Syed Danial Syed Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syed Danial bin Syed Ahmad

P.S.M; S.P.S.K; S.S.A.P; D.P.M.S; D.M.P.N; P.S.D; D.S.P.N; D.P.M.P (Perlis); P.C.M; K.M.N; P.P.M
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Memegang jawatan
10 Januari 2011
(13 tahun, 3 bulan dan 16 hari)
Raja
Perdana MenteriNajib Razak (2009-2018)
Mahathir Mohamad (2018-2020)
Muhyiddin Yassin (2020-2021)
Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Anwar Ibrahim (2022-kini)
Didahului olehEngku Ibrahim Engku Ngah
Butiran peribadi
LahirSyed Danial bin Syed Ahmad
(1944-11-30) 30 November 1944 (umur 79)
Georgetown, Pulau Pinang
KewarganegaraanMalaysia
PekerjaanPegawai Kerajaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau turut memainkan peranan penting ketika pelantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong kali kedua. [1] Tan Sri Syed Danial dilahirkan pada 30 November 1944 (14 Zulhijah 1363H) di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai, Pulau Pinang. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dan seterusnya menuntut di Universiti Malaya (BA Hons. 1967), Kuala Lumpur. Beliau telah mendapat pendidikan akhir dalam bidang akademiknya di luar negara iaitu di Universiti of Wisconsin, Madison, USA (MA.1976).

Tan Sri Syed Danial pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan (PTD) selama 32 tahun di pelbagai Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan (Mei 1967 – Disember 1999) termasuk di Sarawak, Sabah, Perak, Kedah dan Perlis. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara bermula daripada tahun 2002 hingga 2004 dan seterusnya sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006. Beliau juga dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini ialah Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dari Besut, Terengganu.

Pengumuman puasa dan hari raya[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kebiasaannya mengumumkan tarikh permulaan puasa, hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia pada setiap tahun sejak 2011 dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong telah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Pengumuman puasa diumumkan pada penghujung bulan Syaaban setiap tahun Hijrah, manakala pengumuman hari raya Aidilfitri pada 29 Ramadhan setiap tahun Hijrah serta pengumuman Hari Raya Aidiladha pada 30 Zulkaedah setiap tahun Hijrah. Pengumuman beliau itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Jawatan lain
Didahului oleh
Engku Ibrahim Engku Ngah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
2011
Pemegang jawatan kini