Chulabhorn Walailak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Chulabhorn Walailak
Puteri Thailand
Princess Chulabhorn 2010-12-7 cropped2.jpg
Keputeraan (1957-07-04) 4 Julai 1957 (umur 61)
Bangkok, Thailand
PasanganVirayudh Tishyasarin
(k. 1982; c. 1996)
AnakandaPuteri Siribhachudhabhorn
Puteri Adityadhornkitikhun
KerabatWangsa Mahidol
Dinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej (Rama IX)
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddhisme

Puteri Chulabhorn Walailak (Bahasa Thai: จุฬาภรณวลัยลักษณ์; Sebutan bahasa Thai: [tɕù.lāː.pʰɔːn.wá.lāj.lák]; rtgsChulaphon Walailak; lahir 4 Julai 1957, Bangkok) atau Chulabhorn Mahidol ialah puteri bongsu Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Chulabhorn telah menuntut dalam bidang kimia dan menamatkan pengajiannya pada 1979 di Universiti Kasetsart dengan ijazah sarjana muda. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat kedoktoran dalam bidang sains di Universiti Mahidol pada 1985.

Chulabhorn merupakan seorang pensyarah tamu dalam bidang kimia di Universiti Mahidol dan juga memegang jawatan presiden di Institut Penyelidikan Chulabhorn. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Pingat Einstein UNESCO [1] sebagai penghargaan atas usaha mempelopori kerjasama saintifik pada 1986. Chulabhorn juga merupakan orang Asia pertama yang dijemput untuk menganggotai Royal Society of Chemistry di United Kingdom sebagai Anggota Kehormat. [2]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Chulabhorn berumahtangga dengan Virayudh Tishyasarin (Bahasa Thai: วีระยุทธ ดิษยะศริน; rtgsWirayut Dityasarin), seorang rakyat biasa yang berkhidmat sebagai Naib Marsyal Udara dalam Angkatan Tentera Udara Diraja Thai pada 1981. Menurut adat diraja, gelaran diraja Chulabhorn sepatutnya digugurkan kerana telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berkedudukan rendah daripadanya. Namun, beliau mendapat izin daripada ayahandanya untuk mengekalkan pangkat Chao Fa. Chulabhorn dan suaminya sudah bercerai.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan:

Ijazah kehormat[sunting | sunting sumber]

Tahun Bidang Institusi
1984 Kerja Sosial Universiti Thammasat
1987 Kimia Universiti Khon Kaen
1998 Kimia Universiti Teknologi Suranaree
1999 Sains Universiti Wollongong
2000 Sains Kesihatan Universiti Thammasat
2001 Pendidikan Muzik Universiti Kasetsart
2003 Kimia Universiti Thaksin
2005 Sains Biologi Universiti Kasetsart
2005 Sains Bioperubatan Universiti Prince of Songkla
2005 Sains Perubatan Universiti Walailak
2005 Kimia Universiti Burapha
2005 Kimia Gunaan Institut Teknologi Ladkrabang Raja Mongkut
2005 Kimia Institut Teknologi Bangkok Utara Raja Mongkut
2005 Biologi Persekitaran Universiti Teknologi Suranareey
2005 Bioteknologi Universiti Mae Fah Luang
2006 Biokimia Universiti Khon Kaen
2006 Bioteknologi Universiti Silpakorn University

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Panji-panji diraja Puteri Chulabhorn Walailak
Tahun Anugerah Dianugerahkan oleh
1986 Pingat Einstein Medal UNESCO
2002 EMS-Hollaender International Fellow Award Environment Mutagen Society
2006 Special Recognition Award Intergovernmental Forum on Chemical Safety
2006 Nagoya Medal Special Award Nagoya Medal Organizing Committee
2009 Adolf Windaus Medal Universiti Göttingen, Jerman

Anugerah dan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • Order of the Royal House of Chakri (Thailand) ribbon.svg The Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri
  • Order of the Nine Gems (Thailand) ribbon.svg The Ancient and Auspicious of Order of the Nine Gems
  • Order of Chula Chom Klao - 1st Class (Thailand) ribbon.svg Dame Grand Cross (Kelas Pertama) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao
  • Order of the White Elephant - Special Class (Thailand) ribbon.svg Dame Grand Cordon (Kelas Istimewa) of The Most Exalted Order of the White Elephant
  • Order of the Crown of Thailand - Special Class (Thailand) ribbon.svg Dame Grand Cordon (Kelas Istimewa) of The Most Noble Order of the Crown of Thailand
  • Order of the Direkgunabhorn 1st class (Thailand) ribbon.svg Dame Grand Cross (Kelas Pertama) of The Most Admirable Order of the Direkgunabhorn
  • Order of Ramkeerati (Thailand) ribbon.png The Order of Symbolic Propitiousness Ramkeerati (Kelas Istimewa) - Pingat Penghargaan Boy Scout
  • King Rama IX Royal Cypher Medal (Thailand) ribbon.png Pingat King Rama IX Royal Cypher Medal (Kelas Pertama)
  • Freeman Safeguarding Medal - Class 1 (Thailand).png Pingat Freeman Safeguarding (Kelas Pertama)
  • Chakrabarti Mala Medal (Thailand) ribbon.png Pingat Chakrabarti Mala
  • The Boy Scout Citation Medal 1st class (Thailand) ribbon.png Pingat Penghargaan Boy Scout (Kelas Pertama)
  • Red Cross Medal of Appreciation (Thailand) ribbon.png Pingat Penghargaan Palang Merah (Kelas Pertama)

Luar negara[sunting | sunting sumber]

Salasilah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chulabhorn Research Institute". Cri.or.th. Dicapai 30 March 2016. 
  2. ^ "Membership and professional community". Rsc.org. Dicapai 2016-03-30. 
  3. ^ "Dutch State Visit to Thailand: January 19-23, 2004 - Page 3". The Royal Forums. Dicapai 2016-03-30. 
  4. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 7 April 2014. Dicapai 20 July 2013. 
  5. ^ "Photographic image" (JPG). Cdn.c.photoshelter.com. Dicapai 2016-03-31. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]