Steven Pienaar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Steven Pienaar
Steven Pienaar, Everton.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhSteven Jerome Pienaar[1]
Tarikh lahir (1982-03-17) 17 Mac 1982 (umur 37)
Tempat lahirJohannesburg, Afrika Selatan
Ketinggian1.70 m (5 ka 7 in)[2]
Posisi permainanPemain sayap / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniEverton
Nombor22
Kerjaya remaja
West Ham Westbury
Westbury Arsenal
School of Excellence
Ajax Cape Town
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1999–2001Ajax Cape Town24(6)
2001–2006Ajax94(15)
2006–2008Borussia Dortmund25(0)
2007–2008Everton (pinjam)28(2)
2008–2011Everton76(7)
2011–2012Tottenham Hotspur10(0)
2012Everton (pinjam)14(4)
2012–Everton61(7)
Pasukan kebangsaan
1999–2000Afrika Selatan B17[3]1(0)
2002–2012Afrika Selatan61(3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Oktober 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15:00, 2 Oktober 2012 (UTC)

Steven Jerome Pienaar (Sebutan Afrikaan: [ˈsti.vən ˈpi.nɑːr]; lahir 17 Mac 1982) merupakan pemain bola sepak profesional Afrika Selatan yang bermain untuk kelab Inggeris, Everton dan merupakan kapten pasukan kebangsaan Afrika Selatan sehingga bulan Oktober 2012. Dia bermain sebagai He primarily plays as a pemain sayap. Dia boleh bermain di sayap kanan atau kiri dan sebagai pemain tengah menyerang. Pienaar sebelum ini pernah bermain untuk Ajax Cape Town, Ajax, Borussia Dortmund dan Tottenham Hotspur.

Karier[sunting | sunting sumber]

Ajax Cape Town[sunting | sunting sumber]

Pienaar dilahirkan di Johannesburg. Dia memulakan karier profesionalnya di Ajax Cape Town, kira-kira 1,400 kilometre (870 mi) dari rumahnya di Johannesburg. Dia mendapat perhatian Ajax CT ketika bermain untuk the School of Excellence dan telah diminta untuk menyertai akademi belia mereka.

Pienaar berkata "Saya amat bernasib baik untuk pergi ke the School of Excellence 2000, dapat menggilap teknik dan bakat yang Tuhan telah berikan dan belajar bagaimana untuk menggunakannya dengan cara yang Tuhan mahu."[4] "Saya amat bernasib baik untuk bekerja dengan jurulatih Belanda, Leo van Veen, yang membantu saya di Ajax Cape Town... Beliau menghargai corak permainan saya tetapi pada masa yang sama beliau menukar mentaliti saya. Dia mengajar saya bagaimana untuk bersedia untuk permainan, bukan hanya bermain untuk penonton, tetapi juga bagaimana untuk bermain untuk pasukan."[4]

Di Ajax Cape Town dia menang Piala Rothman mengalahkan Orlando Pirates 4–1 dalam perlawanan akhir pada 13 Disember 2000, ianya merupakan perlawanan terakhirnya bersama kelab itu.[5]

Pienaar bersama Ajax

Ajax[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 18 tahun, dia dibawa ke Belanda pada bulan Januari 2001 tetapi tidak membuat penampilan sulung Eredivisie sehingga 24 Februari 2002 – ketika kemenangan 1–0 ke atas NAC Breda. Beliau menjadi ahli penting dalam pasukan Ajax yang memenangi Liga Belanda pada tahun 2002 dan 2004. Pienaar bersinar sebagai salah satu pemain terbaik Ajax bersama-sama bintang lain seperti Zlatan Ibrahimovic, Maxwell, Cristian Chivu, Mido, Nigel de Jong, Rafael van der Vaart, Wesley Sneijder dan rakan sepasukan Everton pada masa hadapan, John Heitinga. Andy van der Meyde, yang pernah berkhidmat di Goodison Park, juga berada dalam skuad itu.

Pienaar bersama Dortmund

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2006, kelab Jerman, Borussia Dortmund menandatangani Pienaar dengan kontrak tiga tahun dari Ajax. Dilihat sebagai pengganti Tomáš Rosický, tahun pertama Pienaar bersama Borussia Dortmund menyaksikan beliau menerima jersi bernombor 10 dikosongkan oleh perancang Czech itu. Pienaar bergelut di Dortmund dan tidak pernah benar-benar berasa dirinya diterima oleh pemain lain di kelab itu.[6]

Everton[sunting | sunting sumber]

Pienaar menyertai Everton secara pinjaman untuk musim 2007–08 dan kemudiannya menandatangani kontrak tiga tahun dari Dortmund dengan yuran pra-persetujuan £2 juta selepas pembayaran bayaran pinjaman permulaan sebanyak £350,000 pada bulan April 2008.[7] Pienaar membuat kemunculan sulung untuk Everton ketika kemenangan 2–1 di tempat sendiri menentang Wigan Athletic pada 11 Ogos 2007, menggantikan Leon Osman pada minit ke 73 sebagai pemain gantian.[8] Pienaar menjaringkan gol pertamanya untuk Everton ketika kemenangan 2–0 ke atas Middlesbrough pada 30 September.[9] Dia menghasilkan beberapa persembahan menonjol dan ini membawa kepada banyak kelab menunjukkan minat kepadanya.

Walaupun terlepas sebela perlawanan akibat kecederaan, Pienaar dinamakan Pemain Terbaik Everton musim 2009–10.[2]

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2011, kedua-dua Chelsea dan Tottenham Hotspur telah membuat tawaran untuk membeli Pienaar dari Everton sebelum dia menyertai Spurs dengan bayaran £3 juta dengan kontrak empat tahun.[10] Dia membuat penampilan sulung untuk Tottenham ketika seri 1–1 menentang Newcastle United.[11] Pada bulan Ogos 2011, Pienaar mengalami kecederaan pangkal paha, yang menyebabkan dia keluar selama enam minggu.[12] Pienaar menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika kemenangan 4–0 ke atas Shamrock Rovers dalam Liga Europa pada 15 Disember.[13]

Tempoh Pienaar di Tottenham dibelenggu oleh kecederaan berterusan dan impak tidak banyak dalam permainan menyebabkan dia jarang bermain dalam pasukan.[14]

Kembali ke Everton[sunting | sunting sumber]

Lewat pada hari terakhir perpindahan pada bulan Januari 2012, Pienaar kembali ke Everton secara pinjaman enam bulan.[15] Dia membuat kemunculan sulung buat kali keduanya untuk kelab itu ketika seri 1–1 dengan Wigan Athletic,[16] dan menjaringkan gol pertamanya ketika kemenangan 2–0 ke atas Chelsea seminggu kemudian.[17] Pienaar mengakhiri musim ini dengan menjaringkan gol menentang Newcastle United, menyatakan dalam satu temu bual selepas perlawanan hasrat beliau untuk menyertai semula Everton. Walaupun hanya bermain dalam 14 perlawanan, Pienaar mengakhiri musim dengan enam bantuan gol, lebih banyak daripada mana-mana pemain Everton dalam musim 2011-12.[18] Dia juga menjaringkan empat gol.[19]

Perpindahan tetap telah dipersetujui pada bulan Julai 2012, dengan Everton membayar Tottenham Hotspur dengan yuran £4.5 juta.[20] Pada 25 Ogo 2012, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 3–1 ke atas Aston Villa.[21] On 9 December, Pienaar scored a powerful header against former club Tottenham Hotspur, Everton's 1,000th goal in the Premier League, as they came from a goal down to win 2–1 at Goodison.[22] Pienaar dibuang padang dua kali pada musim ini, ketika menentang Queens Park Rangers dan Manchester City. Everton seri 1–1 menentang QPR dan mengalahkan City 2–0.[23][24] Pienaar menghabiskan musim dengan tujuh gol. Pada bulan Oktober 2013, Pienaar kembali daripada kecederaan hamstring selepas masuk sebagai pemain gantian menentang Hull City dan menjaringkan gol kemenangan.[25][26]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bekas pemain antarabangsa bawah-17,[3] dia membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan Afrika Selatan ketika kemenangan 2–0 ke atas Turki pada tahun 2002 dan sejak itu dia membuat 61 penampilan dan menjaringkan tiga gol. Beliau telah mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA 2002 dan Piala Dunia FIFA 2010.[27]

Pada 2 Oktober 2012, dia mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa.[28][29]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 3 Julai 2004 Johannesburg, Afrika Selatan  Burkina Faso 1–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
2 26 Mac 2005 Johannesburg, Afrika Selatan  Uganda 2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
3 9 Februari 2011 Rustenburg, Afrika Selatan  Kenya 2–0 2–0 Perlawanan persahabatan

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan pada 5 Oktober 2014.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol!Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Ajax Cape Town 1999–2000 13 5 0 0 0 0 13 5
2000–01 11 1 0 0 0 0 11 1
Total 24 6 0 0 0 0 24 6
Ajax 2001–02 8 1 0 0 0 0 0 0 8 1
2002–03 31 5 2 0 12 2 0 0 45 7
2003–04 16 3 0 0 5 0 0 0 21 3
2004–05 24 4 2 0 4 0 1 1 31 5
2005–06 15 2 0 0 9 0 2 0 26 2
Total 94 15 4 0 30 2 3 1 131 18
Borussia Dortmund 2006–07 25 0 2 0 0 0 0 0 0 0 27 0
Total 25 0 2 0 0 0 0 0 0 0 27 0
Everton (pinjaman) 2007–08 28 2 1 0 3 0 8 0 0 0 40 2
Everton 2008–09 28 2 6 0 0 0 1 0 0 0 35 2
2009–10 30 4 2 0 0 0 6 3 0 0 38 7
2010–11 18 1 0 0 2 0 0 0 0 0 20 1
Jumlah 104 9 9 0 5 0 15 3 0 0 133 12
Tottenham Hotspur 2010–11 8 0 1 0 0 0 2 0 0 0 11 0
2011–12 2 0 2 0 0 0 3 1 0 0 7 1
Jumlah 10 0 3 0 0 0 5 1 0 0 18 1
Everton (pinjaman) 2011–12 14 4 14 4
Everton 2012–13 35 6 4 1 1 0 0 0 0 0 40 7
2013–14 23 1 2 0 0 0 0 0 0 0 25 1
2014–15 3 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah 75 11 6 1 1 0 0 0 0 0 82 12
Jumlah karier 332 41 24 1 6 0 50 6 3 1 415 49

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax Cape Town
Ajax Amsterdam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 28. Dicapai 16 April 2014. 
  2. ^ a b "Steven Pienaar". Everton F.C. Dicapai 14 January 2011. 
  3. ^ a b "Soccer juniors leave Botswana reeling". iol.co.za. 27 November 1999. Dicapai 24 January 2011. 
  4. ^ a b Cullum, Barney (March 2010). "Bearing the burden of talent". New African. 
  5. ^ King, Ian (8 September 2004). "League Cup 2000". RSSSF. Dicapai 9 December 2012. 
  6. ^ Smith, Alan (22 December 2007). "Steven Pienaar: Confidence is great at Everton". The Daily Telegraph. London. Dicapai 21 December 2012. 
  7. ^ "Pienaar seals permanent move to Everton". CNN. 22 April 2008. Dicapai 22 April 2008. 
  8. ^ McNulty, Phil (17 January 2011). "Everton 2–1 Wigan". BBC Sport. British Broadcasting Company. Dicapai 17 January 2011. 
  9. ^ Phillips, Owen (30 September 2007). "Everton 2–0 Middlesbrough". BBC Sport. British Broadcasting Company. Dicapai 29 March 2010. 
  10. ^ "Steven Pienaar signs for Spurs! Everton contract rebel breaks news on Twitter". Daily Mail. 18 January 2011. 
  11. ^ Lyon, Sam (22 January 2011). "Newcastle 1 – 1 Tottenham". BBC Sport. Dicapai 24 January 2011. 
  12. ^ "Tottenham's Steven Pienaar out for six weeks with groin injury". The Guardian. 9 August 2011. Dicapai 22 December 2012. 
  13. ^ "Resounding Spurs win at Rovers in vain". UEFA. 15 December 2011. Dicapai 22 December 2012. 
  14. ^ Kerai, Husmukh (8 December 2012). "Moyes: Bringing Pienaar back to Everton was a gamble". Goal.com. Dicapai 22 December 2012. 
  15. ^ "Sticky situation! Pienaar returns to Toffees as Redknapp admits to avoiding midfielder". Daily Mail. 1 February 2012. Dicapai 1 February 2012. 
  16. ^ "Wigan 1–1 Everton". BBC Sport. 4 February 2012. Dicapai 4 February 2012. 
  17. ^ "Everton 2–0 Chelsea". BBC Sport. 11 February 2012. Dicapai 11 February 2012. 
  18. ^ O'Farrell, Luke (24 May 2012). "Everton – Steven Pienaar: Vital or Dispensable". English Premier League Index. Dicapai 31 May 2012. 
  19. ^ Cheetham, Matt (16 May 2012). "Everton 2011/12 – The Good and the Bad". English Premier League Index. Dicapai 31 May 2012. 
  20. ^ "Steven Pienaar rejoins Everton from Tottenham in £4.5m deal". The Guardian. 31 July 2012. Dicapai 31 July 2012. 
  21. ^ "Aston Villa 1–3 Everton". BBC Sport. 25 August 2012. Dicapai 25 August 2012. 
  22. ^ O'Farrell, Luke (9 December 2012). "Gibson dazzles in comeback". ESPN FC. Dicapai 22 December 2012. 
  23. ^ "QPR 1–1 Everton". BBC Sport. Dicapai 30 May 2013. 
  24. ^ "Everton 2–0 Man City". BBC Sport. Dicapai 30 May 2013. 
  25. ^ "Everton suffer injury blow as club confirms Steven Pienaar is out for a month". Daily Mirror. Dicapai 19 October 2013. 
  26. ^ "Everton 2–1 Hull City". BBC Sport. Dicapai 19 October 2013. 
  27. ^ "Benni McCarthy dropped by South Africa". BBC Sport. BBC. 1 June 2010. Dicapai 16 June 2010. 
  28. ^ Farrington, Shane (2 October 2012). "Everton midfielder Pienaar retires from South Africa duty". Goal.com. Dicapai 2 October 2012. 
  29. ^ "Pienaar retires from Bafana". Sport Live. 2 October 2012. Dicapai 2 October 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]