Pergi ke kandungan

Adibah Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adibah Noor
أديبة نور
Kelahiran
Adibah Noor binti Mohamed Omar

(1970-09-03)3 September 1970
Meninggal dunia18 Jun 2022(2022-06-18) (umur 51)
Sebab kematianKanser ovari
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Hulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1995–2022
Karya
Filemograri
IbuAllahyarhamah Norlia Abdul Majid
BapaMohd Omar Zainal Abidin
Kerjaya muzik
Genre
  • Balada
  • Irama Malaysia
Alat muzikVokal

Adibah Noor Mohamed Omar (3 September 1970 – 18 Jun 2022) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di SMK Taman Dato' Harun Petaling Jaya. Adibah juga merupakan duta pusat beli belah / Pasaraya The Store (Malaysia).[1]Beliau telah meninggal dunia pada 18 Jun 2022.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan padaa 3 September 1970 di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994.[2]

Beliau meninggal dunia pada 7.45 malam 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap 4.[3] Berita kematian beliau dimaklumkan oleh Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Facebook. Adibah Noor menjadi peserta Gegar Vaganza kelima yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada tahun 2019, Maya Matahari pada tahun 2020, Siti Sarah dan Gmie Screen pada tahun 2021.

Gegar Vaganza 2021

[sunting | sunting sumber]

Adibah terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Terlalu Istimewa Dirinya sendiri Ke-2
Minggu 2 Masih Aku Terasa Istana Menanti Rahim Maarof Ke-2
Minggu 3 Segalanya Ku Terima All I Ask Adele Ke-3
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Jika Melly Goeslaw dan Ari Lasso Tempat Pertama
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Gajah Tulus Ke-6
Minggu 6 Langkah Seiringan Tanya Sama Itu Hud-Hud (Duet Bersama Ali Sariah) Dato' M. Nasir Ke-3
Minggu 7 Kelentang Kelentong Berdiri Bulu Romaku Hetty Koes Endang Ke-8
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Dhoom Machale Sunidhi Chauhan Ke-5
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Night Fever Bee Gees Ke-5
Sumpah Naim Daniel
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Seroja S. Effendi TEMPAT KEEMPAT
Kau Di Hatiku (Duet Bersama Zainalabidin) Zainalabidin
Kami Rappers (battle Azzan Scan) 4U2C

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
13 Februari 2013 – 31 Mei 2016 Suria Pagi Suria

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single

[sunting | sunting sumber]
  • Zapin Cinta SMS (duet bersama Senario)
  • Appy Thots (duet bersama Doul)
  • Ayah Dan ibu (featuring Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Nurfarah Nazirah) - OST Hoore! Hoore!
  • Bahasa Rindu - Versi Solo & featuring Nizam Din
  • Ke Sana Dengan Mu (featuring Sam Innuendo)
  • Malaysia Kau Ku Cinta (featuring Dina Nadzir)
  • Seiring Menuju Kecemerlangan (Lagu rasmi SUKMA 2014)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2006 (AIM13) Artis Baru Terbaik Tercalon Jaclyn Victor
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Terlalu Istimewa Tercalon Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza in Concert, Royal Albert Hall London
Album Pop Terbaik Tercalon Jaclyn Victor - Gemilang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Ikan Di Laut, Asam Di Darat Tercalon Jaclyn Victor - Gemilang
Video Muzik Terbaik Terlalu Istimewa Tercalon LO - Sleepy Head
Lagu Terbaik Tercalon Zahid - Warkah Buat Laila
2011 (AIM18) Lagu Pop Etnik Terbaik Joget Tak Senang Hati Menang
Lagu Terbaik Tercalon Anuar Zain - Sedetik Lebih

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Anugerah Juara Lagu 2006 (Vokal Terbaik) Terlalu Istimewa
  • Anugerah Juara Lagu 2006 (Balada) Terlalu Istimewa
  • Anugerah Juara Lagu 2006 Terlalu Istimewa

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pengacara TV Popular N/a Tercalon
2018 Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Mencari Rahmat Menang
  1. ↑ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-09. Dicapai pada 2011-07-09.
  2. ↑ Yeang, Soo Ching (2006). "10 THINGS YOU DIDN'T KNOW ABOUT: Adibah Noor". Sunday People. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2006.
  3. ↑ "Entertainer Adibah Noor dies at 51 from ovarian cancer". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2022. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  4. ↑ Shazryn Mohd. Faizal (19 January 2007). "Terlalu Istimewa apa misi Adibah Noor?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2008.[pautan mati kekal]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Hazami
Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu
21
Diikuti oleh:
Jaclyn Victor & Lah Ahmad