Saadiah
Saadiah | |
|---|---|
السعدية | |
| Kelahiran | Satya binti Baharom 10 Ogos 1936 |
| Meninggal dunia | 26 Februari 2005 (umur 68) |
| Sebab kematian | Penyakit kencing manis |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor |
| Nama lain | Saadiah |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis skrip |
| Tahun aktif | 1950–1993 |
| Majikan | |
Karya | Filemografi |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 7 (termasuk Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud) |
| Keluarga | Mariam Baharum (kakak) |
Datin Hajah Satya Baharom AMN atau lebih dikenali sebagai Saadiah (10 Ogos 1936 – 25 Februari 2005) ialah seorang pelakon dan pengarah Singapura, yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an.[1] Beliau merupakan salah seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.[2][3][4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B. S. Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P. Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Walaubagaimanapun, beliau diberi watak wanita curang dalam filem Mambang Moden. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.
Filem terakhir lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina dan Faizal.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.[5][6]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan Pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1954/54 | Iman | Festival Filem Malaysia | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
| 1955 | Penarek Becha | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1956 | Semerah Padi | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
| 1958 | Sarjan Hassan | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1959 | Musang Berjanggut | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
| 1960 | Antara Dua Darjat | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1962 | Siti Muslihat | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1964 | Mambang Moden | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1965 | Agen 004 | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1967/69 | Sial Wanita | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1984 | Matinya Seorang Patriot | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1995 | — | Anugerah Seniwati Veteran | Menang | |
PILIHAN MAJALAH FILEM
| Tahun | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1956 | Penarek Becha | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
| 1957 | Hang Tuah | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
| 1961 | Antara Dua Darjat | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
| Tahun | Penghargaan | Keputusan |
|---|---|---|
| 2001 | Anugerah Panggung Era | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Hartati Hassan Basri; Ellyna Ali (28 Februari 2005). "Saadiah dalam kenangan (1937-2005)". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ↑ "Saadiah tak mahu jadi pelakon 'asal boleh'". Berita Minggu. 31 Mac 1985. m/s. 8. Dicapai pada 21 Disember 2018.
- ↑ Hafidah Samat (2 Mac 2005). "Passing of a legend". New Straits Times. Dicapai pada 21 Disember 2021.
- ↑ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1505335013146802&id=100064524679698&locale=ms_MY
- ↑ Siti Aniza Kamsari (27 Februari 2005). Seniwati Saadiah meninggal dunia Diarkibkan 2017-08-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Julai 2010.
- ↑ Veteran actress Saadiah dies The Star (February 27, 2005). Retrieved on July 18, 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1936
- Kematian 2005
- Pelakon Melayu
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Singapura
- Pelakon kanak-kanak Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pengarah filem wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Penulis skrip Malaysia
- Kematian akibat penyakit kencing manis
- Warga Studio Jalan Ampas