Moise Kean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Moise Kean
Moise Kean - 2015 - Juventus FC (youth team) (cropped 2).jpg
Kean bersama Juventus pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuhMoise Bioty Kean
Tarikh lahir (2000-02-28) 28 Februari 2000 (umur 20)
Tempat lahirVercelli, Itali
Ketinggian1.82 m
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniEverton
Nombor27
Kerjaya remaja
2007Asti
2007–2010Torino
2010–2016Juventus
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2016–2019Juventus16(7)
2017–2018Verona (pinjam)19(4)
2019–Everton24(1)
Pasukan kebangsaan
2015Itali B156(2)
2015Itali B164(3)
2015–2017Itali B1717(8)
2017–2018Itali B196(4)
2018Itali B201(2)
2018–Itali B219(5)
2018–Itali3(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19:30, 24 Jun 2020 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 November 2019

Moise Bioty Kean (/mɔɪz kn/;[1] lahir 28 Februari 2000) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Everton dan pasukan kebangsaan Itali.

Beliau memulakan kariernya di Juventus pada 2016 dengan merangkul pencapaian "double" pada musim sulungnya. Beliau menghabiskan masa sebagai pemain pinjaman di Verona pada musim berikutnya sebelum kembali ke Juventus untuk meraih satu lagi gelaran Serie A pada 2019. Pada musim panas tahun yang sama, Kean melakukan perpindahan ke Everton.

Di peringkat antarabangsa, Kean melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior Itali pada 2018. Beliau merupakan penjaring gol termuda Itali dalam satu perlawanan kompetitif.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Kean telah menarik minat Renato Biasi yang menawarkannya menyertai akademi Torino dari akademi Asti.[2] Namun pada tahun 2010, beliau sebaliknya menyertai musuh seteru Torino, Juventus daripada melanjutkan kontraknya bersama Granata (sehingga usia 14 tahun, kontrak berlarutan selama setahun dan perlu sentiasa diperbaharui).[3][4] Pada musim terakhirnya bersama pasukan belia Juventus iaitu pada musim 2015–16, beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 25 perlawanan.[5]

Juventus[sunting | sunting sumber]

2016–17[sunting | sunting sumber]

Kean melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 19 November 2016 ketika berusia 16 tahun, 8 bulan dan 23 hari. Beliau beraksi pada mint ke-84 permainan menggantikan Mario Mandžukić ketika aksi Serie A menewaskan Pescara 3-0. Dengan itu, beliau menjadi pemain termuda Juventus yang melakukan penampilan sulung serta pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam salah satu daripada empat liga utama Eropah.[6][7] Pada 22 November, beliau menjadi pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dengan menjadi pemain gantian pada minit ke-84 perlawanan semasa menewaskan Sevilla 3-1.[8] Pada 27 Mei 2017, ketika perlawanan terakhir liga bagi kempen 2016-17, Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bologna sekali gus menjadikannya sebagai pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk menjaringkan gol dalam lima saingan liga utama Eropah.[9]

Verona[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2017, selepas melanjutkan kontraknya sehingga 30 Jun 2020, Kean telah dipinjamkan ke Hellas Verona selama setahun.[10][11] Pada 10 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Verona sebagai pemain gantian dalam aksi Serie A menentang Fiorentina. Beliau telah menggantikan Alex Ferrari pada minit ke-46 perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 5-0.[12] Pada 1 Oktober, Kean menjaringkan gol sulungnya untuk Verona pada minit ke-87 perlawanan ketika menentang Torino yang tamat dengan keputusan seri 2-2.[13]

Pada 28 Januari 2018, Kean menjaringkan dua gol dalam pentas Serie A ketika menumpaskan Fiorentina 4-1. Beliau merupakan pemain kedua yang lahir pada 2000-an selepas Pietro Pellegri yang berjaya merangkul pencapaian sedemikian.[14][15][16] Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 20 kemunculan dan menjaringkan empat gol bersama Verona.[17]

2018–19[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Januari 2019, Kean telah menjaringkan gol pada aksi Coppa Italia ketika menewaskan Bologna 2-0.[18] Pada 8 Mac 2019, Kean telah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama perlawanan ketika menentang Udinese yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan Juventus 4-1.[19] Pada 2 April 2019, Kean menjaringkan gol kedua Juve semasa menundukkan Cagliari 2-0. Kean telah dijadikan sasaran perkauman oleh penyokong-penyokong Cagliari yang melakukan sorakan berbaur perkauman.[20] Rakan sepasukan Juventus, Leonardo Bonucci telah dikritik dengan hebat selepas menyatakan bahawa Kean perlu dipersalahkan kerana menyambut jaringannya yang mengundang kekecohan[21] oleh Raheem Sterling,[22] Mario Balotelli, Stormzy[23] dan Paul Pogba.[24] Dalam perlawanan Juventus yang berikutnya pada 6 April, Kean beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Milan sebelum beliau menyumbat jaringan kemenangan pasukannya sekali gus meletakkan Juventus berada di kedudukan selesa yang hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk disahkan sebagai juara liga.[25] Pada perlawanan liga seterusnya pada 13 April, Kean menjaringkan gol untuk Juventus ketika menentang SPAL yang berakhir dengan kekalahan 2-1 di gelanggang lawan lalu[26] menandakan jaringan keenam Kean secara berturut-turut dalam perlawanan yang diwakilinya di peringkat kelab dan antarabangsa.[27]

Everton[sunting | sunting sumber]

Kean telah menyertai Everton pada 4 Ogos 2019 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang bernilai 27.5 juta euro bersama bonus sebanyak 2.5 juta euro.[28][29] Pada 10 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Everton ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan dapat dihasilkan. Beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Dominic Calvert-Lewin.[30]

Pada November 2019, Kean telah digugurkan daripada skuad Everton kerana masalah disiplin.[31]

Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Everton pada 21 Januari 2020 semasa menentang Newcastle United dalam aksi liga yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 di laman sendiri.[32]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kean telah dilahirkan di Itali dan membolehkannya untuk mewakili Itali. Beliau juga boleh mewakili pasukan Ivory Coast kerana kedua ibu bapanya berasal dari negara itu.[33]

Belia[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2015, Kean telah mewakili pasukan bawah-15 Itali.[34] Bersama pasukan bawah-17, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 pada tahun 2016 dan 2017 yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan satu gol dalam tiap-tiap kejohanan.

Bersama pasukan bawah-19, beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2018. Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi peringkat kumpulan menentang Norway[35] dan aksi separuh akhir menentang Perancis sekali gus membantu Itali untuk mara ke perlawanan akhir.[36] Beliau tidak beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali ketika aksi final menentang Portugal tetapi beliau beraksi sebagai pemain gantian sebelum menghasilkan dua jaringan untuk Itali lalu mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun, perlawanan berakhir dengan kemenangan Portugal 4-3.[37][38]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 11 Oktober 2018 dalam aksi persahabatan menentang Belgium.[39] Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan bawah-21 pada aksi persahabatan seterusnya menentang Tunisia pada 15 Oktober 2018.[40] Beliau juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang menyaksikan Itali tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Senior[sunting | sunting sumber]

Pada November 2018, Kean telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Roberto Mancini.[41] Pada 20 November, berusia 18 tahun, 265 hari, beliau telah melakukan penampilan pertamanya untuk Itali dalam aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat yang berakhir dengan kemenangan Itali 1–0.[42] Pada 23 Mac 2019, Kean beraksi sebagai barisan kesebelasan utama Itali buat pertama kali serta menjaringkan gol pertamanya ketika menewaskan Finland pada perlawanan pembukaan kelayakan UEFA Euro 2020.[43] Dengan itu, beliau menjadi pemain penyerang Itali termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama sejak Edoardo Mariani melakukan demikian ketika menentang Perancis pada 1912.[44][45][46] Kean kini merupakan penyerang keempat atau kelima termuda yang beraksi sebagai kesebelasan utama Itali di belakang Mariani, Leopoldo Conti, Eugenio Mosso dan kemungkinannya Rodolfo Gavinelli yang tidak pasti sama ada dia lahir pada 1891 atau 1895. Kean juga menjadi pemain Itali termuda yang menjaringkan gol sejak Bruno Nicolè yang telah menjaringkan dua gol ketika menentang Perancis pada 9 November 1958;. Secara keseluruhannya, Kean merupakan penjaring gol kedua termuda Itali di belakang Nicolè pada usia 19 tahun dan 23 hari serta merupakan pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Itali dalam perlawanan kompetitif serta aksi kelayakan Eropah.[45][47] Pada 26 Mac, beliau seterusnya mencetak jaringan keduanya bersama Itali dalam aksi kelayakan Euro 2020 menewaskan Liechtenstein 6-0.[48]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kean telah dilahirkan di Vercelli yang mana kedua ibu bapanya, Biorou dan Isabelle berasal dari Ivory Coast.[49][50] Apabila ibu bapanya bercerai sewaktu beliau berusia empat tahun, beliau bersama dua abangnya berpindah mengikut ibunya ke Asti untuk menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja di sana.[51] Abangnya, Giovanni juga merupakan pemain bola sepak.[52] Beliau membesar sebagai penyokong Inter Milan dan meminati Obafemi Martins, bintang penyerang Inter pada zaman itu.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 Jun 2020.
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Juventus 2016–17 3 1 0 0 1[b] 0 0 0 4 1
Itali Hellas Verona 2017–18 19 4 1 0 20 4
Itali Juventus 2018–19 13 6 1 1 3[b] 0 0 0 17 7
Jumlah di Juventus 16 7 1 1 4 0 0 0 21 8
England Everton 2019–20 24 1 1 0 3 0 28 1
Jumlah kerjaya 59 13 3 1 3 0 4 0 0 0 69 13
  1. ^ Termasuk Coppa Italia dan Piala FA Inggeris.
  2. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2019[53]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 2 2
Jumlah 3 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
23 Mac 2019 Udine, Itali  Finland
2–0
2–0
Kelayakan UEFA Euro 2020
2
26 Mac 2019 Parma, Itali  Liechtenstein
5–0
6–0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Juventus[54]

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Penjaring termuda Itali dalam satu perlawanan kompetitif: 23 Mac 2019, 2–0 vs. Finland (19 tahun, 23 hari)
  • Penjaring termuda dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah: 23 Mac 2019, 2–0 vs. Finland (19 tahun, 23 hari)
  • Penjaring kedua termuda Itali: 23 Mac 2019, 2–0 vs. Finland (19 tahun, 23 hari)[55]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Everton (4 August 2019). "Moise Kean (pronounced: 'moys keen'). You're welcome". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 August 2019.
  2. ^ "MOISE KEAN / In school, friends used to tease him about the similarity of his name to Irish rugby legend Moss Keane. L'attaccante della Juventus sfida il tempo: potrebbe essere il primo classe 2000 a esordire in Serie A (Oggi, 22 ottobre 2016)".
  3. ^ "Moise Kean, il talento che sfida il tempo. Il "Nuovo Balo" che non vuol essere Balotelli".
  4. ^ "Moise Kean: dall'Asti alla Juveper stupire anche in Azzurro". 27 May 2015. Diarkib daripada yang asal pada 20 November 2016. Dicapai pada 20 November 2016.
  5. ^ Sanders, Emma (15 April 2019). "Moise Kean: How Balotelli, Ronaldo and Mancini have helped Juventus' young star". BBC Sport. Dicapai pada 15 April 2019.
  6. ^ "Juventus 3–0 Pescara". BBC Sport. Dicapai pada 19 November 2016.
  7. ^ Murray, Caitlin (19 November 2016). "16-year-old Moise Kean makes Juventus debut as first Serie A player born in 2000s". Fox Sports. Dicapai pada 22 November 2016.
  8. ^ "Moise Kean makes UEFA Champions League history". UEFA.com. 23 November 2016. Dicapai pada 23 November 2016.
  9. ^ "MOISE KEAN MAKES HISTORY, SEALS FINAL WIN FOR JUVENTUS". beinsports.com. 27 May 2017. Dicapai pada 27 May 2017.
  10. ^ "Official: Kean loaned to Verona". Football Italia. 31 August 2017.
  11. ^ "UFFICIALE: KEAN È GIALLOBLÙ, SANE ALLA JUVENTUS". hellasverona.it. 31 August 2017.
  12. ^ "Hellas Verona vs. Fiorentina - 10 September 2017 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 October 2017.
  13. ^ "Torino vs. Hellas Verona - 1 October 2017 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 October 2017.
  14. ^ "Moise Kean scores first Serie A brace | IFD". www.italianfootballdaily.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 29 January 2018. Dicapai pada 28 January 2018.
  15. ^ Jordan Russell (28 January 2018). "Moise Kean: Raiola and Juventus' next star profiled". www.calciomercato.com. Dicapai pada 28 January 2018.
  16. ^ "Napoli beat Bologna to leapfrog Juve in Serie A; Milan edge Lazio". ESPN FC. 28 January 2018. Dicapai pada 28 January 2018.
  17. ^ "Games played by Moise Kean in 2017/2018". Soccerbase. 18 July 2018. Dicapai pada 18 July 2018.
  18. ^ "Bologna 0–2 Juventus". BBC Sport. 12 January 2019. Dicapai pada 14 January 2019.
  19. ^ Emlyn Begley (8 March 2019). "Juventus v Udinese - teenager Kean scores twice". BBC Sport. Dicapai pada 8 March 2019.
  20. ^ "Moise Kean: Juventus teenage striker suffers racist abuse at Cagliari". BBC Sport. 3 April 2019. Dicapai pada 27 August 2019.
  21. ^ "Bonucci stands by Kean comments". Football Italia. 3 April 2019.
  22. ^ "Moise Kean: Raheem Sterling says Leonardo Bonucci racism comments laughable". BBC Sport. 3 April 2019. Dicapai pada 27 August 2019.
  23. ^ "Balotelli: 'Bonucci lucky I wasn't there'". Football Italia. 3 April 2019.
  24. ^ "Sterling, Pogba defend Kean over Bonucci '50-50′ criticism". football365. 3 April 2019.
  25. ^ "Moise Kean: Juventus teen scores winner days after being racially abused". CNN. 6 April 2019. Dicapai pada 7 April 2019.
  26. ^ Sport, Sky. "La festa è della Spal, 2-1 in rimonta alla Juve". sport.sky.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 13 April 2019.
  27. ^ "Juventus vs AC Milan score, result, goals, video, highlights, Moise Kean scores again, stats". Fox Sports (dalam bahasa Inggeris). 6 April 2019. Dicapai pada 7 April 2019.
  28. ^ Frost, Howard (4 August 2019). "Everton Sign Striker Kean". Everton FC. Dicapai pada 4 August 2019.
  29. ^ "Thank you Moise Kean, and good luck!". Juventus FC. 4 August 2019. Dicapai pada 4 August 2019.
  30. ^ Chowdhury, Saj (10 August 2019). "Crystal Palace 0-0 Everton: Jordan Pickford blocks earn 10-man Toffees point". BBC Sport. Dicapai pada 11 August 2019.
  31. ^ "Moise Kean: Everton striker dropped for disciplinary breaches". 12 November 2019 – melalui www.bbc.co.uk.
  32. ^ Magowan, Alistair (21 January 2020). "Everton v Newcastle United" – melalui www.bbc.co.uk.
  33. ^ Neil McLeman (24 November 2016). "Who is Moise Kean? The Juventus starlet in profile following his senior debut for the Bianconeri". The Mirror. Dicapai pada 19 January 2017.
  34. ^ "Kean, Moise" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 19 January 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  35. ^ "Kean fires Italy level after Håland's penalty" (dalam bahasa English). UEFA. 22 July 2018. Dicapai pada 24 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  36. ^ "Italy to face Portugal in Under-19 European Championship final" (dalam bahasa English). Sky Sports. 26 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  37. ^ "Italy 3-4 Portugal" (dalam bahasa English). UEFA. 30 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  38. ^ "Domingos Quina, Moise Kean, Joao Filipe impress at Under-19 Euros" (dalam bahasa English). Sky Sports. 30 July 2018. Dicapai pada 30 July 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  39. ^ "Al 'Friuli' prove d'Europeo: il Belgio passa nel finale, gli Azzurrini si fermano al palo" (dalam bahasa Italian). FIGC. 11 October 2018. Dicapai pada 22 November 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  40. ^ "L'Italia riprende la corsa verso l'Europeo: battuta 2-0 la Tunisia con i gol di Parigini e Kean" (dalam bahasa Italian). FIGC. 15 October 2018. Dicapai pada 22 November 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  41. ^ "Breaking: Kean to receive Italy call-up" (dalam bahasa Italian). www.calciomercato.com. 16 November 2018. Dicapai pada 23 November 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  42. ^ "Kean the 21st Century boy". Football Italia. 20 November 2018.
  43. ^ "Italy: Kean and Barella take down Finland". Football Italia. 23 March 2019.
  44. ^ "Kean seizes his moment". FIFA.com. 24 March 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
  45. ^ a b "RECORD BREAKER Moise Kean: Who is the record-breaking Italian stealing Juventus team-mate Cristiano Ronaldo's secrets?". talkSPORT. 26 March 2019. Dicapai pada 26 March 2019.
  46. ^ "Kean titolare in Nazionale a 19 anni: non accadeva da 100 anni" (dalam bahasa Italian). Goal.com. 23 March 2019. Dicapai pada 3 April 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  47. ^ "Italia, Moise Kean da record: primo Duemila in gol, solo Nicolè fu più precoce" (dalam bahasa Italian). sport.sky.it. 24 March 2019. Diarkib daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 3 April 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  48. ^ "Euro 2020: Italy hit Liechtenstein for six". Football Italia. 26 March 2019.
  49. ^ "Kean's father: 'Juve owe me tractors'". Football Italia. 26 March 2019.
  50. ^ "'Kean is a miracle!'". Football Italia. 25 March 2019.
  51. ^ "La madre di Kean: "Grazie Juve, con te è diventato un uomo"" (dalam bahasa Italian). tuttosport.com. 25 March 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  52. ^ "Rieti, ufficializzato l'ingaggio dell'attaccante Giovanni Kean" (dalam bahasa Italian). Corriere di Rieti. 28 July 2018. Dicapai pada 3 November 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  53. ^ "Convocazioni e presenze in campo: Kean Bioty Moise" (dalam bahasa Italian). FIGC.it. Dicapai pada 23 November 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  54. ^ "Moise Kean Socceway Profile". Soccerway.com. Dicapai pada 21 March 2017.
  55. ^ "La notte magica di Moise Kean" (dalam bahasa Italian). UEFA.com. 23 March 2019. Dicapai pada 3 April 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]