Hakan Çalhanoğlu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hakan Çalhanoğlu
Maklumat peribadi
Nama penuh Hakan Çalhanoğlu
Tarikh lahir (1994-02-08) 8 Februari 1994 (umur 30)
Tempat lahir Mannheim, Jerman
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 20
Kerjaya remaja
1. FC Turanspor Mannheim
Polizei SV Mannheim
2001–2009 SV Waldhof Mannheim
2009–2011 Karlsruher SC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Karlsruher SC 50 (17)
2013–2014 Hamburger SV 32 (11)
2014–2017 Bayer Leverkusen 79 (17)
2017–2021 AC Milan 135 (22)
2021– Inter Milan 72 (12)
Pasukan kebangsaan
2010 Turki B16 6 (1)
2010–2011 Turki B17 11 (1)
2011–2013 Turki B19 15 (5)
2012–2013 Turki B20 8 (1)
2012–2014 Turki B21 2 (0)
2013– Turki 80 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Hakan Çalhanoğlu (sebutan Turki: [ˈhaːkan ˈtʃaɫhanoːɫu], lahir 8 Februari 1994) merupakan seorang pemain bola sepak Turki kelahiran Jerman yang bermain di posisi sayap dan pemain tengah menyerang untuk kelab Itali, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Turki.

Beliau memulakan kariernya di kelab Karlsruher SC pada tahun 2010 dan berpindah ke kelab Bundesliga, Hamburger SV dua tahun kemudian. Prestasinya yang cemerlang ketika musim pertamanya di Bundesliga telah menarik minat Bayer 04 Leverkusen untuk membelinya dengan perpindahan sebanyak €14.5 juta pada tahun 2014. Seterusnya, beliau beraksi selama tiga musim di BayArena dengan menjaringkan 28 gol daripada 115 penampilan. Pada tahun 2017, beliau melakukan perpindahan ke Milan dengan bayaran awal sebanyak €20 juta.

Dilahirkan di Jerman, Çalhanoğlu memilih untuk mewakili pasukan Turki di peringkat antarabangsa. Beliau telah melakukan penampilan sulung untuk skuad senior pada tahun 2013 dan beliau turut merupakan sebahagian daripada skuad UEFA Euro 2016.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Karlsruher[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Mannheim, Baden-Württemberg, Çalhanoğlu memulakan kariernya di kelab Karlsruher SC yang beraksi di 2. Bundesliga meskipun kelab tersebut disingkirkan ke 3. Liga pada musim pertamanya di situ. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Hamburger SV ketika jendela perpindahan musim panas 2012 dan dipinjam semula pada musim pertamanya.[1] Semasa menjadi pemain pinjaman, beliau membantu Karlsruher untuk menjuarai liga dan kembali semula ke divisyen kedua.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Çalhanoğlu melakukan penampilan sulungnya untuk Hamburg dalam perlawanan Bundesliga pada 11 Ogos 2013 ketika seri 3-3 bertemu Schalke 04. Beliau diletakkan dalam kesebelasan utama Hamburg sebelum digantikan oleh Dennis Aogo selepas 74 minit.[2] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 31 Ogos ketika Hamburg melakar kemenangan 4-0 ke atas Eintracht Braunschweig. Beliau beraksi setelah menggantikan Rafael van der Vaart pada minit ke-79. Beliau menjaringkan gol dan menyumbat gol sekali lagi menerusi sepakan percuma.[3]

Pada 5 Februari 2014, Çalhanoğlu menandantangani kontrak lanjutan dua tahun di Hamburg sekali gus mengekalkan beliau sebagai pemain Hamburg sehingga tahun 2018.[4] Pada 20 Februari, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 41 ela ketika menentang Borussia Dortmund yang berkesudahan Hamburg menang 3-0. Beliau telah dibuang padang buat pertama kali dalam kariernya pada 22 Mac apabila dilayang kad kuning kedua ketika tewas 1-0 kepada VfB Stuttgart.[5]

Pada musim pertamanya di Hamburg, pasukannya menghuni tangga ke-16 liga dan memenangi perlawanan play-off menentang Greuther Fürth bagi memastikan Hamburg kekal beraksi di Bundesliga buat musim hadapan.[6]

Bayer Leverkusen[sunting | sunting sumber]

Calhanoglu semasa di Bayer Leverkusen pada tahun 2015.

Hamburg pada mulanya tidak ingin untuk menjual Çalhanoğlu ke kelab Jerman yang lain tetapi pembelian Pierre-Michel Lasogga dari Hertha BSC telah membuatkan pengurusan kewangan tidak menentu.[7] Pada 4 Julai 2014, beliau meninggalkan Hamburg untuk berpindah ke Bayer Leverkusen dengan menandantangani kontrak lima tahun[8] serta bayaran perpindahan sebanyak €14.5 juta.[9]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Hamburg pada 19 Jun ketika perlawanan play-off Liga Juara-Juara Eropah menentang Copenhagen.[10] Empat hari kemudian, beliau beraksi pada perlawanan pertamanya bersama Leverkusen di Bundesliga ketika menang 2-0 ke atas Borussia Dortmund.[11] Pada 27 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya di Leverkusen ketika perlawanan play-off kedua menentang Copenhagen.[12] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga untuk Leverkusen ialah ketika terikat seri 3-3 menentang Werder Bremen pada 12 September. Çalhanoğlu telah dicalonkan sebagai pencabar anugerah Golden Boy pada Oktober 2014.[13]

Pada 25 Februari 2015, beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Leverkusen menewaskan Atlético Madrid pada pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.[14] Namun tiga hari kemudian, beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan timbang balik sekali gus memberikan kelebihan untuk Atlético meraih kemenangan.[15] Pada 2 Mei Çalhanoğlu menjaringkan gol pembukaan ketika menewaskan Bayern Munich 2-0 menerusi sepakan percuma.[16]

Beliau memulakan gol pertamanya untuk kempen musim 2015-16 dengan menyudahkan penalti ketika perlawanan DFB-Pokal menentang Sportfreunde Lotte.[17] Dua minggu kemudian, beliau menjaringkan gol tunggal permainan bagi membantu Leverkusen melakar kemenangan ke atas Hannover 96. Pada 26 Ogos, beliau menjaringkan gol pembukaan apabila Leverkusen meraih kemenangan 3-0 ke atas Lazio sekali gus membuka peluang untuk Leverkusen layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA.[18] Dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan, Çalhanoğlu menjaringkan dua gol ketika membelasah BATE Borisov 4-1.[19]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kempen musim 2016–17 pada 14 September ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow. Gol tersebut juga menandakan gol ke-50 dijaringkan beliau dalam kariernya.[20]

Pada 2 Februari 2017, Çalhanoğlu digantung empat bulan oleh FIFA kerana tindakannya ketika di Karlsruhe. Beliau menerima €100,000 daripada kelab Turki, Trabzonspor pada tahun 2011 selepas bersetuju untuk berpindah ke kelab tersebut tetapi beliau kemudiannya melanjutkan kontrak bersama kelab Karslruhe. Trabzonspor pada mulanya hanya menginginkan bayaran balik €100,000 bersama pampasan €1 juta tetapi FIFA menyatakan hukuman denda €100,000 dan penggantungan empat bulan telah cukup memadai.[21]

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2017, Çalhanoğlu mendantangani kontrak empat tahun bersama kelab Serie A, Milan.[22] Bayaran perpindahan tersebut dilaporkan sebanyak €20 juta sebelum ditingkatkan kepada €24 juta.[23] Beliau diberi jersi skuad bernombor 10 yang pernah disarung oleh Gianni Rivera, Ruud Gullit, Dejan Savićević, Zvonimir Boban, Rui Costa dan Clarence Seedorf.[24]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Rossoneri pada pusingan kelayakan Liga Europa dengan menggantikan Suso ketika menang 2–0 ke atas Universitatea Craiova di San Siro.[25] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Milan dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa menentang Austria Wien pada 14 September. Pada perlawanan tersebut juga, beliau telah menyumbang kepada dua gol Milan.[26] Di peringkat domestik, Çalhanoğlu melakukan penampilan sulungnya pada 20 Ogos ketika Milan menang 3-0 ke atas Crotone.[27] Beliau telah dibuang padang dalam pertembungan menentang Roma pada 1 Oktober setelah mengasari Radja Nainggolan.[28] Çalhanoğlu menjaringkan gol pertamanya di Serie A pada 25 Oktober ketika Milan menang 4-1 ke atas Chievo sekali gus menjadikannya pemain Turki pertama menjaringkan gol di Serie A sejak Emre Belözoğlu pada tahun 2003.[29]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Calhanoglu beraksi untuk pasukan kebangsaan Turki pada tahun 2016.

Dilahirkan di Jerman, Çalhanoğlu telah memilih pasukan Turki kerana latar belakang keluarganya berasal dari Trabzon. Beliau telah mewakili Turki sejak di peringkat remaja apabila beraksi di Piala Dunia B-20 FIFA 2013.

Beliau melakuakan penampilan sulungnya untuk skuad senior Turki pada September 2013 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Andorra. Beliau menggantikan Gökhan Töre pada lapan minit terakhir dan perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan pertama dikendalikan oleh jurulatih baru, Fatih Terim.[30] Beliau beraksi dalam kesebelasan utama Turki pada 25 Mei 2014 ketika perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland yang berkesudahan Turki menang 2-1.[31]

Pada 31 Mac 2015, Çalhanoğlu menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama ketika menang 2-1 ke atas Luxembourg dalam perlawanan persahabatan.[32] Beliau menjaringkan dua gol ketika perlawanan menentang Bulgaria pada 8 Jun.[33] Gol pertamanya dalam perlawanan kompetitif muncul pada 10 Oktober semasa perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Republik Czech.[34]

Çalhanoğlu menjadi pemain Turki pertama menjaringkan gol menentang England dalam perlawanan persahabatan pada 22 Mei 2016.[35] Pada 22 Mac 2019, Çalhanoğlu menjaringkan gol kedua Turki bagi memberikan kelebihan kepada Turki untuk meraih kemenangan ke atas Albania dalam perlawanan pembukaan kelayakan UEFA Euro 2020.[36]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adiknya, Muhammed Çalhanoğlu juga merupakan seorang pemain bola sepak profesional. Adik Çalhanoğlu pernah menjadi pemain Waldhof Mannheim dan Karlsruher SC sebelum beraksi di liga bawahan Austria dan Turki.

Pada Januari 2017, Çalhanoğlu menyiarkan satu video menerusi Twitter bagi menunjukkan tanda sokongan kepada presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dalam menghadapi referendum perlembagaan Turki 2017. Jurucakap Bayer Leverkusen, Dirk Mesch mengesahkan bahawa pihak kelab telah berbincang mengenai tindakan Çalhanoğlu.[37]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019.[38]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Karlsruher 2011–12 14 0 2 0 16 0
2012–13 36 17 3 0 39 17
Jumlah 50 17 3 0 2 0 55 17
Jerman Hamburg 2013–14 32 11 4 0 2 0 38 11
Jerman Bayer Leverkusen 2014–15 33 8 4 2 10 3 47 13
2015–16 31 3 3 1 12 4 46 8
2016–17 15 6 1 0 6 1 22 7
Jumlah 79 17 8 3 28 8 115 28
Itali Milan 2017–18 31 6 4 0 10 2 45 8
2018–19 36 3 4 0 5 1 1 0 46 4
Jumlah 67 9 8 0 15 3 1 0 91 12
Jumlah kerjaya 228 54 23 3 43 11 5 0 299 68

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Mac 2019.[39]
Pasukan kebangsaan Turki
Tahun Kmncln Gol
2013 1 0
2014 4 0
2015 10 4
2016 11 4
2017 6 0
2018 7 1
2019 2 1
Jumlah 41 10

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Calhanoglu: A great opportunity". FIFA. 27 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-27. Dicapai pada 30 June 2013.
  2. ^ "Schalke make point". Sky Sports. 11 August 2013. Dicapai pada 16 April 2015.
  3. ^ "No problems for Hamburg". Sky Sports. 31 August 2013. Dicapai pada 6 March 2015.
  4. ^ "Calhanoglu pens new Hamburg contract". Four Four Two. 5 February 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  5. ^ "Take it to the Maxim". Sky Sports. 22 March 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  6. ^ Raish, Dave (18 May 2014). "Hamburg secure Bundesliga survival over Greuther Fürth in relegation playoff". Deutsche Welle. Dicapai pada 6 March 2015.
  7. ^ Uersfeld, Stephen (4 July 2014). "Hakan Calhanoglu in Leverkusen move". ESPN FC. Dicapai pada 29 August 2015.
  8. ^ "Leverkusen complete Calhanoglu deal". Four Four Two. 4 July 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  9. ^ "Advantage Leverkusen as classy Calhanoglu cements status as rising star". Goal.com. 26 February 2015. Dicapai pada 6 March 2015.
  10. ^ "Leverkusen edge København in first-leg thriller". UEFA. 19 August 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  11. ^ "Borussia Dortmund 0–2 Bayer Leverkusen: BVB rocked by record-breaker Bellarabi". Goal.com. 23 August 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  12. ^ "Leverkusen coast through at FCK's expense". UEFA. 27 August 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  13. ^ Richards, Alex (28 October 2014). "England pair Raheem Sterling and Calum Chambers join Adnan Januzaj in Golden Boy award nominations". Daily Mirror. Dicapai pada 28 October 2014.
  14. ^ Raynor, Dominic (25 February 2015). "Bayer Leverkusen 1–0 Atletico Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 26 February 2015.
  15. ^ Smith, Jonathan (17 March 2015). "Atlético Madrid 1–0 Bayer 04 Leverkusen". BBC Sport. Dicapai pada 18 March 2015.
  16. ^ "Bayer Leverkusen 2–0 Bayern Munich". BBC Sport. 2 May 2015. Dicapai pada 3 May 2015.
  17. ^ "Wolfsburg, Leverkusen, Schalke all win DFB-Pokal openers; Hoffenheim lose". ESPN FC. 8 August 2015. Dicapai pada 8 August 2015.
  18. ^ "Champions League roundup: Bayer Leverkusen ease past Lazio". The Guardian. 27 August 2015. Dicapai pada 27 August 2015.
  19. ^ "Bayer Leverkusen 4–1 BATE Borisov: Big win for Bundesliga side". Sky Sports. 16 September 2015. Dicapai pada 24 October 2015.
  20. ^ "Dzagoev fires CSKA Moscow rally in draw with Bayer Leverkusen". ESPN FC. 14 September 2016. Dicapai pada 23 September 2016.
  21. ^ "Bayer Leverkusen midfielder Hakan Calhanoglu to serve four-month ban from FIFA". ESPN. 2 February 2017. Dicapai pada 2 February 2017.
  22. ^ "OFFICIAL: CALHANOGLU IS NOW RED AND BLACK" (Siaran akhbar). A.C. Milan. 3 July 2017. Dicapai pada 3 July 2017.
  23. ^ "AC Milan sign Hakan Calhanoglu from Bayer Leverkusen". ESPN. 3 July 2017. Dicapai pada 7 September 2017.
  24. ^ Joshi, Vishal (12 August 2017). "Milan Issue Latest Recruits Shirt Numbers as Calhanoglu, Bonucci, Silva & Rodrigues Learn Their Fate". 90 Min. Dicapai pada 7 September 2017.
  25. ^ "AC Milan 2 CSU Craiova 0 (3-0 agg): Cutrone's first goal seals Europa League progress". FourFourTwo. 3 August 2017. Dicapai pada 7 September 2017.
  26. ^ "Austria Vienna 1–5 AC Milan". BBC Sport. 14 September 2017. Dicapai pada 10 October 2017.
  27. ^ "Patrick Cutrone catches the eye as AC Milan start with convincing win at Crotone". ESPN FC. PA Sport. 21 August 2017. Dicapai pada 10 October 2017.
  28. ^ "AC Milan 0 Roma 2: Dzeko, Florenzi pounce to leave Montella in trouble". FourFourTwo. 1 October 2017. Dicapai pada 10 October 2017.
  29. ^ "Suso stars in Milan win over Chievo to ease pressure in Montella". beIN Sports. 25 October 2017. Dicapai pada 25 October 2017.
  30. ^ "Terim enjoys Turkey return against Andorra". UEFA. 6 September 2013. Dicapai pada 6 March 2015.
  31. ^ "Match Report - Rep Ire 1–2 Turkey". Sky Sports. 26 May 2014. Dicapai pada 6 March 2015.
  32. ^ "International Friendly: Luxembourg 1 Turkey 2". Four Four Two. 31 March 2015. Dicapai pada 31 March 2015.
  33. ^ Bezants, Jack (8 June 2015). "Turkey 4–0 Bulgaria: Hakan Calhanoglu and Burak Yilamz at the double as hosts cruise to big victory ahead of Euro 2016 qualifier". Daily Mail. Dicapai pada 8 June 2015.
  34. ^ Raiman, Vojtěch (10 October 2015). "Turkey crash Czech party to reclaim third place". UEFA. Dicapai pada 11 October 2015.
  35. ^ Rudd, Lewis (22 May 2016). "Hakan Calhanoglu makes history by becoming the first Turkey player to score v England". Metro. Dicapai pada 22 May 2016.
  36. ^ (https://www.skysports.com/football/albania-vs-turkey/403210)
  37. ^ "Leverkusens Calhanoglu unterstützt türkischen Präsidenten" (dalam bahasa German). Focus. 30 January 2017. Dicapai pada 5 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "Hakan Çalhanoğlu". Soccerway. Dicapai pada 7 October 2013.
  39. ^ "Hakan Çalhanoğlu". EU-football.info. Dicapai pada 16 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]