Suddha Dibyaratana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Suddha Dibyaratana
Puteri Siam
Puteri Rattanakosin
Suddha Dibyaratana.jpg
Nama penuhSuddha Dibayaratana Sukhumkhattiya Galyavadi
Keputeraan(1877-09-14)14 September 1877
Tempat keputeraanThailand Grand Palace
Bangkok, Thailand
Mangkat2 Januari 1922(1922-01-02) (umur 44)
Tempat mangkatThailand Bangkok, Thailand
Kerabat dirajaDinasti Chakri
AyahandaChulalongkorn (Rama V)
BondaPermaisuri Sukhumala Marasri

Suddha Dibyaratana, Puteri Rattanakosin (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์; rtgsSutthathipphayarat; 14 September 1877 - 2 Januari 1922), ialah puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam. Beliau adalah anak perempuan pertama Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam.

Ibunya ialah permaisuri Sukhumala Marasri, permaisuri keempat dan saudara tiri Raja Chulalongkorn. Beliau mempunyai seorang adinda, Paribatra Sukhumbhand, Putera Nakhon Sawan. Namanya penuh diberikan ialah Suddha Dibyaratana Sukhumkhattiya Galyavadi (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์ สุขุมขัตติยกัลยาวดี) Beliau salah seorang puteri yang paling cantik dari segala puteri-puteri Raja Chulalongkorn.

Pada 9 Ogos 1906, beliau telah diberi gelaran diraja Puteri Rattanakosin, diterjemahkan dalam Thai sebagai Krommaluang Si Rattanakosin (Bahasa Thai: กรมหลวงศรีรัตนโกสินทร). Beliau ialah satu-satunya anak perempuan diberi pangkat Krommaluang, pangkat Krom tahap ke-3.

Tugas diraja[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah salah seorang eksekutif naib presiden Persatuan Unalom Merah, organisasi kemanusiaan yang utama (kemudian Persatuan Palang Merah Thai), yang diasaskan oleh Permaisuri Savang Vadhana sebagai ibu penaung. Permaisuri Saovabha Phongsri telah dilantik sebagai Presiden yang pertama, dan Thanpuying Plien Phasakoravongs bertindak sebagai setiausaha persatuan. Suddha Dibyaratana bekerja sebagai eksekutif naib presiden dengan puteri yang lain;

Apabila beliau mencapai usia 40 tahun pada tahun 1917, Suddha Dibyaratana memberi 200,000 baht kepada Persatuan Palang Merah Thai, untuk membina Hospital Chulalongkorn, untuk memberi penghormatan kepada bapanya. Apabila hospital itu selesai, ia menamakannya bangunan Suddhathip 2463. Pada masa ini, Hospital Chulalongkorn menggunakan bangunan ini sebagai Kolej Kejururawatan.

Hidup kemudiannya[sunting | sunting sumber]

Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1910, beliau berpindah dari kediaman sendiri di istana besar untuk tinggal dengan ibundanya, Permaisuri Sukhumala Marasri dan adindanya, Putera Paribatra Sukhumbhand, Putera Nakhon Sawan. Di kemudian hari, Puteri Suddha Dibyaratana mengalami banyak penyakit. Beliau mangkat akibat batuk kering pada 2 Januari 1922 di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn di Bangkok.

Pingat Diraja Thai[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]