Pontianak Harum Sundal Malam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pontianak Harum Sundal Malam
Pontianak hsm 02.jpg
PengarahShuhaimi Baba
PenerbitSuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Dibintangi oleh
PengedarPesona Pictures Sdn Bhd
Mula ditayangkan
20 Mei 2004
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 3.2 juta

Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta. Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam (Maya Karin) tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Shahronizam Noor). Meriam akhirnya memilih dan menerima Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria (Maya Karin) yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman (Eizlan Yusof) dan tunangnya, Anna (Kavita Sidhu). Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Asia Pasifik ke-49 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Menang
Festival Filem Malaysia ke-17 Filem Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam Tercalon
Pengarah Terbaik Suhaimi Baba Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Azri Iskandar Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Menang
Penyunting Terbaik Meor Hashim Manap Menang

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]