Lautaro Martínez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lautaro Martínez
Lautaro Martínez (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLautaro Javier Martínez
Tarikh lahir (1997-08-22) 22 Ogos 1997 (umur 22)
Tempat lahirBahía Blanca, Argentina
Ketinggian1.74 m
Posisi permainanStriker
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan
Nombor10
Kerjaya remaja
2013–2014Liniers
2014–2015Racing Club
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2015–2018Racing Club48(22)
2018–Inter Milan28(7)
Pasukan kebangsaan
2016–2017Argentina B2011(7)
2018–Argentina11(6)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 23:15, 26 Mei 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 2 Julai 2019

Lautaro Javier Martínez (Sebutan Sepanyol: [lau̯ˈtaɾo maɾˈtines]; lahir 22 Ogos 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Argentina.

Beliau memulakan kariernya di Argentina bersama dengan Racing Club. Setelah empat musim di kelab itu, beliau secara keseluruhannya telah menjaringkan 27 gol di dalam 60 perlawanan sebelum melakukan perpindahan ke Inter pada tahun 2018.

Martínez mewakili pasukan remaja Argentina dan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Amerika Selatan B-20 2017 dan Piala Dunia B-20 2017. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior Argentina pada tahun 2018 dan telah mewakili negara itu ke kejohanan Copa América 2019.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Martínez mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Beliau telah menyertai Liniers dengan mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi di peringkat bawah-17 tahun.[1] Pada tahun 2013, beliau telah menjaringkan 13 gol dalam liga bawah-17 dan menjaringkan gol dalam aksi final piala domestik namun pasukannya tewas menerusi penentuan penalti kepada Rosario.[2][3]

Racing Club[sunting | sunting sumber]

Persembahan Martínez di peringkat remaja telah menarik perhatian jurulatih Racing Club, Fabio Radaelli yang telah mengikat beliau pada Januari 2014. Setelah menyertai Racing, Martínez mula mengalami kerinduan terhadap halaman kampungnya. Beliau seterusnya dipujuk oleh rakan sepasukannya, Braian Mansilla untuk terus kekal. Beliau seterusnya menjaringkan 53 gol di dalam 64 perlawanan untuk pasukan simpanan. Pada tahun 2015, satu rundingan antara Racing Club dan Real Madrid untuk menandantangani Martínez tetapi beliau sendiri memilih untuk kekal di Argentina. Bapa Martínez, Mario mendedahkan bahawa anaknya ingin kekal di Racing kerana beliau bersedia untuk meninggalkan kelab pada masa itu.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam Primera División Argentina pada 1 November 2015 ketika menentang Crucero del Norte dengan menjadi pemain gantian kepada Diego Milito pada separuh masa kedua permainan.[5] Pada 17 April 2016, beliau telah dibuang padang buat pertama kali dalam kariernya dalam aksi menentang Argentinos. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Racing ketika menentang Huracán pada November.

Berikutan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama Lisandro López, Martínez diberi banyak peluang untuk beraksi bagi kempen 2016–17 dengan menjaringkan sembilan gol di dalam 23 perlawanan. [6] Pada musim berikutnya, beliau terus membarisi kesebelasan utama Racing pada awal musim. Pada Disember 2017, beliau menjalani ujian kesihatan bersama kelab La Liga, Atlético Madrid.[7] Dilaporkan Martínez telah bersetuju untuk ke Atlético Madrid tetapi Racing seterusnya mengumumkan Martínez telah menandantangani kontrak baru yang telah menambahkan klausa pelepasannya. Racing juga mengkritik tindakan kelab Sepanyol itu yang mengheret Martínez untuk menjalani ujian kesihatan tanpa menerima kebenaran dari Racing.[8] Dalam perlawanan yang terakhir bagi tahun 2017, beliau telah menjadi pemain terbaik perlawanan setelah menjaringkan satu gol dan menyumbang kepada satu gol dalam aksi menentang Gimnasia.[9] Pada 27 Februari, beliau menjaringkan hatrik keduanya pada musim itu ketika aksi sulungnya di Copa Libertadores dengan menentang wakil Brazil Cruzeiro yang berkesudahan Racing menang 4–2.[10]

Pada bulan yang sama, Martínez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Itali iaitu kelab Inter Milan. Pada 5 Mei, Presiden Racing Club, Victor Blanco mengesahkan perpindahan tersebut berjalan dengan lancar. Blanco memberitahu Martínez akan menyertai Inter bagi menghadapi kempen 2018-19 tetapi beliau terus dipinjamkan ke Racing bagi menghabiskan kempen Copa Libertadores sehingga bulan Disember.[11][12]

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Martínez secara rasminya menyertai Inter Milan pada 4 Julai 2018 dengan perpindahan yang menelan kos bernilai €22.7 juta. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[13] Beliau melakukan penampilan sulungnya secara tidak rasmi dalam perlawanan persahabatan menentang Lugano.[14] Penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Sassuolo pada 19 Ogos dalam minggu pembukaan liga.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter di Serie A ketika menentang Cagliari pada 29 September.[16]

Martínez menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan Eropah pada 14 Februari 2019 menerusi tendangan penalti sekali gus membantu Inter untuk meraih kemenangan ke atas Rapid Wien dalam perlawanan pertama pusingan ke-32 Liga Europa 2018–19.[17]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Remaja[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2017, Martínez mewakili pasukan bawah-20 Argentina dalam Kejohanan Bola Sepak Remaja Amerika Selatan 2017. Beliau telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan lima gol sekali gus membantu Argentina menempah tiket ke kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017.

Beliau seterusnya disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia yang berlangsung pada bulan Mei 2017. Beliau mengalami kecederaan pada tulang rawan hidungnya setelah diterjah oleh lutut pemain Vietnam dalam perlawanan pemanas badan.[18] Disebabkan kecederaan itu, beliau hanya beraksi dari bangku simpanan dalam aksi pembukaan menentang England. Akan tetapi, beliau telah dibuang padang setelah rakaman video menunjukkan beliau menerjah pemain Fikayo Tomori. Oleh sebab itu, beliau menjadi pemain pertama yang dibuang padang setelah rakaman video pengadil dan Argentina akhirnya kecundang 3–0.[19][20] Beliau kembali dalam perlawanan menentang Guinea dan beliau telah menjaringkan gol yang menyaksikan Argentina menang 5-0. Namun, kemenangan tersebut tidak dapat menghalang Argentina daripada berdepan penyingkiran dalam kejohanan itu.[18][21]

Senior[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mac 2018, Martínez menerima panggilan pertama oleh pasukan senior Argentina bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Itali dan Sepanyol. [22] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya pada 27 Mac dengan menggantikan Gonzalo Higuaín ketika menentang Sepanyol dan menyaksikan Argentina dibelasah 6-1.[23] Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam senarai awal skuad Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi telah diketepikan dalam senarai akhir.[24][25] Beliau beraksi selama 90 minit permainan ketika perlawanan persahabatan menentang Iraq. Dalam perlawanan itu juga, beliau berhasil menjaringkan gol sulungnya untuk Argentina.[26]

Pada Mei 2019, Martínez telah disenaraikan ke dalam skuad Copa América 2019 oleh jurulatih Lionel Scaloni.[27] Dalam aksi peringkat kumpulan menentang Qatar pada 23 Jun, beliau telah menjaringkan gol pembukaan permainan sekali gus membantu Argentina untuk mara ke peringkat kalah mati.[28] Pada 28 Jun, Martínez menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Venezuela dalam aksi suku akhir. Beliau telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan dan meneruskan kemaraan Argentina ke peringkat separuh akhir.[29]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019.[30]
Kelab Musim Liga Piala Benua[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Argentina Racing Club 2015 1 0 0 0 0 0 1 0
2016 3 0 1 0 0 0 4 0
2016–17 23 9 0 0 5 0 28 9
2017–18 21 13 0 0 6 5 27 18
Jumlah 48 22 1 0 11 5 60 27
Itali Inter Milan 2018–19 27 6 2 2 6 1 35 9
Jumlah kerjaya 75 28 3 2 17 6 95 36

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 Julai 2019.[31]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2018 4 1
2019 7 5
Jumlah 11 6

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Oktober 2018 Riyadh, Arab Saudi  Iraq
1–0
4–0
Persahabatan
2
22 Mac 2019 Madrid, Sepanyol  Venezuela
1–2
1–3
3
7 Jun 2019 San Juan, Argentina  Nicaragua
3–1
5–1
4
4–1
5
23 Jun 2019 Porto Alegre, Brazil  Qatar
1–0
2–0
Copa América 2019
6
28 Jun 2019 Rio de Janeiro, Brazil  Venezuela
1–0
2–0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Estevez, Martin (10 May 2017). "Lautaro Martínez, tradición familiar". El Grafico. Dicapai 12 July 2017. (Sepanyol)
  2. ^ "El juvenil bahiense Lautaro Martínez se va a Racing". Lanueva. 9 January 2014. Dicapai 13 July 2017. (Sepanyol)
  3. ^ "El Sub 17 de la Liga del Sur perdió la final con Rosario". Lanueva. 14 December 2013. Dicapai 13 July 2017. (Sepanyol)
  4. ^ Siffredi, Charly (21 November 2017). "Lautaro Martinez's father reveals rejection of Real Madrid in 2015". Marca. Dicapai 8 December 2017. 
  5. ^ Edwards, Danie (17 February 2017). "Coveted by Arsenal & Real Madrid: Meet Racing Club's whizzkid Lautaro Martinez". Goal. Dicapai 26 May 2017. 
  6. ^ "Report: Atletico Madrid Inks Rising Argentine Star Lautaro Martinez to Long-Term Deal". Sports Illustrated. 6 December 2017. Dicapai 8 December 2017. 
  7. ^ "Racing Club raise Lautaro Martinez release clause". Four Four Two. 11 January 2018. Dicapai 5 February 2018. 
  8. ^ Siffredi, Charly (6 December 2017). "Lautaro Martinez signs for Atletico Madrid". Marca. Dicapai 8 December 2017. 
  9. ^ Edwards, Daniel (15 December 2017). "Could Lautaro Martinez be Atletico's answer to Cristiano Ronaldo?". Goal. Dicapai 19 December 2017. 
  10. ^ Clark, Matthew (28 February 2018). "Inter target Lautaro Martinez goes triple for second time". Serpents of Maradonna. Dicapai 28 February 2018. 
  11. ^ Cudworth, Toby (7 February 2018). "Inter Tie Up Deal to Sign Argentine Wonderkid Lautaro Martinez for €20m Fee". 90min. Dicapai 7 May 2018. 
  12. ^ "Racing Club President Confirms Lautaro Martinez Has Been Sold to Inter". Sports Illustrated. 7 May 2018. Dicapai 7 May 2018. 
  13. ^ Strachan, Iain (4 July 2018). "Lautaro Martinez completes Inter move". Goal. Dicapai 4 July 2018. 
  14. ^ Dorman, Matt (14 July 2018). "Lautaro Martinez on target in impressive Inter debut". Goal. Dicapai 15 July 2018. 
  15. ^ Marcovitch, Joe (19 August 2018). "Sassuolo 1-0 Inter: Report, Ratings & Reaction as the Nerazzurri Slip to Defeat in Serie A Opener". 90min. Dicapai 20 August 2018. 
  16. ^ "Results: Inter 2–0 Cagliari". legaseriea.it. Dicapai 30 September 2018. 
  17. ^ Joe Wright (14 February 2019). "Rapid Vienna 0 Inter 1: Martinez makes up for missing Icardi". Goal.com. Dicapai 15 February 2019. 
  18. ^ a b Edwards, Daniel (30 May 2017). "Arsenal target Martinez survives U-20 disaster to prove he can be an elite striker". Goal. Dicapai 2 June 2017. 
  19. ^ "Los mundialistas llegaron a Vietnam". Argentina Football Association. Dicapai 23 May 2017. (Sepanyol)
  20. ^ "VIDEO: Referee uses video technology to send off Argentina's Martinez at FIFA U20 World Cup". Goal. 20 May 2017. Dicapai 24 May 2017. 
  21. ^ "Guinea out of Under-20 World Cup". BBC. 26 May 2017. Dicapai 26 May 2017. 
  22. ^ "Lista de convocados". AFA. 12 March 2018. Dicapai 12 March 2018. 
  23. ^ "WATCH: Isco Hat Trick Leads Spain's 6-1 Rout Over Messi-Less Argentina". Sports Illustrated. 27 March 2018. Dicapai 28 March 2017. 
  24. ^ "Revealed: Every World Cup 2018 squad". Goal. Dicapai 25 May 2018. 
  25. ^ "Icardi cut from Argentina's 23-man World Cup squad". Goal. Perform Group. 21 May 2018. Dicapai 21 May 2018. 
  26. ^ Creek, Stephen (12 October 2018). "Inter's Lautaro Martinez thrilled with debut Argentina goal". Goal. Dicapai 12 October 2018. 
  27. ^ Avi Creditor (21 May 2019). "Messi Leads Argentina's Copa America Squad; Icardi Omitted". Sports Illustrated. Dicapai 21 May 2019. 
  28. ^ "Copa America 2019 - Qatar 0-2 Argentina - Match Report". www.beinsports.com. 23 June 2019. Dicapai 24 June 2019. 
  29. ^ "Argentina beats Venezuela, faces Brazil in Copa América semi". TSN. 28 June 2019. Dicapai 29 June 2019. 
  30. ^ "Argentina - L. Martínez career statistics". Soccerway. Dicapai 2 June 2017. 
  31. ^ "Lautaro Martinez-National Football Teams". National Football Teams. Dicapai 9 May 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Argentina Copa América 2019