Ubolratana Rajakanya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ubolratana Rajakanya
Puteri Thailand
Puteri Ubolratana (2010)
Pasangan Peter Ladd Jensen
(kahwin 1972–1998) «start: (1972)–end+1: (1999)»"Marriage: Peter Ladd Jensen
to Ubolratana Rajakanya
"
Location:
(linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Ubolratana_Rajakanya)
Putera-puteri
Ploypailin Jensen
Poom Jensen
Sirikitiya Jensen
Kerabat diraja Dinasti Chakri
Ayahanda Bhumibol Adulyadej
Bonda Ratu Sirikit
Agama Buddhisme

Puteri Ubolratana Rajakanya (Bahasa Thai: อุบลรัตนราชกัญญา; rtgsUbonrat Ratchakanya; Sebutan bahasa Thai: [ʔù.bon.rát râːt.tɕʰa.kan.jāː]; lahir 5 April 1951 di Lausanne, Switzerland, merupakan anak sulung Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit. Beliau menyerahkan kedudukan dirajanya setelah berkahwin dengan Peter Ladd Jensen, seorang warga Amerika Syarikat dan menetap di negara itu. Beliau pulang ke Thailand setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 1998.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Puteri Ubolratana Rajakanya dilahirkan di Hospital Mont Suisse di Lausanne, Switzerland dan dibesarkan di Istana Dusit, Thailand. Beliau menerima gelaran dan nama, Yang Amat Mulia Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi oleh ayahandanya, Raja Bhumibol, sebulan selepas hari keputeraannya.

Nama beliau diubah suai daripada nama beberapa anggota keluarga diraja:

  • Nama Ubol Ratana daripada nenda di sebelah bondanya, Mom Luang Bua Sanitvongse.
  • Nama Siri daripada nama bondanya, Ratu Sirikit.
  • Nama Vadhana daripada moyang perempuan di sebelah ayahandanya, Sri Savarindira.

Dalam Sukan SEA ke-4 pada 1967 di Bangkok, beliau dan Raja Bhumibol telah mengambil bahagian dalam acara kapal layar dan memenangi pingat emas.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ubolratana menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah di Sekolah Chitralada. Beliau melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang matematik pada 1973. Beliau kemudian mendapat ijazah Sarjana dalam Kesihatan Awam dari Universiti California, Los Angeles.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Ubolratana berkahwin dengan Peter Ladd Jensen pada 25 Julai 1972. Perkahwinan mereka bertahan selama 26 tahun. Sebagai seorang warga asing, suaminya tidak menerima gelaran diraja. Mereka bercerai pada tahun 1998. Ubolratana dan anak-anaknya menetap di San Diego sehingga 2001 sebelum mereka pulang ke Thailand.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak; dua anak perempuan dan seorang anak lelaki dan kesemuanya dilahirkan di Amerika Syarikat.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Ubolratana dilahirkan dengan gelaran Yang Amat Mulia dan Puteri Chao Fa, tetapi melepaskan gelaran ini setelah berkahwin dengan seorang rakyat Amerika. Gelaran Chao Fa dilucutkan sebab beliau berkahwin dengan rakyat biasa. Namun, beliau masih memegang gelaran, Tunkramom Ying, yang bermaksud "Puteri kepada Pemangku Ratu". Sejak pulang ke Thailand, beliau banyak bergiat dalam upacara-upacara diraja.

  • Yang Amat Mulia Puteri Ubolratana Rajakanya (1951 - 1972)
  • Puan Ubolratana Rajakanya Jensen / Puan Julie Jensen[2][3] (1972 - 1998)
  • Puteri Ubolratana Rajakanya (1998–kini)

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Ubolratana pernah berlakon dalam cerita Where The Miracle Happens (หนึ่งใจ..เดียวกัน), yang disiarkan pada Ogos 2008. Beliau memainkan watak seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang berubah menjadi seorang dermawan setelah kematian anak perempuannya. [4] Pada Oktober 2010, beliau muncul dalam filem My Best Bodyguard (มายเบสต์บอดีการ์ด).

Anugerah dan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Dalam negara[sunting | sunting sumber]

Luar negara[sunting | sunting sumber]

  •  Belanda: Knight Grand Cross of the Order of the Crown [6]
  •  Sepanyol: Knight Grand Cross with Collar of the Order of Isabella the Catholic [7][8]

Salasilah[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]