Sos Worcestershire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebotol sos Worcestershire keluaran Lea & Perrins

Sos Worcestershire (Dengar sebutan bahasa Inggeris: /ˈwʊstərʃər/ atau [wus-tĕr-syĕr]), juga dipendekkan sebagai sos Worcester (sebutan bahasa Inggeris: /ˈwʊstər/ atau [wus-tĕr])[petikan diperlukan], ialah sejenis cecair perisa hasil proses penapaian yang kompleks ciptaan dua orang ahli kimia bernama John Wheeley Lea dan William Henry Perrins yang kemudiannya menubuhkan syarikat Lea & Perrins. Campuran bahan-bahan yang digunakan dalam resipi rahsia syarikat tersebut dibiarkan untuk matang selama 18 bulan sebelum dicampur dan botol di Worcester, England.

Lea dan Perrins membuat resepi sos ini pada tahun 1830-an. Namun, produk yang dihasilkan dirasai terlalu kuat dan tidak sesuai untuk dimakan, lalu simpanan sebatian sos itu pun ditinggalkan. Apabila mereka menemui semula tong-tong simpanan tersebut beberapa bulan kemudian, mereka mendapati rasa sos yang dibiarkan itu menjadi lebih matang seperti mana rasa sos Worcestershire sekarang. Sebuah mahkamah tinggi telah memutuskan pada 26 Julai 1876 bahawa Lea & Perrins tidak mempunyai hak milik yang mutlak terhadap istilah sos Worcestershire, justeru nama sos tersebut dipakai secara terbuka. Meskipun banyak jenama lain yang turut menghasilkan sos jenis Worcestershire kini dengan sedikit perbezaan dari segi ramuan, Lea & Perrins masih lagi merupakan syarikat yang terlaris menjual produk mereka sebagai sos Worcestershire yang "asli".[1]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan tradisional sos Worcestershire yang dijual di UK sebagai "Sos Worcestershire Lea & Perrins yang Asal dan Asli" disenaraikan dalam botol seperti berikut:

Perasa-perasa lain ini dipercayai termasuk kicap, lemon, jeruk dan cili.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is in Worcestershire Sauce and Why is It Called That?". Today I Found Out (dalam bahasa Inggeris). 9 Oktober 2013. Dicapai 17 Februari 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]