Pergi ke kandungan

Bendera Kazakhstan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nisbah bendera: 1:2

Bendera Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан туы, Qazaqstan tuy) yang terkini digunakan sejak 4 Jun 1992 menggantikan bendera RSS Kazakhstan; ia direka oleh Shaken Niyazbekov.

Bendera ini terdiri daripada latar belakang berwarna biru langit, dengan seekor helang di bawah satu matahari emas dengan 32 sinaran di tengah, dan suatu jalur menegak di bahagian kiri menampilkan corak jaringan diberi nama qoşqar müýiz (қошқар мүйіз, tanduk bebiri).

Perlambangan

[sunting | sunting sumber]

Corak jaringan ini melambangkan seni dan budaya diwarisi orang-orang Kazakh yang berkesinambungan, tidak sahaja secara bersejarah dari Khaniyah Kazakh yang pernah wujud malah bersama bangsa-bangsa serumpun termasuk orang Tatar, orang Mongol dan orang Uyghur yang pernah menyembah dewa langit Gök-Tanry; warna ini turut melambangkan kebebasan.

Helang emas melambangkan kekuasaan, kemerdekaan dan perjalanan menuju masa hadapan.[1]

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Nisbah ukuran bendera ini adalah 1:2.[2]

Rincian warna khusus untuk menghasilkan bendera ini diberikan seperti berikut:

Biru Emas
VTsAMlegprom No. 350608 020208
Pantone [3] 3125 C 810 C
Web (HEX) #00B0C7 #FFC91C
  1. ^ Kazakhstan national flag
  2. ^ CIA – The World Fact Book Diarkibkan 9 Ogos 2010 di Wayback Machine
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-22. Dicapai pada 2007-12-28.

Templat:Bendera Asia Templat:Nationalflags