Yusry bin Abdul Halim
Yusry KRU PMW (WP) | |
---|---|
![]() Yusry di ibu pejabat KRU Studios. | |
Kelahiran | Yusry bin Abdul Halim 15 Jun 1973 |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1992–kini |
Terkenal kerana | KRU |
Pasangan | Erra Fazira (k. 2003–2006) Datin Lisa Surihani (k. 2012) |
Anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, balada |
Instrumen | Vokal, gitar |
Syarikat rakaman | EMI Music Malaysia KRU Records |
Pengkarya berkait | KRU, Erra Fazira, Melly Goeslaw |
Datuk Yusry bin Abdul Halim (lahir 15 Jun 1973) merupakan penyanyi, pelakon, dan pengarah filem Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan KRU yang mana beliau ialah penyanyi utamanya. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2003, beliau menghasilkan sebuah album solo. Beliau juga ialah seorang komposer, penerbit, pengarah dan pelakon.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Yusry dilahirkan pada 15 Jun 1973 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner. Yusry menghadiri Sekolah Rendah Sri Petaling dan kemudian pergi ke Sekolah Menengah Setapak. Beliau memperlajari Tahap 'O' di UK dan juga Peringkat 'A' di sebuah kolej UK (Leytonstone Sixth Form College, Leytonstone).
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
KRU[sunting | sunting sumber]
Beliau bersama dua adik-beradiknya Norman dan Edry menubuhkan kumpulan KRU pada 1992, album sulung kumpulan ini, Canggih dikeluarkan pada tahun yang sama. Antara lagu nyanyian Yusry bersama KRU ialah "Awas", "Apa Saja", "I’ll Be Waiting", "The Way We Jam" dan lain-lain.
Pada 2003, Yusry melancarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu "Dekat Padamu" dipilih sebagai single solo pertama Yusry.
Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]
Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]
Kerjaya filem Yusry bermula dengan berlakon bersama Norman dan Edry dalam filem Awas arahan Abdul Aziz Razak pada 1995. Ia kemudian diikuti oleh filem Cinta Metropolitan pada 1996.
Pada 2006, filem sulung arahannya Cicak-Man,[2] ditayangkan di pawagam pada Disember dan mendapat sambutan, ia kemudiannya diikuti oleh kesinabungan filem ini — Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)[3] dan Cicakman 3 (2015).[4]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Di awal pembabitan Yusry dikaitkan dengan anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin, namun ia tidak pernah disahkan oleh kedua-duanya. Pada tahun 1999, Yusry mula menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dan percintaan mereka mendapat liputan meluas malah kerapkali digandingkan dalam sesi fotografi. Namun hubungan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri pada awal tahun 2001.
Yusry kemudian pernah berkahwin dengan aktres terkenal Erra Fazira pada 15 Jun 2003.[5] Akad nikah dibuat di Masjid al-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail. Terdapat dua majlis persandingan yang diadakan selepas itu, satu terbuka kepada peminat, dan satu lagi acara tertutup.
Majlis pertama diadakan pada 21 Jun di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri dan disertai beribu peminat. Majlis berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat. Majlis kedua pula dilangsungkan pada 22 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur - Acara tertutup bagi para keluarga, sahabat-handai dan tetamu kehormat. Walau bagaimanapun, terdapat 300 orang peminat bertuah diberi masuk.
Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari'e pada 14 Jun 2006 bahawa beliau sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.[6][7]
Setelah menjalin cinta selama hampir setahun, akhirnya pada 23 Disember 2011 beliau telah bertunang dengan pelakon Lisa Surihani.[8] Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. Manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan lain-lain. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015.[9][10] Pada 23 April 2017, Yusry dan Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.[11][12]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
- Bersama KRU
- Album solo
- Yusry (2003)
- Lagu-lagu
- Dekat Padamu
- Warna Kehidupan
- Jika Kau Tiada (bersama Erra Fazira)
- 3 Minggu
- Bermimpi Lagi
- Hari ini
- Mengapa
- Tamat
- Terbang Tinggi
- Tertewas Lagi
- Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi (Runut bunyi Cicak-Man)
- Dibius Cinta (bersama Melly Goeslaw)
- Kekasih Abadi (bersama Lisa Surihani)
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Pelakon | Pengarah | Penerbit | Watak | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Awas | Ya | Tidak | Tidak | Yusry | Filem pertama |
1996 | Cinta Metropolitan | Ya | Tidak | Tidak | Irwan | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | Ya | Tidak | Tidak | Syamil | |
Mr. Cinderella | Ya | Tidak | Tidak | Hakimi | ||
2003 | Cinta Kolestrol | Ya | Tidak | Tidak | Ahmad Yusri Hj Zaini | |
Mr. Cinderella 2 | Ya | Tidak | Tidak | Hakimi | ||
2004 | Kuliah Cinta | Ya | Tidak | Tidak | Faramy | |
Hingga Hujung Nyawa | Ya | Tidak | Tidak | Dr. Aniq Kamil & Kamil | ||
2005 | Lady Boss | Ya | Tidak | Tidak | Mazlan | |
2006 | Cicak-Man | Ya | Ya | Eksekutif | Danny | |
2007 | Cintaku Forever | Ya | Tidak | Tidak | Joe | |
2008 | Cicakman 2 - Planet Hitam | Ya | Ya | Ya | Danny | Cerita asal |
2009 | Rasukan Ablasa | Ya | Tidak | Tidak | Ishak | |
Jin Notti | Tidak | Tidak | Ya | — | ||
My Spy | Tidak | Tidak | Ya | — | ||
2010 | Magika | Ya | Tidak | Ya | Pokok Bersaudara | |
2011 | Hikayat Merong Mahawangsa | Tidak | Ya | Eksekutif | — | |
Ratu The Movie | Ya | Tidak | Tidak | Pengacara | Penampilan khas | |
Karak | Tidak | Ya | Ya | — | ||
2012 | Cinta Kura-Kura | Tidak | Tidak | Ya | — | |
29 Februari | Tidak | Tidak | Ya | — | ||
2013 | Vikingdom | Tidak | Ya | Eksekutif | — | |
Ular | Ya | Tidak | Tidak | Remy | ||
2014 | Ribbit | Tidak | Tidak | Eksekutif | — | |
Dendam Orang Mati | Tidak | Tidak | Ya | — | ||
2015 | Cicakman 3 | Tidak | Ya | Ya | — | |
2018 | Wheely | Tidak | Ya | Ya | — | Filem animasi |
2020 | M4M4 | Ya | Tidak | Tidak | Abang | |
2021 | Hantu Bonceng 2.0 | Tidak | Ya | Tidak |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Pelakon | Pengarah | Penerbit | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1996 | Lontong | Ya | Tidak | Tidak | Kadir | TV3 | Pelakon undangan |
2009 | Bio-Nik | Tidak | Tidak | Eksekutif | — | ||
2010 | Hotel Mania | Tidak | Tidak | Eksekutif | — | ||
Arjuna | Tidak | Tidak | Eksekutif | — | |||
2017 | Saka Sisters | Tidak | Ya | Eksekutif | — | Astro Warna | |
2018 | Alamatnya Cinta | Ya | Tidak | Tidak | Astro Ria | ||
Kan Kukejar Cinta Kamu | Tidak | Ya | Tidak | — | |||
2019 | Imaan | Tidak | Ya | Tidak | — | ||
2020 | Runi & Solah | Tidak | Ya | Tidak | — | TV3 |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Pelakon | Pengarah | Penerbit | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|---|---|---|
2007 | Sangga Saadah | Ya | Tidak | Tidak | TV3 | |
2016 | Rongples Rongtaim | Tidak | Ya | Eksekutif | — | Astro Citra |
2018 | Vivi Si Perigi | Tidak | Ya | Tidak | — | ntv7 |
2020 | 6 Hari | Ya | Ya | Tidak | Faizal | Astro Citra |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | All Stars Buka Panggung | Peserta | Astro Warna |
2020 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) | Panel Penyiasat Tetap | TV3 |
Vokal Mania | Juri |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Dicapai pada 18 April 2018.
- ^ Itar, Abd. Aziz (9 Disember 2006). "Cicak-Man kutip RM350,000 hari pertama tayangan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 November 2015.
- ^ Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan Diarkibkan 22 Julai 2011 di Wayback Machine
- ^ Karim, Haryati. "Cicakman 3 penuh konflik". KOSMO!. Dicapai pada 29 November 2015.
- ^ Yusry and Erra to get engaged The Star Online. 27 Februari 2003.
- ^ Yusry-Erra Fazira sah bercerai Norazlita Mohd. Sies. Utusan Malaysia. 17 Jun 2006.
- ^ Erra, Yusry sah cerai talak satu Norazlita Mohd. Sies. Utusan Malaysia. 11 Julai 2006.
- ^ Yusry KRU Luah Rasa Bersyukur Jadi Suami Lisa Surihani RotiKaya. 25 Mac 2015.
- ^ Yusry KRU Kongsi Gambar Terbaru Anak Di Instagram RotiKaya. 22 Jun 2016.
- ^ Yusry KRU Sebak Cerita Saat Sambut Kelahiran Yahaira Astro Gempak. 20 April 2016.
- ^ Zaidi Mohamad (1 Mei 2017). "Lisa, Yusry namakan anak kedua Yusof Leonne". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mei 2017.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (1 Mei 2017). "Yusof Leonne nama anak Yusry, Lisa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Mei 2017.