Sampai Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sampai Syurga"
Single oleh Faizal Tahir
daripada album Aku.Muzik.Kamu
Dilancarkan pada2008
Dirakamkan pada2007
GenreBalada
Panjang3:59 (asli, runut #7)
3:10 (akustik, runut #10)
SyarikatMonkey Bone Records
PenulisAudi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sampai Syurga ialah single keempat yang dirakam untuk album Aku.Muzik.Kamu nyanyian Faizal Tahir . Lagu ini digubah oleh Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal. Dalam album berkenaan terdapat dua versi lagu ini, iaitu versi asli (runut ke-7) dan versi orkestra (runut ke-10).

Lagu ini dipertandingkan dalam Kategori Balada Anugerah Juara Lagu ke 23, yang mana lagu ini membawa tuah kepada Faizal sekaligus menjulang tiga anugerah pada malam itu; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, dan juga Juara Kategori Balada.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Bagi video muzik Sampai Syurga arahan Douglas Khoo, Faizal bersetuju untuk melakukan 60% penggambarannya di dalam air di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam. Beliau akan membintangi video tersebut bersama Katrina, seorang pelatih dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan diiringi beberapa orang sukarelawan untuk dijadikan kumpulan koir. Ketika penggambaran sekitar waktu subuh 12 Mei 2008, gara-gara tidak menerima latihan mencukupi, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran bawah air, menyebabkan penggambaran ditangguhkan selama dua jam; namun penggambaran ini berjaya disiapkan pada 8 pagi tanpa sebarang insiden lain.[1][2]

Faizal menerangkan simbolik di sebalik video ini, "Babak di dalam air ini menceritakan pergelutan seseorang ketika perjalanan menuju ke alam baru. Bagi saya, apa yang cuba digambarkan ini cukup menarik kerana ia membabitkan banyak kesan khas." Antara penggunaan kesan khas dalam video ini termasuklah babak bermain piano dalam air yang sebenarnya dirakam dalam studio lalu digabungkan dengan latar dalam air dengan menggunakan komputer.[1][2]

Video muzik Sampai Syurga disiarkan di TV buat julung kalinya melalui saluran 8TV pada 16 Jun 2008, pukul 9.30 malam.

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zul Husni Abdul Hamid (2008-05-22). "Hampir lemas rakam klip video". Berita Harian (Rockensteiners: Faizal Tahir's Official Fan Club). Dicapai pada 2008-06-17.
  2. ^ a b Zanariah Abd Mutalib (2008-05-14). "Faizal hampir lemas untuk 'Sampai Syurga'". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-06-17.
  3. ^ "Muzik muzik: Vote for Faizal Tahir, Ayu and Shila". Monkey Bone Records. 2008-07-18. Dicapai pada 2008-07-18.