Pergi ke kandungan

Laluan MRT Bulatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laluan MRT Circle)

Laluan MRT Bulatan
لالوان بولتن
Laluan MRT Bulatan pada peta Singapura.
Umum
Nama lainCircle Line (bahasa Inggeris)
地铁环线 (Cina)
இணைப்பு எம்ஆர்டி வழி (Tamil)
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi
Dalam pembinaan (Tahap 6)
TerminalDhoby Ghaut
Stadium (Kesemua kereta api yang bertolak dari Marina Bay akan berakhir di sini semasa waktu luar puncak)
HarbourFront
Marina Bay
Stesen30 (Beroperasi)
3 (Dalam pembinaan)
Perkhidmatan3
Penumpang harian398,000 (Mei 2015)
Operasi
Dirancang dibuka2025; 1 tahun lagi (2025) (Tahap 6)
Akan ditentukan (Bukit Brown)
Dibuka28 Mei 2009; 15 tahun yang lalu (2009-05-28) (Tahap 3)
17 April 2010; 14 tahun yang lalu (2010-04-17) (Tahap 1 dan 2)
8 Oktober 2011; 12 tahun yang lalu (2011-10-08) (Tahap 4 dan 5)
14 Januari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-01-14) (lanjutan Laluan Bulatan)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSMRT Trains (SMRT Corporation)
CiriBawah tanah
DepotKim Chuan
Stok kereta apiC830
C830C
C851E (Masa depan)
Teknikal
Panjang aliran35.5 km (22.1 bt) (Beroperasi)
4 km (2.5 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasihad laju 78 km/j (48 mph)
Peta laluan
Templat:Laluan MRT Singapura/Bulatan

Laluan Bulatan[1] (bahasa Inggeris: Circle Line, CCL) ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 bt) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]

Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".

Nombor Stesen Gambar Pertukaran/Nota
 CC1  NS24  NE6  Dhoby Ghaut Pertukaran dengan  NSL  Laluan Utara Selatan dan  NEL  Laluan Timur Laut
 CC2  Bras Basah  
 CC3  Esplanade Pertukaran luar sistem ke Laluan Utara Selatan dan  EWL  Laluan Timur Barat di  NS25  EW13  City Hall
 CC4  DT15  Promenade Pertukaran dengan  DTL  Laluan Downtown

Pertukaran untuk khidmat kereta api menuju ke  CE1  DT16  Bayfront atau  CE2  NS27  Marina Bay

 CC5  Nicoll Highway  
 CC6  Stadium Terminal ulang-alik ketika luar waktu puncak
 CC7  Mountbatten
 CC8  Dakota  
 CC9  EW8  Paya Lebar Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat
 CC10  DT26  MacPherson Pertukaran dengan  DTL  Laluan Downtown (21 Oktober 2017)
 CC11  Tai Seng  
 CC12  Bartley  
 CC13  NE12  Serangoon Pertukaran dengan  NEL  Laluan Timur Laut
 CC14  Lorong Chuan  
 CC15  NS17  Bishan Pertukaran dengan  NSL  Laluan Utara Selatan
 CC16  Marymount  
 CC17  TE9  Caldecott Pertukaran dengan  TEL  Laluan Thomson–Pantai Timur (2020)
 CC18  Bukit Brown Ditutup sehingga diberitahu; stesen peruntukan; belum beroperasi
 CC19  DT9  Kebun Bunga Pertukaran dengan  DTL  Laluan Downtown
 CC20  Farrer Road  
 CC21  Holland Village  
 CC22  EW21  Buona Vista Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat
 CC23  one-north  
 CC24  Kent Ridge Berdekatan dengan Universiti Nasional Singapura (NUS)
 CC25  Haw Par Villa  
 CC26  Pasir Panjang  
 CC27  Labrador Park  
 CC28  Telok Blangah  
 CC29  NE1  HarbourFront Pertukaran dengan  NEL  Laluan Timur Laut
Tahap 6 (Dalam perancangan, dijangka siap pada 2025)
 CC30  Keppel
 CC31  Cantonment
 CC32  Prince Edward
Lanjutan laluan Circle
 CE1  DT16  Bayfront Pertukaran rentas platform dengan  DTL  Laluan Downtown
 CE2  NS27  TE20  Marina Bay Pertukaran dengan  NSL  Laluan Utara Selatan dan  TEL  Laluan Thomson–Pantai Timur (2021)
  1. ^ "Pelan Induk Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) 2013" (PDF). Penguasa Pengangkutan Darat. 2013. Dicapai pada 13 Julai 2017 – melalui lta.gov.sg.
  2. ^ "ALSTOM chosen for the world's longest fully automated metro line in Singapore". railway-technology.com. 20 Februari 2002.
  3. ^ hermes. "Four more trains for Circle Line as ridership rises". The Straits Times. Dicapai pada 4 Mac 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]