Stefano Sensi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stefano Sensi
Sensi pada 2019.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-08-05) 5 Ogos 1995 (umur 28)
Tempat lahir Urbino, Itali
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
(dipinjam dari Sassuolo)
Nombor 12
Kerjaya remaja
2001–2007 Urbania
2007–2010 Rimini
2010–2013 Cesena
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Cesena 31 (4)
2013–2015San Marino (pinjam) 59 (10)
2016– Sassuolo 61 (5)
2016Cesena (pinjam) 14 (1)
2019–Inter Milan (pinjam) 1 (1)
Pasukan kebangsaan
2012 Itali B17[1] 1 (1)
2015 Itali B20 3 (0)
2018– Itali 2 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:30, 2 Julai 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2019

Stefano Sensi (sebutan bahasa Itali: [ˈsteːfano ˈsɛnsi]; lahir 5 Ogos 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan secara pinjaman dari Sassuolo dan untuk pasukan kebangsaan Itali.

Beliau telah memulakan kariernya bersama kelab Cesena pada tahun 2013 sebelum telah dipinjamkan ke kelab San Marino selama dua musim sebelum kembali semula ke Cesena. Beliau berpindah ke Sassuolo pada Januari 2016 tetapi banyak menghabiskan kariernya bersama Cesena secara pinjaman sebelum menyertai semula kelab Sassuolo ketika musim panas.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Sensi mula bermain bola sepak bersama kelab bola sepak tempatan, Urbania semasa berusia enam tahun. Pada masa itu, beliau bermain bola sepak bersama dengan abangnya. Beliau kemudiannya menyertai akademi Rimini pada tahun 2007. Setelah tiga tahun di Rimini, beliau telah dilepaskan oleh kelab kerana mengalami bankrup pada penghujung musim 2009–10. Seterusnya, Sensi diikat oleh kelab akademi Cesena.

Cesena[sunting | sunting sumber]

Sensi memulakan keriernya seniornya bersama kelab Cesena. Beliau telah diletakkan ke dalam skuad Cesena bagi menghadapi perlawanan Coppa Italia pada 28 November 2012 menentang Atalanta yang menyaksikan Cesena tewas 3-1.

Pada 23 Julai 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab San Marino Calcio. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu pada 8 September dalam perlawanan Lega Pro Seconda Divisione menentang Reggiana. Seminggu kemudian, beliau telah menjaringkan gol sulungnya dalam aksi menentang Como. Pada 16 Mac 2014, he beliau merupakan salah satu daripada tiga pemain Titani yang telah dibuang padang berikutan kekalahan kepada Cremonese. Beliau telah beraksi dalam 26 perlawanan bagi permulaan musim pertamaya. Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan terakhirnya iaitu ketika menentang Vicenza pada 4 Mei.

San Marino tidak berminat untuk mengikat Sensi secara kekal namun pada 7 Julai 2014, beliau telah berpindah ke kelab tersebut buat tempoh pinjaman kali kedua. Pada 8 September, beliau telah dibuang padang ketika masa tambahan dalam aksi menentang Pontedera. Beliau telah tampil dalam 33 perlawanan yang menyaksikan pasukannya terhumban ke Serie D selain beliau telah menghasilkan lapan gol pada musim tersebut.

Sensi melakukan penampilan sulungnya untuk Cesena pad 20 Ogos 2015 ketika pasukannya menang 4–1 ke atas Catania dalam saingan Coppa Italia. Pada 5 September, beliau melakukan penampilan pertamanya dalam saingan liga untuk Cesena ketika pasukannya menumpaskan Brescia bagi perlawanan pembukaan liga. Pada 3 Oktober, beliau telah menyudahkan tendangan penalti bagi membantu Cesena menundukkan Livorno 1–0.

Sassuolo[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2016, Sensi telah melakukan perpindahan ke kelab yang beraksi di Serie A, Sassuolo. Beliau seterusnya menghabiskan enam bulan di Cesena sebagai status pemain pinjaman di sana. Beliau kembali ke Sassuolo pada Julai 2016 bagi menghadapi kempen 2016–17. Sensi melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika perlawanan pembukaan menentang Palermo yang berkesudahan Sassuolo menang tipis 1–0. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada Oktober 2016 ketika pasukannya menewaskan pendatang baharu, Crotone.[2] Sensi mengakhiri musim pertamanya bersama Sassuolo dengan tampil dalam 19 perlawanan di seluruh kejohanan dan menjaringkan hanya satu gol. Dalam musim 2017–18, beliau telah menghasilkan dua gol dalam 17 penampilannya di Serie A.[3] Sensi merupakan tonggak utama Sassuolo bagi kempen 2018–19 semasa di bawah kendalian Roberto De Zerbi. Beliau telah melakukan 30 kemunculan domestik dan menjaringkan dua gol.[4]

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2019, Inter Milan secara rasminya mengumumkan ketibaan Stefano Sensi dari Sassuolo. Sensi akan menyertai skuad Nerazzurri secara pinjaman pada awalnya dan mempunyai pilihan untuk membeli secara tetap pada penghujung musim. Jumlah kos perpindahan tersebut dijangka mencecah €25 juta.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 20 November 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat.[5] Pada 26 Mac 2019, Sensi menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan ketika perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Liechtenstein.[6]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Ogos 2019.[7]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
San Marino San Marino 2013–14 26 1 0 0 26 1
2014–15 33 8 1 1 34 9
Jumlah 59 9 1 1 60 10
Itali Cesena 2015–16 32 4 1 0 33 4
Itali Sassuolo 2016–17 16 1 1 0 2 0 19 1
2017–18 17 2 2 0 19 2
2018–19 28 2 2 0 30 2
Jumlah 61 5 5 0 2 0 68 5
Itali Inter Milan 2019–20 1 1 0 0 0 0 1 1
Jumlah kerjaya 153 19 7 1 2 0 162 20
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2019.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 1 1
Jumlah 2 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
26 Mac 2019 Parma, Itali  Liechtenstein
1–0
6–0
Kelayakan Euro 2020

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nazionale in cifre: Sensi, Stefano" (dalam bahasa Italian). FIGC. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 3 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Sassuolo vs. Crotone 2 – 1". Soccerway. 16 October 2016. Dicapai pada 13 August 2019.
  3. ^ "Games played by Stefano Sensi in 2017/2018". Soccerbase. Dicapai pada 13 August 2019.
  4. ^ "Games played by Stefano Sensi in 2018/2019". Soccerbase. Dicapai pada 13 August 2019.
  5. ^ "Politano breaks the ice for Italy". Football Italia. 20 November 2018.
  6. ^ "Euro 2020: Italy hit Liechtenstein for six". Football Italia. 26 March 2019.
  7. ^ "S.Sensi". Soccerway. Dicapai pada 23 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]