Setinggan (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Setinggan
PengarahAziz Sattar
PenulisAziz Sattar
Dibintangi
Disunting olehSalehan Samsuddin
Muzik olehKassim Masdor
Syarikat
penerbitan
Indra Film
Tarikh tayangan
1981
Durasi tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Setinggan merupakan sebuah filem Melayu genre komedi dan seram yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1981. Filem Setinggan diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Setinggan mula ditayangkan pada 1981 di pawagam seluruh negara. Menampilkan S. Shamsuddin, Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Setinggan diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1981.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Penduduk di sebuah kawasan setinggan kerap menjadi mangsa gangguan hantu. Gangguan ini berpunca dari kawasan setinggan ini tanpa disedari telah dibangunkan di kawasan yang dipercayai tapak kubur talibarut tentera Jepun yang telah dibunuh oleh penduduk kampung selepas Jepun menyerah kalah. Sebelum ini, kampung setinggan yang dibangunkan itu, aman damai dengan penduduknya saling bekerjasama. Tapi sejak akhir-akhir ini hantu-hantu dari kubur itu merayau dan menggangu penduduk kampung. Antara gangguan itu adalah suara yang menyeramkan, penduduk sering terlanggar sesuatu tetapi tiada benda yang dilanggar dan paling teruk sekali ialah sering memindahkan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Paling kerap menjadi mangsa gangguan sebegini ialah keluarga Pak Sudin (S. Shamsuddin), Bakar@Burn (Ibrahim Pendek) dan 3 orang anak gadis. Pada suatu malam, Bakar menjemput seorang dukun untuk menghalau hantu yang seringkali mengganggu penduduk kampung tetapi lain pula jadinya. Kegagalan dukun itu menyebabkan hantu-hantu itu wujud dan terus bermaharajalela di kawasan setinggan ini. Sehinggalah di tengah malam iaitu sebelum Subuh, isteri Pak Sudin telah dilarikan oleh hantu-hantu itu, menyebabkan Pak Sudin meminta pertolongan dari Ketua Kampung. Dengan pertolongan Ketua Kampung dan Bakar, dua orang dukun telah dipanggil untuk membinasakan hantu-hantu tersebut. Akhirnya, kesemua hantu itu dibinasakan dan isteri Pak Sudin telah dijumpai. Dengan tewasnya hantu-hantu itu, tiada lagi gangguan di kawasan setinggan ini dan penduduk kembali hidup aman damai.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Gerimis Gaharu - Henry Tiling
  2. Gigitan Senja - Jay Gay
  3. Haruan Makan Anak - Suwito Colombo
  4. Bukan Hantu Biasa - The Spirulina
  5. Dekan News - The Mosdar
  6. Balada Baladi - Somin Gratongkol
  7. Rindu Tulisan Awak - Jarman
  8. Seloka Setinggan - Penghulu & The Putrasari
  9. Joget Pakatan - Onchai Konner
  10. Mentera Halau Hantu Jepun;- Raja Bomoh Malaysia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  1. Pemenang Anugerah Filem Nasional Sumatera 1981
  2. Pemenang Festival Film Jakarta 1985 Kategori Special Effek Terbaik
  3. Anugerah Skrin Brunei 1988 Kategori Film Jenaka Terbaik
  4. Festival Filem Filipina 1990 Juara Kategori Sastera Terbaik

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]