangkiti lebih 400 kanak-kanak dengan HIV pada 1998. Oleh itu Bulgaria dan beberapa negara lain setuju membayar RM1.36 bilion (AS$400 juta) kepada keluarga lebih 400 kanak-kanak Libya yang dijangkiti virus HIV . Lima jururawat Bulgaria dan seorang doktor Palestin bertangungjawab dalam kes itu. Mereka berenam telah dijatuhi hukuman mati dalam kes tersebut.

Akhbar Perancis, Le Figaro melaporkan, setiap keluarga akan menerima RM3.4 juta (AS$1 juta) sebagai jalan penyelesaian.Seif al-Islam Gaddafi menyatakan wang itu menerusi sumbangan antarabangsa dalam bentuk bayaran hutang. Antara negara terlibat ialah Bulgaria, Slovakia, Croatia dan Republik Czech.

Saif al Islam selaku pengerusi Yayasan Gaddafi mengetuai rundingan bagi mencari penyelesaian kes itu. Menteri Luar Bulgaria, Ivailo Kalfin yakin mereka berenam akan diberi pengampunan. Namun Bulgaria tidak akan membayar ganti rugi kepada keluarga terbabit kerana ini akan membawa maksud lima rakyat Bulgaria itu bersalah.

Keenam-enam kakitangan perubatan itu dipenjarakan sejak 1999 , kekal dengan pengakuan tidak bersalah.Pakar asing menyatakan kanak-kanak tersebut dijangkiti HIV disebabkan tahap kebersihan yang tidak memuaskan di hospital. Wanita Pertama Perancis, Cecilia Sarkozy dan Ketua Staf Presiden Perancis, Claude Gueant berada di Libya untuk menemui Muammar dan jururawat terlibat.[2]

Cadangan Isratine[sunting | sunting sumber]

Cadangan Isratine merujuk kepada negara gabungan Israel-Palestin sebagai jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Cadangan ini adalah ilhan daripada Saif al Islam Ghadaffi semasa berbincang dengan ahli akademik British Robert Bradnock, pengarang Chatham House 2010 .

Pampasan untuk mangsa keganasan Amerika[sunting | sunting sumber]

Saif al Islam juga telah berunding dengan Amerika Syarikat berhubung pampasan ekoran serangan ganas yang dikaitkan dengan Libya seperti Pengeboman disko Berlin 1986, Pengeboman Lockerbie 1988 dan Pengeboman Penerbangan UTA 772 1989.


Pada 24 Februari 2011, Mustafa Abdel-Jalil bekas menteri keadilan Libya menyatakan beliau mempunyai bukti pemimpin Muammar Gaddafi terlibat mengarahkan serangan ke atas jet syarikat penerbangan Pan American 103 yang meletup di Scotland pada 1988 mengakibatkan 270 orang terbunuh.Kononnya Gaddafi mengarahkan Abdelbaset al-Megrahi meletakkan sebutir bom di dalam jet itu yang membunuh semua 259 orang di dalam pesawat tersebut dan 11 orang lagi di darat.Al-Megrahi, 58, adalah satu-satunya individu yang dihukum ekoran kejadian pada 21 Disember, 1988 ketika jet itu dalam perjalanan dari London ke New York. [3]

Seramai 40 orang terbunuh dan 220 cedera dalam Pengeboman Tripoli dan Benghazi 1986 oleh tentera udara Amerika Syarikat . Pada 14 Ogos 2008, Perjanjian Penyelesaian Konfrehensif AS-Libya telah ditandatangani di Tripoli . Bekas Duta British menyifatkan perjanjian itu sebagai "langkah yang berani, dengan kos politik kedua-dua pihak" .

Dalam temuramah TV BBC 1 Ogos 2008 , Saif al-Islam Gaddafi menyatakan bahawa Libya telah mengakui bertanggungjawab di atas Pengeboman Lockerbie . Menurut Gaddafi, surat mengakui "bertanggungjawab" adalah satu-satunya cara untuk menamatkan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Libya. Keluarga mangsa telah meminta lebih banyak wang dan lebih banyak wang dan lebih banyak wang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]