Lemang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lemang
لمڠ
Piece of Lemang.jpg
Sepotong lemang di atas piring.
Tempat asalIndonesia, Malaysia, Brunei
Bahan utamaBeras pulut
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Lemang
لمڠ|Buku Masakan: Lemang]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Lemang
لمڠ|Media: Lemang]]

Lemang (Jawi: لمڠ, Bahasa Minangkabau: lamang) adalah beras pulut dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak; cara ini merupakan cara menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei.[1]

Masakan ini paling dikenali dalam kalangan masyarakat Minangkabau,[2][3] namun cara pemasakan ia yang ringkas juga ditiru dalam kalangan kaum serantau lain[4] seperti kaum Negrito Kelantan,[5][6] suku Semai,[7] kaum Dayak dan kaum Melayu.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Pemasakan[sunting | sunting sumber]

Ruas-ruas buluh yang sudah dipilih sesuai besar, dipotong dan dibersihkan akan dilapikkan dengan gulungan daun pisang. Beras pulut yang telah dibasuh akan disumbatkan ke dalam ruas-ruas ini disusuli dengan santan sehingga cukup ruang sejarak satu atau dua inci ditinggalkan dari mulut buluh.

Batang-batang lemang ini dibakar dari satu jam hingga 4-5 jam bergantung kepada besar api dinyalakan; batang-batang tersebut hendaklah dibalik-balikkan setiap 15 minit agar seluruh nasinya masak sama rata.

Cara membelah buluh untuk mengeluarkan lemang.

Penghidangan[sunting | sunting sumber]

Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun ada juga yang memakan lemang dengan cara manis seperti bersama tapai (dalam kalangan orang Minangkabau) seri kaya ataupun buah-buahan.

Pengkhususan[sunting | sunting sumber]

Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Orang Minangkabau sering menjadikan lemang sebagai buah tangan dihadiahkan semasa melawat sahabat handai atau semasa keraan perkahwinan, khususnya dalam adat manjapuik marapulai.[2]

Masyarakat Dayak sering memakan lemang pada pesta-pesta adat mereka.

Di Malaysia, lemang telahpun tercatat sebagai hidangan istimewa khusus di Tanah Melayu sejak 1864 lagi.[8][9]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahrum Ali; Bandar Seri Begwan (8 September 2009), "'Lemang' stalls are found everywhere", The Brunei Times, diarkib daripada yang asal pada December 10, 2015
  2. ^ a b Eda Erwina (8 Mei 2014). "Lemang, Cerita Tradisi Malamang Dari Sumatera Barat". Merdeka.com. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  3. ^ "Lemang". Tribunnewswiki.com. 18 Julai 2019. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  4. ^ Low, Hugh (1848). Sarawak: Its Inhabitants and Productions. R. Bentley. m/s. 37.
  5. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula. 1. Macmillan and Co., limited.
  6. ^ Evans, Ivor Hugh Norman (1968). The Negritos of Malaya. Cass/Routledge. m/s. 59.
  7. ^ Benjamin, Geoffrey; Chou, Cynthia (2002). Tribal communities in the Malay world: historical, cultural and social perspectives. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 149.
  8. ^ Mills, L. A. (1925). British Malaya, 1864-1867. 3, pt. 2 http://books.google.com.my/books?lr=&id=j-slAAAAMAAJ&dq=lemang+bamboo&q=lemang+&pgis=1. Missing or empty |title= (bantuan) Bersama appendiks diberikan C. O. Blagden]
  9. ^ (1–6). Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch. 1878 http://books.google.com.my/books?ei=SVV_ToqeIYLyrQe08t0G&ct=result&id=qWCbS-Zjof4C&dq=lemang+malays&q=lemang#search_anchor. Parameter |kournal= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan); Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi