Ariff Bahran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ariff Bahran
Nama asalMuhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari
Kelahiran (1998-01-15) 15 Januari 1998 (umur 21)
Selangor, Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2014, 2017–kini
Syarikat rakaman
Rusa Music
Kegiatan berkaitan
Pop Krew (BAEQ)
Big Stage

Muhammad Ariff Bahran bin Ahmad Azhari (dilahirkan pada 15 Januari 1998) atau lebih dikenali sebagai Ariff Bahran (Jawi: عاريف بهرن) merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia melalui single pertama beliau berjudul Kata Akhirmu.

Single pertama beliau menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Hati Batu (TV3) dan berjaya meraih lebih 15 juta tontonan di laman YouTube sehingga 30 Januari 2019. Ariff Bahran juga mempunyai lebih 190 ribu pengikut di laman Instagram.

Bahran juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Bahranators yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong karier seninya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan karier sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ariff Bahran mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama. Bahran juga masih menuntut di International University of Malaya-Wales (IUMW) dalam jurusan seni.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2019 ERA Digital Music Awards (EDMA 2018) Penyanyi Pilihan Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]