Sirkhan Danial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SirKhan
Kelahiran
SirKhan Danial bin Salleh

(1990-03-05) 5 Mac 1990 (umur 34)
Rawang, Selangor, Malaysia
StatusBerkahwin
Nama lainGouffran dan Rudy Kasmaran
PekerjaanKomposer, Pengarah Muzik di Whiteroom Music, Pengasas Gouffran dan Rudy Kasmaran, Penerbit Penulis Lirik dan Pelakon
Tahun aktif2015-kini
PasanganFashaatyra
Anak-anakRuby
Kerjaya muzik
Genre
Syarikat rakaman
Whiteroom Music

SirKhan Danial Salleh (lahir 5 Mac 1990) merupakan seorang komposer, penerbit, penulis lirik, pengarah muzik dan pelakon di Whiteroom Music. Beliau mula minat mencipta lagu dari bangku sekolah lagi. SirKhan Danial sering berkolaborasi bersama rakan-rakannya untuk menghasilkan sesebuah lagu. Lagu ciptaannya juga selalu tercalon dan pernah mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) dan pelbagai anugerah lain.

Lagu pertama yang beliau cipta adalah pada tahun 2011, yang bertajuk Episode dan dinyanyikan oleh Akira Band. Sebelum penubuhan Whiteroom Music, SirKhan selalu menggunakan nama penanya iaitu Gouffran dan Rudy Kasmaran.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

SirKhan mula mendapat tempat dalam industri muzik apabila lagu yang diciptanya, "Terakhir" nyanyian asli oleh Sufian Suhaimi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat muzik tanah air Malaysia. [1]

Beliau meneruskan perjalan sebagai komposer lagu, dengan mencipta lagu-lagu untuk penyanyi terkenal di Malaysia seperti Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Ariff Bahran dan ramai lagi. [2][3][4][5][6]

Sebelum beliau menubuhkan syarikat rakamannya tersendiri, SirKhan Danial selalu bekerjasama dengan syarikat rakaman lain seperti Aries Music dan Rusa Music untuk menghasilkan lagu untuk dinyanyikan oleh artis bawah naungan mereka. [7][8]

Sepanjang karier beliau sebagai komposer yang terkenal, beliau telah berjaya mencipta lebih 27 buah lagu. Kebanyakan lagu yang beliau hasilkan sering mencuri hati pendengar dan peminat muzik tanah air Malaysia. Terdapat banyak anugerah yang diperoleh SirKhan sepanjang beliau menjadi komposer.

Pada tahun 2019, beiau telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman yang bernama Whiteroom Music. Nisha Haque, Mazryn Maysa, Haris Halim dan Hazreen Amreena merupakan bakat baru yang bernaung dibawah Whiteroom Music.

Tahun lepas (2020), SirKhan telah mencipta lagu pertama untuk syarikatnya sendiri yang bertajuk "Kekasih Baru" nyanyian asal oleh Haris Halim. Lagu ini juga mendapat sambutan dengan 198 ribu tontonan di YouTube dan pernah tercalon dalam segmen Lagu Baru Nak Up, ERA. [9][10]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

SirKhan dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Sekarang ini, beliau telah menetap di Kajang, Selangor. Beliau telah berkahwin, serta mempunyai seorang cahaya mata (perempuan). Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, dan meneruskan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda untuk khusus 'Risk Management & Takaful' selama empat tahun. [11][12]

Sufian Suhaimi (penyanyi) merupakan kawan beliau dan mereka sering berkolaborasi untuk mencipta sesebuah karya lagu.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mengalami kontroversi, apabila lagu ciptaannya "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli telah diciplak oleh Kumpulan Muzik dari Indonesia. SirKhan mengatakan bahawa lagu tersebut telah meniru hampir 100% melodi asal lagu "Tergantung Sepi" itu dan berharap agar pihak syarikat FMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan orang lain berani mencuri karya dan idea orang lain tanpa kebenaran. [13][14][15]

Lagu tersebut berjudul "Pergi Saja" nyanyian oleh Symphony Band dari Indonesia. SirKhan telah menyatakan hasratnya supaya semua pengkarya diluar sana bekerja dengan jujur dan menganggap perkara ini sebagai pengajaran supaya tiada lagi kes ciplak idea ini berlaku lagi.

Diskografi Penerbitan[sunting | sunting sumber]

SirKhan telah berjaya mencipta lebih 27 lagu sepanjang menjadi komposer. Beliau juga bekerjasama dengan komposer lain yang berbakat seperti Haqiem Rusli, Sang Hitam, Ibnu dan Sufian Suhaimi.

Lagu Ciptaan
Tajuk Penyanyi Tahun
Terakhir Sufian Suhaimi 2016
Menahan Rindu Wany Hasrita
Segalanya Haqiem Rusli
Tergantung Sepi Haqiem Rusli 2017
Harus Aku Sufian Suhaimi
Rintihan Rindu Wany Hasrita
Kata Akhirmu Ariff Bahran
Lebaran Terindah Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim,

Tajul dan Haqiem

Terasa Ada Sufian Suhaimi
Kasih Lebaran Sufian Suhaimi
Dimata Mu Sufian Suhami 2018
Kepuraanmu Luqman Faiz
Ada Dalam Tiada Nora
Misteri Ernie Zakri
Darjat Afieq Shazwan
Bersamamu Fareez Fauzi
Seperti Ini Fieya Julia 2019
Tahkta Cinta Luqman Faiz
Biar Saja Azzam Sham
Suratan Ketentuan Syafeek Ikhwan
Terlalu Memuja Wany Hasrita
Suratan Luka Muna Shahira
Teguh Setia Muna Shahira
Lembah Kesepian Haqiem Rusli
Bicara Rasa Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Selamat Berhari Raya Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Sedar Fareez Fauzi
Kekasih Baru Haris Halim 2020
Bagaimana Muna Shahirah & Zack Zakwan
Penjara Shafeek Ikhwan
Harapan Shaffiq Erwan
Yo Yo Oh Nisha Haque 2021

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017 Anugerah Juara Lagu (AJL) - 31 Finalis "Terakhir" nyanyian oleh Sufian Suhaimi Tercalon
2018 Anugerah Digital Muzik ERA (EDMA) Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 "Menahan Rindu" nyanyian oleh Wany Hasrita Pemenang
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 32 Bebas Tercalon
Anugerah MeleTOP ERA Lagu Meletop Tercalon
MYSC Awards MYSC Breakthrough Awards (wanita) Pemenang
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 32 Bebas "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli Pemenang Tempat Ketiga
Anugerah Planet Muzik (APM) Lagu Paling Popular APM Tercalon
Anugerah Planet Muzik (APM) Lagu Paling Popular APM "Dimata Mu" nyanyian oleh Sufian Suhaimi Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP ERA Lagu Meletop Tercalon
Anugerah Muzik Digita ERA (EDMA) Lagu Paling Viral Tercalon
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 33 Persembahan Terbaik Pemenang
Anugerah MeleTOP ERA Lagu Meletop Tercalon
The Malaysia Book of Records Tontonan Muzik Video Paling Tertinggi Di YouTube Melayu Pemenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) - 32 Lagu Paling Boom Tercalon
Anugerah MeleTOP ERA Lagu Meletop "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli Tercalon
Anugerah MeleTOP ERA Lagu Meletop "Menahan Rindu" nyanyian oleh Wany Hasrita Tercalon
2020 Anugerah Juara Lagu (AJL) - 34 Terbuka "Lembah Kesepian" nyanyian oleh Haqiem Rusli Anugerah Pilihan Peminat Setel

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

SirKhan Danial di Instagram

Haris Halim di Instagram, TikTok

Hazreen Amreena di Instagram, TikTok


Nisha Haque di Instagram, TikTok

Mazryn Maysa di Instagram, TikTok

Rujukan[sunting | sunting sumber]