Sungai Ural

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Ural
Lokasi
NegaraKazakhstan, Rusia
Ciri-ciri fizikal
SumberPergunungan Ural
MuaraLaut Caspian
Panjang2,428 km (1,509 mi)
Sungai Ural di antara Uralsk dan Atyrau, Kazakhstan, sebagaimana dilihat dari kapal terbang. Bahagian kiri (pada gambar) sungai terletak di Asia, manakala bahagian kanan terletak di Eropah.

Sungai Ural (Rusia: Урал, Kazakh: Жайық, Jayıq atau Zhayyq), dikenali sebagai Yaik (Rusia: Яик) sebelum 1775, ialah sungai yang mengalir merentasi Rusia dan Kazakhstan. Panjangnya 1,511 batu (2,428 km) dari punca di selatan Banjaran gunung Ural hingga ke muaranya di Laut Caspian. Sungai Ural merupakan sebahagian sempadan tradisional di antara Eropah dan Asia.

Sungai Ural berpunca di sebelah timur Banjaran Gunung Ural dan mengalir ke selatan merentasi Magnitogorsk, lalu mengelilingi hujung selatan Ural dan merentasi Orsk. Di Orsk, ia menghala ke barat sejauh sekitar 300 km ke Orenburg lalu disertai oleh Sungai Sakmara. Dari Orenburg, Sungai Ural menghala ke arah barat merentasi Kazakhstan sebelum menghala sekali lagi ke selatan di Oral. Di sini, ia berliku-liku merentasi dataran yang rata lagi lebar sehingga Laut Caspian yang terletak beberapa batu di selatan Atyrau. Di Atyrau yang terletak pada 46°53′N 51°37′E / 46.883°N 51.617°E / 46.883; 51.617,[1] Sungai Ural membentuk delta kaki burung.

Cawang sungai[sunting | sunting sumber]

Cawang-cawang sungai, mengikut urutan ke hulu sungai adalah seperti yang berikut:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Pertengahan, kota Saray-Jük yang terletak di Sungai Ural bawah merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Jalan Sutera dan kemudian menjadi satu pusat yang penting kepada Angkatan Kencana dan Angkatan Nogai.

Selepas penaklukannya oleh Rusia pada akhir abad ke-16, pantai Sungai Ural menjadi tempat kediaman kepada orang Kossack Ural. Salah satu kegiatan utama mereka ialah menangkap ikan sturgeon dan ikan-ikan berkait (termasuk sturgeon bintang (ikan sturgeon benar) serta ikan beluga) di Sungai Ural dan di Laut Caspian. Terdapat berbagai-bagai teknik menangkap ikan, dengan yang paling termasyhur merupakan teknik bagrenye (багренье), iaitu melembing ikan sturgeon yang tidur tapa di dalam sarang pada bulan Disember. Satu teknik menangkap ikan lagi adalah pembinaan sebuah tebat yang dikenali sebagai uchug (учуг) melintasi sungai untuk menangkap ikan yang berenang ke hulu sungai untuk bertelur. Sedangkan tebat uchug juga dikenali di Delta Volga, bagrenye dianggap sebagai suatu teknik Ural tersendiri.

Orang Kossack yang pada asalnya dikenali sebagai orang Kossack Yaik tidak suka akan percubaan pemerintahan pusat untuk mengenakan peraturan pada mereka dan kekadang memberontak. Selepas Pemberontakan Pugachev, pemberontakan terbesar yang diketuai oleh Yemelyan Pugachev, Maharani Catherine menamai mereka semula sebagai "Orang Kossack Ural" dan nama Sungai Yaik sebagai Sungai Ural.

Vasily Chapayev, komander Perang Saudara yang termasyhur, dipercayai mati lemas di Sungai Ural pada 5 September 1919.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ural River Delta, Kazakhstan (NASA Earth Observatory)