Adlin Aman Ramlie |
|---|
 |
| Kelahiran | Adlin bin Aman Ramlie (1972-05-23) 23 Mei 1972 (umur 53)
|
|---|
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit, pelawak, pengacara, penulis skrip, penulis lirik, penari |
|---|
| Tahun aktif | 1990–kini |
|---|
| Pasangan | Emelda Rosemila (k. 2009) |
|---|
| Anak-anak | Edra Rafael |
|---|
| Ibu | Ruminah Sidek |
|---|
| Bapa | Allahyarham A. R. Tompel |
|---|
| Saudara |
- A. R. Badul (abang sebapa)
- Allahyarham Amran Tompel (abang sebapa)
- Azman Aman Ramlie (abang sebapa)
- Azlan Aman Ramlie (abang seibu)
- Dicky Sufian Aman Ramlie (Adik sebapa)
|
|---|
Adlin Aman Ramlie (lahir 23 Mei 1972) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau ialah antara penggiat seni yang aktif di dalam pelbagai bidang seni seperti teater, tv dan filem, penulis skrip, pengacara, pengkritik persembahan dan kini mula berjinak-jinak ke dalam dunia pengarahan dan penerbitan drama dan filem. Beliau merupakan anak kepada seniman Allahyarham A. R. Tompel dan Seniwati Ruminah Sidek.
Adlin dilahirkan pada 23 Mei 1972 di Banting, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan pelakon Ruminah Sidek dan AR Tompel. Adik-beradik beliau yang lain termasuk pelakon veteran A.R. Badul dan Amran Tompel.
Beliau mula menceburi industri seni di negara ini semenjak tahun 1990 lagi dan pernah berkhidmat sebagai Artis Budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia dari tahun 1990 hingga tahun 1994 sebelum melanjutkan pengajian diploma di Jabatan Teater, Akademi Seni Kebangsaan, Malaysia. Semenjak tahun 1996, beliau telah melibatkan dirinya dalam pelbagai pementasan drama teater, drama tv dan filem secara profesional selain bekerja dengan ramai tokoh-tokoh seni dalam bidang masing-masing. Meskipun pada awalnya beliau lebih cenderung kepada lakonan teater, namun kini nama beliau sedang terus berkembang sebagai personaliti yang aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi darah daging beliau.
Adlin memberanikan diri dengan menjadi peserta solo tunggal dalam rancangan Maharaja Lawak Mega terbitan Astro Warna dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Namun Adlin dan kumpulan Bawal Power (BP) tersingkir di minggu ke-7 kerana mendapat markah terendah, iaitu sebanyak 55 %, yang diumumkan oleh juri tetap dan penyanyi tersohor, Dato' Sri Siti Nurhaliza.[1] Peserta perlu membuat dua persembahan, dan Osbon menjadi juara, Boboi ke-2, Saehu ke-3 dan Syok ke-4.
Pada 22 Mei 2009, Adlin diijabkabulkan dengan pelakon, Emelda Rosemila, di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Wang hantaran RM30,000 beserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis persandingan berkonsepkan tradisional klasik diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Perkahwinan ala Jawa ini diadakan di rumah keluarga Adlin di Meru, Klang, Selangor.[2][3][4][5]
| Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Rangkaian
|
| 2026
|
Filem Raya Astro 2026: Bila Bersama, Lagi Jadi
|
Pak Samad
|
Astro
|
| Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
Catatan
|
| 2004
|
15 Puasa
|
Rosli
|
ntv7
|
Telefilem pertama
|
| 2009
|
Sonata Labu Labi
|
—
|
Astro Prima
|
Sebagai pengarah, penulis dan penerbit
|
| 2013
|
Bangkang Dari Longkang
|
Pelbagai watak
|
|
|
| 2014
|
Pukau
|
Abang Juki
|
Astro Oasis
|
|
| 2017
|
Jongkong
|
Wan Usin
|
Astro Citra
|
|
| 2020
|
Cerai
|
Hisham
|
|
| 2021
|
Ayat Dari Langit
|
Ustaz Muiz
|
|
| 2022
|
Curi Duit Raya
|
Saleh
|
|
| 2023
|
Matin
|
|
TV1
|
|
| Biar Biasa Biasa
|
Mael Lambo
|
Astro Ria
|
|
| Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Rangkaian
|
Catatan
|
| 2023
|
Pukul Mersing
|
Tok Guru Karim
|
Tonton
|
Telefilem web pertama
|
| Tahun
|
Tajuk
|
Peranan
|
Saluran
|
Catatan
|
| 2024
|
OKLETSGO
|
Tetamu Jemputan
|
YouTube
|
ditemani Datuk Khairul Anwar Salleh
|
| Borak Selebriti
|
Tetamu Jemputan
|
|
| 2024–kini
|
Legasi Podcast
|
Pengacara
|
bersama Datuk Khairul Anwar Salleh
|
| 2025
|
Padu Podcast
|
Tetamu Jemputan
|
bersama Datuk Khairul Anwar Salleh & pengacara Dato' Afdlin Shauki
|
| Keluar Sekejap Lagi
|
bersama Datuk Khairul Anwar Salleh & pengacara Shahril Hamdan
|
- Uda dan Dara (muzikal oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Ahmad Yatim (Panggung Budaya)
- Itik Liar (terjemahan ‘Wild Duck’ oleh Hendrik Ibsen) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Tarmimi Siregar (Panggung Budaya)
- Sang Oedipus (adaptasi ‘Oedipus Rex’ oleh ) / Pelakon Utama - Arahan Zahim AlBakri (Akademi Seni Kebangsaan)
- Work – The Malaysia Ways (naskhah kolaborasi) / Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
- Bakai (adaptasi ‘Bacche’ oleh Euripides ) / Pelakon Utama - Arahan U'Wei Hj.Saari (Dewan Bandaraya KL)
- Storyteller (muzikal oleh Jit Murad) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
- Uda dan Dara (opera oleh Usman Awang) / Pelakon Pembantu - Arahan Krishen Jit, Joe Hasham (Actors Studio)
- Manchester United & The Malay Warrior (oleh Romy) /Pelakon Utama - Arahan Krishen Jit (Five Arts Centre)
- Alang Rentak Seribu (karya Syed Alwi) / Pelakon Utama - Arahan Ahmad Yatim (Istana Budaya)
- P. Ramlee the Musical (muzikal oleh Sean Ghazi, Musly Ramlee, Tony Eusoff) / Pelakon utama - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim Albakri (Enfiniti Production)
- Puteri Gunung Ledang (muzikal oleh Adlin, Teong Hin, Zahim) / Pelakon Pembantu - Arahan Adlin Aman Ramlie, Zahim AlBakri (Enfiniti Production)
- Penulisan dan pengarahan
- Teater Taman Baginda (muzikal kanak-kanak) - Penulis, Pengarah / KKKP Malaysia
- SAMBUTAN PERAYAAN HARI KEMERDEKAAN ‘97 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
- SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU ‘98 - Penulis, Pengarah Persembahan / KKKPM & Tourism Malaysia
- TEATER The Importance Of Being Earnest (oleh Oscar Wilde) - Pengarah / Actors Studio
- MUZIKAL Puteri Gunung Ledang (muzikal) - Penulis Skrip Bersama, Penulis Lirik, Pengarah Bersama
- Iklan budi bahasa / Lelaki LRT - Arahan Yasmin Ahmad / (KEKKWA)
- Iklan penjimatan air / Pegawai Penguatkuasa Bekalan Air
- Lelaki Senyum Mesra, (KEKKWA)