Sardon Jubir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sardon Jubir

SMN, PMN; DUPN (Pulau Pinang); SPMJ (Johor); SPMK (Kelantan); PPM (E)
Sardon-jubir.jpg
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-4
Dalam jawatan
2 Februari 1975 – 30 April 1981
Didahului olehSyed Sheh Hassan Barakbah
Digantikan olehAwang Hassan
Butiran peribadi
Lahir(1917-03-19)19 Mac 1917
Rengit, Johor, British Malaya
Meninggal dunia14 Disember 1985(1985-12-14) (umur 79)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganToh Puan Saadiah Abdullah
Anak-anak4
Alma materMiddle Temple, London
ProfesionPeguam

Tun Sardon bin Haji Jubir (19 Mac 1917 – 14 Disember 1985) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1975 hingga 1981. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Komunikasi dari tahun 1971 hingga 1975.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor,beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan , Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Saadiah Abdullah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.

Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menang di kawasan Pontian Utara dalam Pilihan raya umum Malaysia 1969. Selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan. Ketika itu beliau telah bergelar Tan Sri Haji Sardon Haji Jubir, PMN.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Antara jawatan yang pernah disandang :

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 1958: Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
  • 1970: Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
  • 1971: Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan, membawa gelaran Dato'.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran Dato'.
  • 1974: Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
  • 1976: Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
  • 1976: Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri Utama".

Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau

Tokoh Pengakap[sunting | sunting sumber]

Sardon menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973.Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964 . Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.

Sardon menerima "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand. Kem Pengakap Sardon Jubir di Balakong,Selangor telah dibina bagi mengenang jasa beliau.[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Tun Sardon meninggal dunia pada 14 Disember 1985 dan telah disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden Majlis Belia Malaysia
19581961
Penyandang Kemudian
Syed Hashim Abdullah
Syed Kamaruddin Syed Bahaldin