She Was Pretty (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

She Was Pretty adalah merupakan drama 2022 arahan Yusry Abdul Halim dan ditayangkan bermula 23 Jun 2022, terbitan Independent Pictures yang ditayangkan secara eksklusif di Viu. Dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi. Drama ini diadaptasi dari drama popular Korea Selatan, iaitu She Was Pretty yang disiarkan oleh MBC pada tahun 2015.

She Was Pretty
She Was Pretty (2022).jpg
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
She Was Pretty oleh Jo Sung-hee
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBintang - Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Independent Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar
Format audioDolby Digital

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Selepas keterbalikan dari segi kekayaan dan paras rupa, buah hati dari zaman kanak-kanak bertemu semula untuk kali pertama dalam 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran semasa zaman sekolah.Haniff merupakan seorang yang gemuk berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular.Pada suatu hari,Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara.Mereka berpisah selama 15 tahun.Nadia yang dahulunya lawa,menjadi tidak cantik akibat rambutnya yg kerinting dan wajahnya penuh bintik.Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian daripada orang-orang sekeliling.Mujur ada sahabat baik bernama Jo.Jo seorang yang lawa dan diminati ramai.Jo tidak kisah bersahabat dengan Nadia.Dia sentiasa memberi sokongan padu kepada kawannya itu.Satu hari,Haniff iyang bakal pulang ke Malaysia ngin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubungan melalui email .Nadia teruja tetapi malu kerana takut Haniff tidak mahu bertemu dengannya selepas melihat penampilannya kini.Dia terpaksa menggunakan Jo untuk menyamar sebagainya.Mahu atau tidak,Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu.Pada pemikiran Haniff,Jo adalah Nadia.

Apa yang dia tidak tahu,Nadia Rahman yang sebenar adalah pekerja sementara di jabatan majalah The Most,Nadia yang sering dia marahi.Mujur rakan sekerja Nadia,Ashraf sentiasa menjadi penyelamatnya.Jo pula mulai jatuh cinta dengan Haniff selepas Haniff menyelamatkannya daripada samseng yang ingin menganggunya.

Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahawa Jo bukan Nadia sebenar? .Bolehkah Haniff mengecam Nadia Rahman ,pekerja bawahannya sebagai Nadia sebenar ,sahabat yang dia sukai ?.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff Hilmi
  • Diana Danielle sebagai Nadia Rahman
  • Alvin Chong sebagai Ashraff
  • Daniella Sya sebagai Kejora "Jo' Yusoff
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri
  • Amelina Amir sebagai Madam Rara
  • Jasmin Hamid
  • Arash Mohd
  • Zainol McWilson
  • Shahkimin sebagai Pyan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]