Stesen MRT Prince Edward Road

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
 CC32 
Prince Edward Road
爱德华太子路
பிரின்ஸ் எட்வர்ட் ரோடு
Prince Edward Road
Stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat
CC32 Prince Edward Road MRT construction site 20201030 145716.jpg
Lokasi80 Shenton Way
Singapore 079122[1]
Koordinat1°16′24″N 103°50′50″E / 1.273254°N 103.847298°E / 1.273254; 103.847298Koordinat: 1°16′24″N 103°50′50″E / 1.273254°N 103.847298°E / 1.273254; 103.847298
Dikendalikan olehSMRT Trains (SMRT Corporation)
Laluan
Platform2
Trek2
SambunganTerminal Bas Shenton Way, Teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Tingkat platform2
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Akan dibuka2026; 4 tahun lagi (2026)
DielektrikkanYes
Nama lamaPrince Edward, Palmer Road, Parsi Road[2]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   MRT   Stesen berikutnya
Laluan Circle
Circle
Perkhidmatan masa depan
Lokasi
Singapore MRT/LRT system map
Singapore MRT/LRT system map
Prince Edward Road
Prince Edward Road station in Singapore

Stesen MRT Prince Edward Road ialah sebuah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat bawah tanah akan datang di mana Laluan MRT Circle berkhidmat di stesen ini. Ia terletak di Downtown Core, Singapura. Stesen ini adalah sebahagian daripada Tahap 6 laluan Bulatan yang akan "menutup bulatan" antara stesen MRT HarbourFront dan Marina Bay. Ia dibina di sepanjang Jalan Shenton, berhampiran persimpangan Jalan Keppel dan Jalan Palmer. Ia mula diumumkan pada tahun 2015, sdengan nama pembinaannya iaitu, Prince Edward. Pembinaan stesen itu bermula pada 2017. Pada 2018, stesen itu dinamakan Prince Edward Road semasa undian penamaan oleh Penguasa Pengangkutan Darat. Stesen itu akan dibuka pada tahun 2025 bersama-sama dengan stesen CCL6 yang lain, tetapi ia telah ditangguhkan ke 2026 kerana pandemik COVID-19 di Singapura.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen ini pertama kali diumumkan pada 29 Oktober 2015 sebagai sebahagian daripada Tahap 6 laluan MRT Circle di Singapura.[4] Kontrak 885 untuk pembinaan stesen Prince Edward dan terowong yang berkaitan telah diberikan kepada China Railway Tunnel Group Co., Ltd (Cawangan Singapura) pada jumlah mencecah S$310.8 juta (AS$ 225.07 juta) pada Oktober 2017. Pembinaan bermula pada penghujung tahun 2017 dan kemungkinan akan siap pada tahun 2026.[5][6] Tiga nama stesen awal iaitu 'Prince Edward Road', 'Palmer Road' dan 'Parsi Road' telah dipilih oleh Penguasa Pengangkutan Darat untuk undian awam. Nama "Prince Edward Road" telah menang dan telah ditetapkan olleh LTA.[2][7][8] Pada 8 Mac 2020, tuangan konkrit untuk tapak bumbung bawah tanah stesen telah disiapkan. Mesin Pengorek Terowong (TBM) Sun Wu juga telah menyiapkan separuh daripada kerja terowong menuju ke stesen bersebelahan iaitu, Cantonment. [9]Disebabkan oleh pandemik COVID-19, kerja-kerja terowong terpaksa digantung seketika untuk mencegah sebarang penyebaran virus.[10] Pada bulan September, Sun Wu TBM telah berjaya membaut terowong di bawah bangunan stesen keretapi Tanjong Pagar yang lama. Terowong ke arah stesen itu memerlukan pemantauan yang rapi dengan peranti dipasang untuk memastikan tiada kerosakan dibuat pada arca dan bahagian dalam stesen.[11]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen Prince Edward Road akan terletak berhampiran Bangunan Bestway dan bangunan warisan Kuil Hock Teck See sertaMasjid Haji Muhammad Salleh. Terminal Bas Shenton Way telah dipindahkan pada 24 Jun 2017 untuk pembinaan stesen MRT.[12][13][14]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini akan mempunyai tiga aras bawah tanah dengan dua platform bertindih.[9] Saiz stesen ialah 297 meter (974 ka) dengan 48 meter (157 ka) dengan 30 meter (98 ka).[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prince Edward (CC32) - (MRT Station) - 80 Shenton Way (S)079122". streetdirectory.com. 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  2. ^ a b "News Room - News Releases - Vote for Names of Circle Line 6 Stations". LTA. 10 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  3. ^ "Speech by Minister For Transport Mr Ong Ye Kung at MOT Committee of Supply Debate 2021 on A Tale of Three Connections". www.mot.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-08.
  4. ^ "Joint Release by the Land Transport Authority (LTA) & SLA - Circle Line 6 – Becoming A Full Circle | Press Room | Land Transport Authority". 20 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  5. ^ "LTA | News Room | News Releases | LTA Awards Construction Contract for Circle Line 6 Prince Edward Station and Tunnels". 5 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2020. Dicapai pada 5 March 2020.
  6. ^ "Prince Edward MRT station contract awarded to China Railway Tunnel Group, Transport News & Top Stories - The Straits Times". 5 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2020. Dicapai pada 5 March 2020.
  7. ^ Lam, Lydia (11 November 2017). "LTA seeks vote for names of 3 upcoming Circle Line stations". The New Paper. m/s. 7.
  8. ^ Tan, Christopher (28 September 2018). "Excavation for Circle Line 6 to start in middle of next year". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2018. Dicapai pada 31 October 2020.
  9. ^ a b "【Singapore News】Singapore C885 Project Successfully Completed Two Key Milestones In Advance-China Railway Tunnel Group Co. Ltd". China Railway Tunnel Group Co. Ltd. (dalam bahasa Latin). 8 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2020. Dicapai pada 2 November 2020.
  10. ^ "【Singapore News】Singapore C885 Project Successfully Resumed Tunneling Work!-China Railway Tunnel Group Co. Ltd". China Railway Tunnel Group Co., Ltd. (dalam bahasa Latin). 18 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 2 November 2020.
  11. ^ "【Singapore News】The "Sun Wu" TBM of C885 Project of CRTG has successfully undercrossed 100-year-old historical and heritage building". China Railway Tunnel Group Co. Ltd. (dalam bahasa Latin). 18 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2020. Dicapai pada 2 November 2020.
  12. ^ "With final 3 stations, Circle Line will come 'full circle' by 2025". Channel NewsAsia. 29 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2016. Dicapai pada 15 September 2016.
  13. ^ "News Room - News Releases - Factsheet: Circle Line 6 Construction to go into Full Swing". LTA. 29 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  14. ^ "Circle Line: Closing The Loop. Opening New Opportunities". Keppel Land. 25 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  15. ^ C885 Prince Edward Road Station and Tunnels (Infographic poster at CCL6 Project Information Centre). Singapore: Land Transport Authority (LTA). 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]