Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah
Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah | |
---|---|
Alamat | |
Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah,
Jalan Tanjung Tualang, Kampung Gajah, 36800, Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan |
Ditubuhkan | 14 April 2000 |
Autoriti pendidikan | PPD Perak Tengah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) |
Nombor sekolah | 05 631 1646 |
Kod sekolah | AFA8001 |
Pengetua | Tuan Ahmad Tazally Bin Mohamad Zain, P.P.T. |
Slogan | نحو الإمتياز |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Razana binti Abdul Rahman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Fadzilah Binti Salleh |
Penolong Kanan Kokurikulum | Ustaz Zainal Abidin Bin Masri |
Faks | 05 631 1641 |
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah[1] (SARJANA) ialah sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dibawah kerajaan Negeri Perak. Sekolah ini terletak di daerah Perak Tengah, negeri Perak.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Agama Kampung Gajah (SEMEGAH) telah mula beroperasi pada tanggal 14 April 2000 dengan pelajar perintisnya seramai 199 orang sebagai penuntut perintis tingkatan satu. Ia merupakan sekolah berasrama yang penuh ketiga didirikan di daerah Perak Tengah selepas Kolej Vokasional Seri Iskandar dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.
Sekolah ini dibawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penubuhan sekolah ini telah diilhamkan oleh YAB Tan Sri DiRaja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib, semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak. Letaknya kira-kira 2.5 km dari pekan Kampung Gajah. Pembinaannya telah bermula pada tahun 1998 hingga tahun 2000 di atas tapak seluas 47 Ekar dengan kos bernilai RM18.4 Juta.
Setelah 4 tahun beroperasi, pada tanggal 9 Ogos 2003 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1424H, sekolah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah dengan singkatan sebagai SARJANA.
Nama SARJANA diperoleh daripada pertandingan mencipta logo oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak. Lebih daripada 20 orang pelajar telah mengambil bahagian. Logo-logo yang terpilih kemudiannya dibawa ke mesyuarat pentadbiran JAIPk bagi memilih logo yang sesuai untuk dinobatkan sebagai juara secara automatiknya digunakan sebagai logo sekolah ini. Singkatan nama SARJANA telah dipersetujui oleh semua pihak untuk diguna kerana berdasarkan nama sekolah ini yang baru iaitu :-[perlu rujukan]
SA - Sekolah Menengah
RJA - Raja Dr
NA - Nazrin Shah
Perkataan ini juga mempunyai maksud yang tersendiri, sebagai bayangan terhadap matlamat dan cita-cita sekolah ini diwujudkan. Merujuk kepada Kamus Dewan, maksudnya adalah orang yang bijak pandai, berilmu pengetahuan, cendekiawan atau keahlian. Ustaz Mohd Darwis Bin Hj. Zakaria merupakan Pengetua yang pertama sekolah ini iaitu dari tahun 2000 hingga 2001. Pada tahun 2001 hingga tahun 2016 sekolah ini diambil alih pentadbirannya oleh Tuan Haji Omar Bin Bakar sebagai Pengetua.
Sepanjang kewujudannya di Perak Tengah, ianya telah menunjukkan tahap pencapaian yang gemilang. Sekolah ini sentiasa dicemburui dan disegani kerana sering mendapat tempat dalam pertandingan yang disertai. Ia memberi saingan hebat kepada sekolah-sekolah lain milik Kementerian Pendidikan di Perak Tengah dalam bidang akademik mahupun kegiatan kokurikulum.[perlu rujukan]
Ini terbukti apabila buat pertama kali pada tahun 2002, kumpulan pelajar sulungnya telah membuat kejutan terhadap dunia pendidikan di Perak Tengah. Berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan peratus keseluruhan 81.4%.
Sering sahaja memberi saingan hebat dalam beberapa pertandingan seperti badminton, ping pong, tenis, olahraga, bola sepak, kawad kaki, nasyid, tahfiz, dan tilawah al-Quran. Ketika Ulangtahun Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-46 di Bota pada 1 September 2003, sekolah ini telah mencipta rekod peribadi apabila ketiga-tiga pasukan kawad kaki yang mengambil bahagian memperolehi kemenangan masing-masing. Dua pasukan puteri berjaya menjadi Johan bagi kategori Pasukan Sekolah dan Unit Beruniform, sementara pasukan putera pula mendapat tempat ketiga bagi kategori Pasukan Sekolah.
Tiga pelajarnya berjaya mencipta mesin Pembakar Lemang Bersistem atau ITQUN AXY040 [2]Tiga pelajar tersebut ialah Muhammad Alif Ahmad Kamal, Mohamad Izharuddin Abd Halim dan Mohd Alias Hazwan Mohamad Hassan. Mesin itu berjaya meraih Anugerah Khas Projek Terbaik Intel Technologies Sdn Bhd pada Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2005 di Pulau Pinang pada 25 Ogos 2005. Guru pembimbing mereka ialah Fauziah Zainuddin dan Fadzilah Salleh.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Di akhir persekolahan di SARJANA, pelajar-pelajar akan menjadi insan yang :-
- Berilmu, beriman dan beramal soleh.
- Berakhlak mulia yang seimbang daripada segi rohani, emosi, mental dan fizikal.
- Ceria dan kreatif serta berwawasan.
- Mempunyai ciri kepimpinan yang berjiwa Islam dan berkarisma.
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]No | Nama Pengetua | Tahun Berkhidmat |
---|---|---|
1 | Tuan Haji Mohd Darwis Bin Haji Zakaria | 2000 - 2001 |
2 | Tuan Haji Omar Bin Bakar A.M.P., P.P.T. | 2001 - 2016 |
3 | Tuan Haji Ridzuan Bin Ahmad | 2016 - 2017 |
4 | Tuan Ahmad Faisal Bin Yahya | 2017 - 2018 |
5 | Tuan Musanif Bin Muhamad Noh | 2018 - 2020 |
6 | Tuan Haji Ahmad Tazally Bin Mohamad Zain P.P.T. | 2020 - Kini |
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Berdiri Megah Institusi Ummah
Terbina Atas Fikrah Islamiah
Membuka Wahana Hidup Bahagia
Bertunjang Quran Dan Sunnah Di Dada
Ilmu Dicari Seluas Saujana
Tanpa Lelah Keringat Dikerah
Sederap Melangkah Semangat Waja
Demi Mencapai Impian Dan Cita
SARJANA Kan Terus Maju
Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu
Teguh Bersatu Usaha Dipadu
Ke Arah Kecemerlangan Dipacu
SARJANA Kan Terus Maju
Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu
Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema
SARJANA Cemerlang Kan Dgenggam Jaya
Visi Dan Misi Disematkan Di Hati
Merealisasi Wawasan Diri Insan Berintegriti
SARJANA Kan Terus Maju
Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu
Teguh Bersatu Usaha Dipadu
Ke Arah Kecemerlangan Dipacu
SARJANA Kan Terus Maju
Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu
Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema
SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya
Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema
SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya
SARJANA Nahwal Imtiyaz [1]
Senarai Nama Ketua Umum
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai nama Ketua Umum yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah
No | Nama Pelajar | Tahun Berkhidmat |
---|---|---|
1 | Mohd Zharif Bin Mohd Nor | 2000 - 2002 |
2 | Mohd Zailani Bin Sharif | 2003 - 2004 |
3 | Mohd Faizal Bin Hj. Salleh | 2005 |
4 | Ahmad Salahudin Bin Harun | 2006 |
5 | Aiman Bin Maslan | 2007 |
6 | Faridu Inhaekal Bin Azizi | 2008 |
7 | Zainuddin Hakimi Bin Zakaria | 2009 |
8 | Muhammad Fadhlullah Al-Amin Bin Abdul Razak | 2010 |
9 | Muhammad Afiqh Bin Yunos | 2011 |
10 | Satria Kamarin Azrai | 2012 |
11 | Khairul Hadi Bin Khairuddin | 2013 |
12 | Wan Muhammad Hafizi | 2014 |
13 | Khairul Falah Bin Shamsul Bahrain | 2015 |
14 | Abdul Rahim Bin Mohd Noor | 2016 |
15 | Muhammad Dzikrin A'zim Bin Ramli | 2017 |
16 | Ahmad Amimuddin Bin Yazid | 2018 |
17 | Muhammad Nor Syamrin Bin Ezamudin | 2019 |
18 | Muhammad Luqmanul Hakim Bin Ismail | 2020 - 2021 |
19 | Muhammad Huzairi Naim Bin Mohammad Khalil | 2021 - 2022 |
20 | Khairin Farhan Bin Khairil Badroll | 2022 - 2023 |
21 | Muhammad Firman bin Mohd Razif | 2023 - 2024 |
22 | Ahmad Fakhri Al-Hafiz bin Ahmad Faizal | 2024 - kini |
Pencapaian Cemerlang
[sunting | sunting sumber]Antara pencapaian cemerlang yang pernah dilakar oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA)
Sijil Pelajaran Malaysia 2022: Anak pemandu grab peroleh 10A