Serigala Hokkaidō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Serigala Hokkaidō
エゾオオカミ剥製・開拓記念館19840914.jpg
Canis lupus hattai
Status pemuliharaan
Pupus  (1889)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Keluarga: Canidae
Genus: Canis
Spesies: C. lupus
Subspesies: C. l. hattai
Nama trinomial
Canis lupus hattai
Kishida, 1931
Sinonim
  • C. l. rex (Pocock, 1935)[1]

Serigala Hokkaidō, dikenali di Jepun sebagai serigala Ezo (エゾオオカミ(蝦夷狼), Ezo Ōkami, Canis lupus hattai), ialah salah satu daripada dua subspesies Canis lupus yang pupus yang dipanggil serigala Jepun. Yang lagi satu ialah serigala Honshū.

Serigala endemik Jepun ini mendiami pulau Hokkaidō. Serigala Hokkaidō adalah lebih besar daripada serigala Honshū, lebih menyerupai saiz serigala kelabu biasa.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Serigala Ezo merupakan satu subspesies tersendiri, dan mempunyai penampilan tradisional lebih keserigalaan berbandingan dengan sepupu selatannya, serigala Honshū. Tengkoraknya besar dan menggerunkan, dengan gigi asu panjang melengkung, dan dimensi badan serupa dengan yang pada serigala kelabu. Serigala Ezo biasanya berwarna kelabu, dan secara ketara lebih besar daripada serigala Honshū. Seperti serigala Honshū, serigala Ezo diturunkan daripada serigala Siberia dari tanah besar Asia, tetapi subspesies Hokkaido mengekalkan saiz lebih hampir dengan leluhur besar ini.

Kepupusan[sunting | sunting sumber]

Sementara serigala Ezo kini pupus, terdapat dakwaan bahawa orang melihatnya di utara Bandar Raya Sapporo, tetapi ini tidak disahkan. Serigala Hokkaidō pupus semasa zaman pemulihan Meiji. Serigala ini dianggap sebagai ancaman kepada perancoan (yang dipromosikan oleh kerajaan Meiji semasa itu) dan disasarkan melalui sistem ganjaran dan kempen penghapusan kimia terus. Hokkaidō mengalami perkembangan ketara semasa zaman ini, yang membawa kepada serigala Hokkaidō mengalami gangguan alam sekitar.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494. 
  2. ^ Brett L. Walker, "Meiji Modernization, Scientific: Agriculture, and the Destruction of Japan's Hokkaidō Wolf," Environmental History, Jil. 9, Bil. 2, 2004.
  3. ^ Hall, Jamie (2005). "The Cryptid Zoo: Japanese Dwarf Wolf (or Shamanu)". Dicapai 15 Jun 2006. 

Templat:Pandu arah Canidae pupus Templat:Kriptozoologi