Siti Tanjung Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Siti Tanjong Perak)
Siti Tanjung Perak
SitiTgPerak.JPG
Kelahiran
Siti Sundari binti Samad

1912
Pulau Wasi Bugis, Sulawesi, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia6 Ogos 1992 (berumur 79–80)
WarganegaraIndonesia
Nama lainMak Iti
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1947–1973
Anak-anak5

Siti Sundari Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak (1912 – 6 Ogos 1992) merupakan seorang pelakon wanita Singapura kelahiran Indonesia.[1][2] Beliau bergiat aktif dalam bidang lakonan di Singapura dan Malaysia pada dekad 1950-an dan 1970-an. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan melakonkan watak jahat atau antagonis.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi pada tahun 1912. Mula giat dalam dunia pentas bangsawan pada tahun 1927 di seluruh pulau Borneo.

Semasa di pentas, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang tercantik pada ketika itu sehingga beliau diberi gelaran Seri Panggung. Suami pertama beliau bernama M. Taib, seorang pemain saksofon bersama Siti di pentas bangsawan. Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Sari Intan. Tetapi malangnya, suami Siti terkorban semasa perang Jepun. Setelah begitu lama menjanda, Siti pun mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1947, Siti melangkah ke dunia filem. Filem pertama beliau ialah Seruan Merdeka, manakala yang kedua pula ialah Singapura di Waktu Malam arahan B. S. Rajhans dan diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers. Namanya ditukar oleh para peminatnya kepada Siti Tanjung Perak. Ini disebabkan Siti terkenal menyanyikan lagu yang berjudul "Tajung Perak", lagu yang dipopularkan oleh S. Abdullah. Di hujung tahun 50-an, Siti telah berhijrah ke Cathay-Keris. Watak yang dibawanya dengan berkesan sekali ialah sebagai antagonis. Beliau juga mampu menari, menyanyi dan berlawak.

Siti pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu paling baik bagi tahun 1953, di suatu pemilihan para peminat. Dua daripada anak gadis Siti telah menjadi pelakon di era 50-an dan 60-an. Mereka ialah seniwati Supatri dan seniwati Zairina Abdul Ghani.

Gaya[sunting | sunting sumber]

Menurut Saodah Ismail dari Harian Metro, Siti Tanjung Perak ialah "seorang pelakon yang berpegang teguh kepada disiplin".[4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 1992 pada usia 80 tahun di Hospital Changi di Changi, Singapura.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1947 Seruan Merdeka Filem pertama
Singapura di Waktu Malam
1949 Noor Asmara
Nilam
1950 Rachun Dunia
Aloha
Takdir Ilahi
1951 Penghidupan
Sejoli
Juwita
1952 Antara Senyum dan Tangis
Sedarah
1953 Siapa Salah?
1954 Merana
Panggilan Pulau
Perjodohan
1955 Bernoda
Empat Isteri
1956 Hang Tuah
Anak-ku Sazali
Ribut
Keluarga Tolol
Keadilan Illahi
1957 Bujang Lapok
Kaseh Sayang
Mogok
1958 Satay
Hantu Kubor
1959 Bawang Putih Bawang Merah
1960 Che Mamat Parang Tumpul
1961 Jalak Lenteng
1962 Mata Syaitan
Mabuk Kepayang
Laila Majnun
Dang Anom
1963 Gila Talak
Rumah Itu Dunia Aku
Bayangan Di Waktu Fajar
Masuk Angin Keluar Asap
1964 Mat Tiga Suku
Pontianak Gua Musang
Dua Pendekar
1965 Tiga Botak
Gurindam Jiwa
Jiran Sekampung
1966 Dua Kali Lima
1967 Mat Bond
1968 Mat Lanun
1973 Hati Batu Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A. Kadir Pandi (22 April 1990). "Buta huruf tidak halang Mak Iti jadi pelakon baik". Berita Harian Singapura. m/s. 9. Dicapai pada 21 Disember 2018.
  2. ^ "Bangsawan di kampung dorong Mak Siti ceburkan diri dalam senilakun". Berita Harian Singapura. 27 Oktober 1974. m/s. 11. Dicapai pada 21 Disember 2018.
  3. ^ "Watak jahat mudah dihayati". Harian Metro. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  4. ^ Saodah Ismail (7 Ogos 1992). "Berpegang pada disiplin". Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  5. ^ "Rakan artis terkejut dengar Kak Iti meninggal". Harian Metro. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  6. ^ "Former actress Siti dies". New Straits Times. 7 Ogos 1992. Dicapai pada 21 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]