Sulaiman Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau 'Sulaiman Palestine' adalah ahli politik UMNO dari Pulau Pinang, Malaysia. Pada tahun 1978, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO. Beliau dianggap sebagai ultra (pelampau) Melayu / Islam kerana pidato yang berapi-api terutama berhubung isu Palestin dan Dasar Bahasa Kebangsaan yang masih belum didaulatkan pada 1967.[1][2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anak perempuannya, Raihan Sulaiman Palestine pernah menjadi Ketua Wiranita Perkasa. Raihan S ulaiman Palestin meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada 11 Mei 2015 dipercayai akibat serangan jantung.Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), aka Tanah Perkuburan Putrajaya, Putrajaya dan dikebumikan di Presint 20.[3]

Anak lelakinya Imran sulaiman palestin,fauzan sulaiman palestin,

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Jun 1958, semasa pertandingan Ketua Pemuda UMNO, beliau dikalahkan oleh Sardon Jubir yang menjadi Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekomunikasi. Sardon terpilih semula semula sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan 44 undi dan Sulaiman 13 undi. [4] Beliau adalah veteran UMNO. Satu masa, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Haji Ahmad Maliki, Haji Sulaiman Palestin dan beberapa pemimpin lain telah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan ,nasihat dan penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu.[5] Selaku wakil Pemuda UMNO dari Nibong Tebal, Haji Sulaiman Palestin pernah menegaskan bahawa "kami akan mendapatkan kemerdekaan sama ada Sultan sultan mahukannya ataupun tidak".[6]

Akhir hayatnya beliau menyertai Parti Melayu Semangat 46 dan menjadi Ahli Majlis Tertinggi Semangat 46. [7] Akhbar Watan Bil: 341 26 Julai 1988 melaporkan Sulaiman Palestin berkata beliau tidak akan menghalalkan bahagiannya dalam harta UMNO lama sekiranya harta itu diambil oleh UMNO Baru walaupun undang-undang menghalalkannya.[8]

Kalah di Kerian[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya 1951 (?), calon PAS, Haji Ahmad Tuan Hussain telah mengalahkan Haji Sulaiman Palestin (calon Perikatan) di kawasan Kerian dan inilah satu-satunya calon pembangkang yang menang di dalam pilihan raya pada tahun itu.[9] Sulaiman Palestin mendapat 8235 undi, PAS oleh Haji Ahmad Haji Hussain memperolehi 8685 undi dan Mohammad Jan Mohd yang bertanding di atas tiket NAP mendapat 3, 315 undi. [10] Sulaiman adalah satu-satu calon Perikatan yang kalah pada tahun itu.

Kemudian Sulaiman Palestin selaku ahli Dewan Undang Negeri Pulau Pinang telah mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 dan berikrar akan meninggalkan kerusinya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri jika masih tidak melaksanakannya. [11]

Dokumen diharamkan[sunting | sunting sumber]

Dokumen yang beliau tulis bertarikh 4Jun 1969 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dokumen itu beralamat di 582, Bagan Ajam,Butterworth dan diterbitkan pada 7 Ogos 1969. [12]

Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus,Terengganu tetapi tenggelam dalam lautan sekular.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The May thirteenth incident and democracy in Malaysia,oleh Charles T. Goh, Charles T. Goh - 1971 , hm 76
  2. ^ 'The battle for a Malaysian Malaysia: Volumes 1-2' oleh Kuan Yew Lee, Singapura - 1965
  3. ^ Raihan Sulaiman Palestin meninggal dunia
  4. ^ The Straits Times, 7 Jun 1958, Halaman 1; SARDON RE-ELECTED
  5. ^ 'Abdullah Ahmad Badawi: perjalanan politik PM ke-5' oleh Chamil Wariya - 2004, hlm 36
  6. ^ Perjuangan politik pemuda UMNO, oleh Hambali Abd Latiff - 1985
  7. ^ PAS kuasai Malaysia?: 1950-2000 sejarah kebangkitan dan masa depan, oleh Ibnu Hasyim - 1993
  8. ^ 'Semangat UMNO hancur?', oleh Abd. Rahim Kassim - 1988
  9. ^ 'Memoir politik Asri: meniti arus', oleh Mohamed Asri bin Haji Muda ,1993
  10. ^ Dokter Mahathir, pemikirannya melangkaui segala-gala', oleh Abdul Halim Taib - 2000
  11. ^ Harun Aminurrashid, pembangkit semangat kebangsaan', Abdullah Hussain - 1982
  12. ^ Buku Berunsur Agama Islam Yang Diharamkan
  13. ^ 'PAS Kuala Selangor vs APU' oleh Muhayat Haji Yusof - 1990