Abdullah Fahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru

Abdullah Fahim
عبدالله فهيم
AbdullahFahim.jpg
Mufti Pulau Pinang
Dalam jawatan
1951–1956
Didahului olehJawatan diperkenalkan
Digantikan olehTuan Guru Abdullah Ismail
Butiran peribadi
Lahir1870
Meninggal dunia28 April 1961
PekerjaanUlama, ahli falak

Abdullah Fahim atau nama penuh beliau Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad bin Haji Abdullah I (1870 – 28 April 1961) merupakan seorang cendekiawan Islam dan juga ahli ahli falak kelahiran Pulau Pinang. Beliau merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan bapa kepada Haji Ahmad Badawi Abdullah bin Haji Abdullah Fahim.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua cerita tentang asal usul Abdullah Fahim. Ada yang berkata[nyatakan menurut siapa?] beliau dilahirkan di Kampung Sha'ab Ali yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram di Makkah pada 1870. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa Abdullah Kampung Kubur Panjang, Kedah sebelum berpindah ke Makkah dengan bapanya Sheikh Ibrahim Tahir, seorang ustaz di Masjidil Haram. Di situlah beliau mendapat pendidikannya dalam bidang Islam.[2]

Apabila dewasa, beliau mengajar astronomi, usuluddin, ilmu al-Quran dan Hadith.

Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1916, Abdullah Fahim mengajar ilmu teologi Islam di rumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Alor Setar. Beliau dijemput oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Iskandar Shah untuk menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 1931.

Perjuangan kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Abdullah Fahim menjadi terkenal sebagai ulama masyhur di serantau pada masa itu. Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu lain sering mendapat nasihatnya dalam usaha mereka mendapat kemerdekaan. Beliaulah yang menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.[1]

Pengiraan tarikh merdeka[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Rahman turut memintah nasihat beliau mengenai firasat tarikh yang sesuai dijadikan tanggal Tanah Melayu dapat mengisytiharkan kemerdekaannya. Maka, Abdullah Fahim mengira tarikhnya berdasarkan kemungkinan ternampaknya buruj Dacing selepas matahari terbenam di ufuk barat; di mana dacing dapat diertikan sebagi lambang keadilan. Berdasarkan pemerhatian ini, Abdullah Fahim menjangka bahawa tarikh paling mujarab kemerdekaan tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957 tahun Masihi atau 6 Safar 1377 tahun Hijrah. Simulasi langit malam pada malam sebelumnya turut membuktikan pencerapan ini, terutamanya kelihatan bintang-bintang Kejora dan Musytari serta Bulan yang sejajar dalam laluan edaran buruj tersebut.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 91 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

  • Nor Azam Mat Noor (2010). Warisan Falak Syeikh Abdullah Fahim. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.