Sukan Komanwel 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Komanwel XVIII
Fail:2006 Commonwealth Games Logo.svg
Bandar tuan rumahMelbourne, Victoria, Australia
Cogan kataUnited by the moment
Penyertaan negara71[1]
Penyertaan atletLebih kurang 4,500
Acara247 dalam 16 sukan
Upacara pembukaan15 Mac 2006
Upacara penutupan26 Mac 2006
Pembukaan dirasmikan olehHM Ratu Elizabeth II
Penutupan dirasmikan olehHRH Earl Wessex
Pembaca ikrar atletAdam Pine
Queen's Baton Final RunnerJohn Landy
Stadium utamaMelbourne Cricket Ground
← XVII
XIX →

Sukan Komanwel 2006, secara rasminya Sukan Komanwel XVIII, telah diadakan di Melbourne, Victoria, Australia di antara 15 dan 26 Mac 2006. Ia merupakan acara sukan terbesar pernah diadakan di Melbourne, mengatasi Sukan Olimpik Melbourne 1956 dalam aspek jumlah penyertaan pasukan, atlet bersaing, dan acara yang dipertandingkan.

Tapak untuk upacara pembukaan dan penutupan adalah di Melbourne Cricket Ground yang turut digunakan semasa Sukan Olimpik Melbourne 1956. Maskot untuk temasya ini ialah Karak,[2] sejenis Kakaktua Hitam Ekor Merah (satu spesies terancam).

Untuk kali pertama, Sukan Komanwel Melbourne 2006 melantik Rakan Muhibah, Plan International Australia.[3]

Sukan Komanwel XVIII 2006 Melbourne - Bot Ikan di Sungai Yarra

Pembidaan[sunting | sunting sumber]

Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia, dua bandar menyatakan hasrat menjadi tuan rumah acara ini; Melbourne dan Wellington, New Zealand. Wellington bagaimanapun menarik balik bidaannya, memetik kos yang diperlukan untuk menyamai rancangan yang dibentangkan Melbourne, yang menjadi tuan rumah secara automatik tanpa anggota Persekutuan perlu mengundi.[4]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Ragbi di Temasya 2006

Sukan Komanwel 2006 mengandungi 16 jenis sukan, dengan 12 sukan individu dan 4 sukan berpasukan. Keseluruhan terdapat 247 acara dalam temasya.

Empat daripada sukan tersebut terbahagi kepada disiplin berbeza, menjadikan keseluruhan 24 disiplin:

  • Akuatik: terjun, renang, renang berirama.
  • Berbasikal: litar, jalan, basikal bukit.
  • Gimnastik: artistik, berirama.
  • Menembak: sasaran tanah liat, pistol, small bore and air rifle, full bore rifle.

Sukan olahraga, renang, ping pong dan angkat berat include fully integrated events for elite athletes with a disability (EAD). These events are included in the official medal tally.

Penyertaan negara[sunting | sunting sumber]

Negara dan kawasan yang bersaing dalam temasya 2006

Terdapat 71 penyertaan negara, wilayah, dan kawasan Komanwel pada Sukan Komanwel 2006.[5] Perbezaan antara temasya 2006 dan temasya 2002 hanya adalah ketidakhadiran Zimbabwe, yang menarik diri daripada Negara-Negara Komanwel.

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Australia 84 69 68 221
2  England 36 40 34 110
3  Kanada 26 29 31 86
4  India 22 17 11 50
5  Afrika Selatan 12 13 13 38
6  Scotland 11 7 11 29
7  Jamaica 10 4 8 22
8  Malaysia 7 12 10 29
9  New Zealand 6 12 13 31
10  Kenya 6 5 7 18
11  Singapura 5 6 7 18
12  Nigeria 4 6 7 17
13  Wales 3 5 11 19
14  Cyprus 3 1 2 6
15  Ghana 2 0 1 3
 Uganda 2 0 1 3
17  Pakistan 1 3 1 5
18  Papua New Guinea 1 1 0 2
19  Isle of Man 1 0 1 2
 Namibia 1 0 1 2
 Tanzania 1 0 1 2
22  Sri Lanka 1 0 0 1
23  Mauritius 0 3 0 3
24  Bahamas 0 2 0 2
 Ireland Utara 0 2 0 2
26  Cameroon 0 1 2 3
27  Botswana 0 1 1 2
 Malta 0 1 1 2
 Nauru 0 1 1 2
30  Bangladesh 0 1 0 1
 Grenada 0 1 0 1
 Lesotho 0 1 0 1
33  Trinidad dan Tobago 0 0 3 3
34  Seychelles 0 0 2 2
35  Barbados 0 0 1 1
 Fiji 0 0 1 1
 Mozambique 0 0 1 1
 Samoa 0 0 1 1
 Eswatini 0 0 1 1
245 244 254 743

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Empat Home Nations di United KingdomEngland, Scotland, Wales dan Ireland Utara — menghantar pasukan berasingan ke Sukan Komanwel, begitu juga tiga Tanggungan MahkotaJersey, Isle of Man dan Guernsey — dan 9 daripada 14 Wilayah Luar Negeri British. Kepulauan Cook dan Niue, wilayah tidak-berdaulat bersekutu dengan New Zealand, dan Pulau Norfolk, sebuah wilayah luar Australia, juga bertanding berasingan. Oleh itu walaupun Negara-Negara Komanwel hanya ada 53 anggota, terdapat 71 pasukan yang bertanding di Sukan Komanwel.
  2. ^ M2006 > Karak the Mascot > Display Diarkibkan 2006-06-27 di Wayback Machine Melbourne 2006 Commonwealth Games Corporation. Dicapai 4 September 2012.
  3. ^ 2005 Financial Report | Plan Internation Australia Dicapai 4 September 2012.
  4. ^ COMMONWEALTH GAMES: Melbourne looks set to host 2006 Commonwealth Games - The Independent (London, England) Diarkibkan 2013-05-23 di Wayback Machine HighBeam Research. Dicapai 5 September 2012.
  5. ^ [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews
Wikinews
Wikinews mempunyai bahagian yang berkaitan:
Laman web rasmi
Laman lain
Political opposition to the Games


Didahului oleh:
Manchester
Sukan Komanwel
'Bandar tuan rumah'
Diikuti oleh:
Delhi