Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
Moto Berilmu Beriman Beramal
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
Pengetua Pn Hjh Habibah Hj Ramli
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tn Hj Muhd Yusoff b Zainon
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn Hj Mohd Rodzi b Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum Pn Hjh Al-Rakhawah bt Ariffin
Kod sekolah KRA8001
Lokasi  Malaysia Sik, 08200, Sik,, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1- Tingkatan 6
Nama singkatan SMKAS
Telefon 6044693270
Faks 6044693267


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik [(dalam bahasa Inggeris :Sik Religious Secondary School), dalam bahasa Arab: (المدرسة الثانوية الوطنية الدينية سيك)] atau nama ringkasnya SMK Agama Sik (SMKAS), merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Sik,Kedah Darul Aman. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik kini memegang status Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) yang diterimanya pada tahun 2011. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik menjadi salah sebuah sekolah agama milik kerajaan. Sekolah ini termasuk dalam 4 buah sekolah menengah agama di Kedah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB). SMK Agama Sik diletakkan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, PPD Baling/Sik.

Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 279 pelajar lelaki dan 490 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

SMK Agama Sik merupakan satu-satunya sekolah agama milik penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terletak di daerah Sik.Keseluruhan keluasan tanahnya sekitar 18 ekar. Rancangan awal penubuhannya bermula pada1991. Kerja projek pembinaan bermula pada Mei 1995 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1998.

SMKA Sik mula beroperasipada 8 Februari 1998 dengan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 173 pelajar tingkatan 1, iaitu pelajar cemerlang UPSR 1997. Mereka ditempatkan di dalam lima buah kelas dengan purata 35 orang pelajar setiap kelas.

Pencapaian Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah antara beberapa pencapain terbaik SMKAS:

Kebangsaan

  • Johan (lelaki) & Naib Johan (perempuan) pertandingan Tilawah Al-Quran antara sekolah-sekolah kluster Malaysia
  • Pembentang terbaik Kem Kepimpinan Nadwah
  • Naib Johan keseluruhan Perkemahan Perdana KRS
  • Ketiga Kuiz Ilmu Wahyu
  • Ketiga pertandingan Teknologi pelancaran roket
  • Johan syarahan agama Majlis Tilawah Al-Quran
  • Naib Johan pertandingan Hiwar Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS)
  • Johan kepimpinan pelajar asrama (perempuan)( menengah atas)
  • Nain Johan kepimpinan pelajar asrama (perempuan)(menengah rendah)
  • Ketiga Bahas Ala Parlimen Gerkorama

Negeri

  • Johan pidato bahasa Ingeris
  • Ketiga memanah Institut Pengajian Agama(IPA)
  • Naib Johan kawad kaki IPA (perempuan)
  • Ketiga Bahas ala Parlimen
  • Keiga kawad kaki IPA( lelaki)
  • Johan nasyid MTQ
  • Johan kuiz sastera Negeri Kedah

Anugerah-anugerah Khas[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah sekolah cemerlang SMKA kategori sekolah kawalan (2007)
  • Anugerah khas PMR (2007)
  • Anugerah kecemerlangan pengurusan asrama kategori SMKA (2007)
  • Anugerah pencapaian cemerlang asrama negeri & kebangsaan (2009)
  • Anugerah khas Hal Ehwal Murid (2009)
  • Anugerah Bilik Kemahiran Al-Quran (KKQ) terbaik kebangsaan (ketiga) (2014)

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah sekolah Elit 2007/2008
  • Anugerah sekolah lima bintang 2007
  • Anugerah Sekolah Bestari Luar Bandar 2010
  • Anugerah Sekolah Kluster Kecermelangan 2011

Pencapaian Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Smk Agama Sik terus mencapai kegemilangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Pada tahun 2008 dan 2009, seramai 20 orang calon PMR mendapat 9A sengan peratus kelulusan masing-masing 91.94% dan 100%. Kejayaan dalam PMR berterusan dengan peningkatan jumlah calon cemerlang keseluruhan A pada tahun 2010 (24) ( 98.73%), 2011(34) (100%), 2012 (44) (99.25%) dan terakhir pada 2013 dengan 48 orang semua A dan 100% kelulusan. Dengan purata PNGK PMR 2013,1.24, Smk Agama Sik menjadi antara sekolah terbaik PMR dalam keseluruhan SMKA di Malaysia dan antara sekolah terbaik di Kedah.

Dalam peperiksaan SPM, pada tahun 2012, seramai 25 orang telah mendapat keputusan cemerlang ( 8A,,9A,10A,11A). Smk Agama Sik berjaya mencapai peratus kecemerlangan 100% dengan keseluruhan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.69. Kejayaan ini telah meletakkan SMKA Sik sebagai sekolah terbaik SPM luar bandar di Negeri Kedah. Pada 2013, 27 orang pelajar mencapai keputusan cemerlang dan pada tahun tersebut SMKA Sik berada pada tangga ke-22 dalam keseluruhan SMKA dan antrara sekolah cemerlang SPM di negeri Kedah.

STPM Smk Agama Sik juga tidak kurang hebatnya apabila pada tahun 2012 dan 2013, SMKA Sik mendapat peratus kelulusan 100% dengan PNGK yang semakin meningkat dari 2.48 ke 2.89. Pada tahun 2013, seramai 54 orang calon daripada 60 mendapat 4 Principal . SMKA Sik menjadi antara sekolah cemerlang STPM di negeri Kedah.

Kejayaan dalam peperiksaan awam bertahun-tahun meletakkan SMK Agama Sik sebagai sekolah yang terbaik dalam daerah Baling/Sik.

Kebitaraan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Akademik: Bahasa Arab

Kokurikulum: Sukan Memanah

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Seperti sekolah-sekolah yang lain, SMKA Sik juga mempunyai infrastruktur yang sama.

  • Bangunan Kelas (SMKA Sik menyediakan lima kelas untuk pelajar tingkatan 1- tingkatan 5 manakala dua kelas pula untuk tingkatan 6 atas & bawah)
  • Pejabat
  • Bilik Guru
  • Bangunan Koperasi sekolah
  • Bilik Rawatan
  • Bilik gerakan Bahasa Arab dan sukan memanah
  • Kantin
  • Surau
  • Asrama( lelaki & perempuan)
  • Perpustakaan
  • Padang sekolah
  • Dewan besar
  • Dewan makan asrama
  • Bilik Dokumentasi
  • Bilik gerakan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)
  • Bilik Sukan
  • Bilik Kelas Kemahiran Al-Quran
  • Bilik Bahasa Antarabangsa
  • Dewan Terbuka
  • Bilik Kuliah
  • Makmal Kompuer
  • Bilik Akses
  • Makmal Sains( Fizik,Kimia,Biologi & Sains menengah rendah)
  • Bilik Matematik
  • Bilik Tayangan Umum
  • Studio Seni Visual

Visi dan Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

VISI

''SMK Agama Sik akan menjadi sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2015''

MISI

  • Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan
  • Peningkatan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum
  • Pemupukan sahsiah mulia dalam kalangan pelajar
  • Pengwujudan prasarana sekolah yang kondusif
  • Jalinan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti

Subjek ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Menengah Rendah

  • Bahasa Melayu,
  • Bahasa Inggeris,
  • Bahasa Arab(komunikasi)
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Agama Islam
  • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan

Menengah Atas

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Matematik Moden & Tambahan
  • Fizik & Kimia & Biologi
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan

Tingkatan 6

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Am
  • Syariah
  • Ekonomi
  • Sejarah

Badan-badan Kokurikulum ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Badan Beruniform

  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pengakap
  • Kadet Polis
  • Puteri Islam
  • Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM)
  • Persatuan Seni Silat

Kelab dan Persatuan

  • Seni
  • Fotografi
  • Prostar
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Bahasa Melayu/Arab/Inggeris
  • Pramusaji
  • Geografi
  • Sains
  • Matematik
  • Pengguna
  • Ilmu Falak
  • Sejarah
  • Kelab tingkatan 6

Sukan

  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Bola Baling
  • Catur
  • Ping Pong
  • Bola Jaring
  • Tenis
  • Memanah
  • Olahraga
  • Bola Sepak/Futsal

Program-program Khas & Kluster[sunting | sunting sumber]

Badan-badan Khas Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)( Pengawas sekolah)
  • BADAR (Badan Dakwah & Rohani)
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas Asrama
  • Sidang Redaksi Majalah Al-Hasif

Syarat Kemasukan[sunting | sunting sumber]

Syarat kemasukan ke SMKA Sik adalah sama seperti syarat kemasukan ke SMKA di seluruh Malaysia iaitu:

Tingkatan Satu[sunting | sunting sumber]

  • Mendapat 6A/5A 1B ( SK )
  • Boleh membaca Al- Quran
  • Boleh menulis jawi
  • Tahu sembahyang/solat
  • Beragama islam
  • Lulus ujian PAFA ( UPSR )
  • Berumur 12 tahun atau 13 tahun yang lahir pada 31hb Disember (tahun semasa)
  • Lulus Pendidikan Islam
  • Sekurang-kurangnya 3A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA)
  • pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab
  • memiliki 3 sijil berasaskan pendidikan islam

Tingkatan Empat[sunting | sunting sumber]

  • Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A
  • B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam
  • A dan B dalam lain-lain mata pelajaran
  • Lulus ujian PAFA dalam PMR
  • Berumur 16 tahun atau kurang

Tingkatan Enam Rendah[sunting | sunting sumber]

  • Lulus SPM
  • Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Arab Komunikasi atau lulus Bahasa Arab Tinggi
  • Lulus matapelajaran Pengajian al-Quran dan as-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah
  • Berumur antara 17 dan 20 tahun

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Sekolah-sekolah Berhampiran[sunting | sunting sumber]

  1. SMK Sik (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
  2. SMK Seri Enggang
  3. SMK Chepir
  4. SMK Gulau
  5. Maktab Mahmud Sik
  6. SK Teloi Tua
  7. SK Sik Dalam
  8. SK Sik
  9. SK Seri Dusun
  10. SK Paya Terendam
  11. SK Hujong Bandar
  12. SK Hj Hussain
  13. SK Batu Lima
  14. SJK(C) Chung Hwa

Kedudukan & Kemudahan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Keududkan sekolah ini dari bentuk geografinya amat strategik sekali. Jika anda berada di sekolah ini,pandangan anda pasti terpukau dengan keindahan gunung-ganang yang menjadi tembok semulajadi sekolah ini. Pada waktu pagi, pasti sahaja sekolah ini akan kelihatan keputihan kerana awan kabus yang tebal.Hal ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan efektif unruk pembelajaran. Selain itu,sekolah ini juga terletak berhadapan dengan IKM Sik dan berdekatan dengan IPD Sik. Malahan, jarak dari Hospital Sik ke sekolah ini hanya 5.2 km. Hal ini membolehkan pelajar yang sakit dapat menerima rawatan dengan segera. Pelajar hanya perlu mengambil masa 7 minit untuk ke Pekan Sik untuk membeli-belah barang keperluan semasa hari outing . Sekolah ini juga mempunyai 1 bas sekolah dan 1 van sekolah.

Penutup[sunting | sunting sumber]

Warga SMKAS sentiasa meningkatkan usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga SMK Agama Sik terus melakar kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menjadi salah sebuah sekolah yang terunggul di negeri Kedah dan seterusnya di peringkat kebangsaan. Diharapkan juga ramai pelajar lepasan UPSR akan tertarik untuk memasuki sekolah ini kerana sekolah ini pasti menyediakan konsep pembelajaran yang berkesan dan holistik kepada para pelajarnya, bukan sahaja dalam pembelajaran kurikulum, malahan juga pembelajara ko-akademik, agama dan pemantapan sahsiah serta akidah yang berteraskan agama Islam.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
Sik,
08200, Sik
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044693270
Fax = 6044693267

Pautan luar[sunting | sunting sumber]