Dewan Undangan Negeri Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dewan Undangan Negeri Sarawak
DUN Sarawak.jpg
Bangunan
Lokasi Kuching, Sarawak
Pembinaan
Tinggi 71

Dewan Undangan Negeri Sarawak atau DUN Sarawak terdiri daripada 71 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. DUN ini bersidang di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.

Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.

Council Negri, kini dikenali dengan Dewan Undangan Negeri merupakan Dewan Undangan Negeri yang tertua dan terulung sekali di Malaysia.

Kronologi[sunting | sunting sumber]

Dewan telah menempuh tiga zaman yang penting. Zaman Rajah Putih Keluarga Brooke, diikuti dengan zaman koloni atau zaman penjajahan British dan ketiga, zaman kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Tiga orang anggota keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1946. Dari 1 Julai 1946 sehingga merdeka, Sarawak di bawah pemerintahan koloni Inggeris.

Dari 1946 hingga saat-saat sebelum merdeka, Dewan terus bergerak menempuh arus-arus perubahan yang banyak seiring dengan kedudukan negeri ditadbir oleh pejabat tanah jajahan yang berpusat di London melalui wakil-wakilnya di Sarawak.

Zaman kegemilangannya ialah pada 16 September 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaan apabila rakyatnya memilih untuk bergabung dengan Malaysia. Dewan Undangan Negeri turut berubah wajah dengan ahli-ahlinya dipilih melalui pilihan raya. ADUN kini dipilih oleh rakyat melalui amalan demokrasi pilihan raya secara langsung.

Sebagai mengenang jasa Ai-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang menghasilkan cadangan pembentukan Malaysia dengan Sarawak memperolehi kemerdekaan melaluinya, Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26 Mei 1971 telah meluluskan usul menyampaikan ucapan terima kasih kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usul terima kasih bagi Dewan kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 Mei 1971 adalah seperti berikut:

Bahawasanya Dewan ini meluluskan untuk merakamkan penghargaan yang berkekalan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kerana perkhidmatan cemerlangnya kepada negara terutama kepada Sarawak yang telah mendapatkan kemerdekaan kami menerusi Malaysia. Semoga Allah akan melimpahkan YTM Tunku dengan sihat afiat dan kebahagiaan serta kejayaan dalam usaha-usaha selanjutnya bagi mencapai persefahaman, persaudaraan dan keamanan yang lebih besar di antara umat manusia

SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)[sunting | sunting sumber]

Sarawak[sunting | sunting sumber]

SPR mengadakan pilihan raya negeri Sarawak secara berasingan dari negeri-negeri lain.

Lihat juga Pilihan raya DUN Sarawak 2016.

No. Dewan Undangan Negeri Anggota Parti (Campuran)
BN 72 | DAP 7 | PKR 3

Kini |BN 72 |Pakatan Harapan 9 | Kosong 1

N1 Opar Ranum anak Mina BN-SUPP
N2 Tasik Biru Datuk Henry @ Harry Jinep BN-SPDP
N3 Tanjung Datu Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem BN-PBB
N4 Pantai Damai Dr. Abdul Rahman Junaidi BN-PBB
N5 Demak Laut Dr.Hazland Bin Abang Hipni BN-PBB
N6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman BN-PBB
N7 Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN-PBB
N8 Satok Datuk Amar Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari Tun Abg. Hj. Openg BN-PBB
N9 Padungan Wong King Wei PR-DAP
N10 Pending Violet Yong Wui Wui PR-DAP
N11 Batu Lintang See Chee How PR-PKR
N12 Kota Sentosa Chong Chieng Jen PR-DAP
N13 Batu Kitang Lo Khere Chiang BN-SUPP
N14 Batu Kawah Datuk Dr Sim Kui Hian BN-SUPP
N15 Asajaya Abd. Karim Rahman Hamzah BN-PBB
N16 Muara Tuang Datuk Idris Buang BN-PBB
N17 Stakan Dato' Sri Mohamad Ali Mahmud BN-PBB
N18 Serembu Miro Simuh BN-PBB
N19 Mambong Dr. Jerip ak. Susil BN-SUPP
N20 Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn BN-PBB
N21 Tebedu Dato' Sri Michael Manyin ak. Jawong BN-PBB
N22 Kedup Maclaine Ben @ Martin Ben BN-PBB
N23 Bukit Semuja John Ilus BN
N24 Sadong Jaya Aidel Bin Lariwoo BN-PBB
N25 Simunjan Awla Dris BN-PBB
N26 Gedong Datuk Mohd Naroden Majais BN-PBB
N27 Sebuyau Haji Julaihi b. Haji Narawi BN-PBB
N28 Lingga Hajjah Simoi Haji Peri BN-PBB
N29 Beting-Maro Razaili Gapor BN-PBB
N30 Balai Ringin Snowdan Lawan BN-PRS
N31 Bukit Begunan Datuk Mong ak. Dagang BN-PRS
N32 Simanggang Datuk Francis Harden ak. Hollis BN-SUPP
N33 Engkilili Dr. Johnical Rayong Ngipa BN-SUPP
N34 Batang Ai Malcom Mussen Lamoh BN-PRS
N35 Saribas Ricky@Mohamad Razi Bin Sitam BN-PBB
N36 Layar Gerald Rentap Jabu BN-PBB
N37 Bukit Saban Datuk Seri Douglas Uggah Embas BN-PBB
N38 Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz BN-PBB
N39 Krian Ali Anak Biju PH-PKR
N40 Kabong Mohd Chee Kadir BN-PBB
N41 Kuala Rajang Datuk Talif @ Len Salleh BN-PBB
N42 Semop Abdullah Saidol BN-PBB
N43 Daro Safiee Ahmad BN-PBB
N44 Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya BN-PBB
N45 Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii BN
N46 Meradong Ding Kuong Hiing BN-SUPP
N47 Pakan Tan Sri William Mawan ak. Ikom BN-SPDP
N48 Meluan Rolland Duat Jubin BN-SPDP
N49 Ngemah Datuk Alexander Vincent BN-PRS
N50 Machan Allan Siden Gramong BN-PBB
N51 Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling PH-DAP
N52 Dudong Datuk Tiong Thai King BN-SUPP
N53 Bawang Assan Dato' Sri Wong Soon Koh BN-SUPP
N54 Pelawan Wong Kee Woan PH-DAP
N55 Nangka Dr Annuar Rapa'ee BN-PBB
N56 Dalat Datuk Hajjah Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming BN-PBB
N57 Tellian Yussibnosh Balo BN-PBB
N58 Balingian Abdul Yakub Arbi BN-PBB
N59 Tamin Christopher Gira Sambang BN-PRS
N60 Kakus John Sikie ak. Tayai BN
N61 Pelagus Wilson Nyabong Ijang BN
N62 Katibas Ambrose Blikau ak. Enturan BN-PBB
N63 Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat BN
N64 Baleh Tan Sri Dr. James Jemut ak. Masing BN-PRS
N65 Belaga Liwan Lagang BN-PRS
N66 Murum Chukpai Ugon BN-PRS
N67 Jepak Datuk Hj. Talib Zulpilip BN-PBB
N68 Kidurong Chiew Chin Sing PH-DAP
N69 Kemena Datuk Dr. Stephen Rundi ak. Utom BN-PBB
N70 Samalaju Majang Renggi BN-PRS
N71 Bekenu Rosey binti Yunus* BN
N72 Lambir Ripin Lamat BN-PBB
N73 Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew BN-SUPP
N74 Pujut Kosong[1]
N75 Senadin Datuk Lee Kim Shin BN-SUPP
N76 Marudi Dr Penguang Manggil BN-SPDP
N77 Telang Usan Dennis Ngau BN-PBB
N78 Mulu Gerawat Jala BN
N79 Bukit Kota Dr. Abdul Rahman Ismail BN-PBB
N80 Batu Danau Palu @ Paulus ak. Gumbang* BN-SPDP
N81 Ba'Kelalan Baru Bian PH-PKR
N82 Bukit Sari Datuk Amar Hj. Awang Tengah b. Ali Hassan BN-PBB

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Ting Tiong Choon (DAP) dipecat sebagai Adun Pujut kerana memiliki kerakyatan warga Australia. Dipecat pada 12 Mei 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]