Tatabahasa bahasa Ido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Ido
Dicipta oleh:
Tahun: {{{tahun}}}
Set dan kegunaan: {{{set}}}
Bil. penutur: {{{bil. penutur}}}
Kategori
(tujuan):
{{{kategori1}}}
Kategori
(sumber):
{{{kategori2}}}
Dikawal oleh: Uniono por la Linguo Internaciona Ido
Kod bahasa
ISO 639-1: io
ISO 639-2: ido
ISO 639-3: ido
Nota:Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris.
Untuk rencana utama, sila lihat: Bahasa Ido

Bahasa Ido (sebutan: /idɔ/) merupakan sebuah bahasa buatan yang mula-mulanya bertujuan untuk memperbaik kelemahan bahasa Esperanto yang dianggap merupakan suatu halangan terhadap penyebaran Esperanto sebagai sebuah bahasa kedua yang mudah dibelajar. Bahasa Ido dicipta oleh L. L. Zamenhof dan termuncul buat pertama kali pada tahun 1907.


Perbandingan dengan bahasa Esperanto[sunting | sunting sumber]

Walaupun bahasa Ido merupakan salah satu daripada tiga bahasa buatan yang terbesar di dunia, bilangan penggunanya adalah jauh lebih kecil berbanding dengan bahasa Esperanto sehingga orang biasa tidak pernah mendengar tentang bahasa ini. Sebaliknya, banyak orang yang tidak mengambil peduli mempelajari bahasa Esperanto masih tahu tentang kewujudan bahasa Esperanto, matlamat-matlamatnya sebagai satu bahasa, dan mungkin juga mempunyai suatu gambaran keseluruhan mengenai ciri-ciri bahasa itu. Oleh itu, cara yang paling mudah untuk menerangkan bahasa Ido seringnya ialah untuk menunjukkan perbezaannya dengan bahasa Esperanto dengan lebih dahulu.

Ido mewarisi banyak ciri tatabahasa bahasa Esperanto dan dalam banyak kes, perbendaharaan katanya adalah sama. Ido mempunyai matlamat yang sama dengan bahasa Esperanto terhadap kesederhanaan dan ketekalan tatabahasa, sifat mudah dibelajar, dan penggunaan istilah pinjaman daripada pelbagai bahasa Eropah. Sebahagian besarnya, kedua-dua bahasa ini saling dapat difahami. Bagaimanapun, beberapa perubahan telah dibuat untuk mengatasi sebahagian daripada kebimbangan yang tertimbul mengenai bahasa Esperanto. Ini termasuk:

  • Abjad Esperanto menggunakan enam huruf bukan Latin, salah tiga daripadanya tidak dapat dijumpai dalam mana-mana satu bahasa yang wujud; oleh itu, penggunaan bahasa Esperanto dalam penaipan, emel Internet, dan kumpulan berita seringnya mengambil jalan keluar melalui penggunaan pelbagai cara untuk mewakili huruf-huruf khas itu. Ini menyebabkan perkataan yang sama disampaikan dengan pelbagai cara. Bahasa Ido mengatasi masalah ini dengan menggunakan 26 huruf Latin dan dua dwihuruf, ch (/ʧ/) dan sh (/ʃ/) sebagai ganti untuk huruf Esperanto, ĉ dan ŝ. Dwihuruf qu yang mewakili /kʷ/, umpamanya "quick" dalam Bahasa Inggeris, digunakan sebagai ganti untuk kv bahasa Esperanto. Serupa juga, gu digunakan sebagai ganti untuk gv. Ortografi Ido mempunyai sifat fonetik dari segi setiap perkataan yang ditulis mempunyai sebutan yang jelas, tetapi ia tidak mempunyai padanan satu-dengan-satu antara huruf-huruf dengan fonem-fonem yang didapati dalam bahasa Esperanto.
  • Secara amnya, bahasa Ido tidak mengenakan peraturan tatabahasa kesesuaian antara kategori-kategori tatabahasa dalam sepatah ayat kerana mempercayai bahawa peraturan itu menyulitkan tatabahasa dan adalah berlebihan dalam sebuah bahasa kedua sejagat. Misalnya, kata kerja dalam sepatah ayat tidak berubah dalam bahasa Esperanto, tanpa mengira bilangan dan nama diri pertama subjek itu. Bagaimanapun, prinsip ini tidak diperluaskan untuk adjektif dan kata nama dalam bahasa Esperanto; oleh itu, dari segi bilangan dan kasus, setiap adjektif dalam bahasa Esperanto harus secocok dengan kata nama yang diubah suainya. Sebagai contolh, grands livres (buku-buku besar) dalam bahasa Perancis mempunyai adjektif yang mengambil bentuk jamak bersama-sama dengan kata nama jamaknya. Keharusan ini tidak diperlukan, umpamanya dalam Bahasa Inggeris yang menegaskan bilangan melalui perubahan kata kerja. Bahasa Ido menghapuskan ciri ini daripada tatabahasanya.
  • Esperanto memerlukan akhiran -n untuk menunjukkan penggunaan kasus akusatif. Bahasa Ido membenarkan penggunaan ciri ini dalam keadaan-keadaan kabur di mana objek untuk sesuatu ayat tidak mengikuti subjeknya, tetapi dalam semua keadaan yang lain, kasus akusatif disingkirkan sebagai berlebihan.
  • Ido mengenakan peraturan yang tekal terhadap penggunaan akhiran untuk mengubahkan sesuatu perkataan daripada satu makna atau golongan kata kepada yang lain, dan oleh itu, memudahkan hafalan perbendaharaan kata.
  • Berbeza dengan bahasa Esperanto, bahasa Ido tidak mengandaikan jantina lelaki sebagai keingkaran untuk kata-kata perhubungan keluarga. Misalnya, bahasa Ido tidak membentukkan perkataan "kakak" melalui penambahan akhiran feminin untuk perkataan "abang", sebagaimana yang dilakukan dalam bahasa Esperanto piawai. Sebaliknya, beberapa kata dasar perhubungan keluarga ditakrifkan sebagai jantina neutral, dan dua patah akhiran yang berlainan membentukkan perkataan masculin dan feminin daripada kata dasar — frato (saudara kandung) > fratulo (abang), fratino (kakak). Dalam kes-kes yang lain, bahasa Ido mempunyai dua atau tiga patah kata dasar berbanding dengan bahasa Esperanto yang hanya mempunyai satu — genitoro (ibu atau bapa), patro (bapa), matro (ibu).
  • Perbendaharaan kata Ido cuba menggunakan kata seasal yang digunakan oleh sebanyak daripada enam bahasa sumber yang mungkin.

Bagaimanapun, bahasa Esperanto moden telah menerima beberapa pengaruh daripada bahasa Ido seperti penjelasan untuk peraturan-peraturan penerbitan kata dan akhiran seperti -oz- ("amat banyak") dan -end- ("memerlukan").

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Ido mempunyai sistem lima vokal yang tipikal seperti bahasa Esperanto (iaitu a, e, i, o, u yang mempunyai nilai IPA sendiri), dan kebanyakan konsonan yang sama, tetapi menggugurkan dua konsonan fonem yang digunakan dalam bahasa Esperanto, iaitu IPA /x/ dan /ʤ/. (Perbezaan antara /x/ : /h/ dan antara /ʤ/ : /ʒ/ mempunyai beban fungsi fonemik yang ringan dalam bahasa Esperanto, dan oleh itu telah dianggap tidak perlu dalam bahasa Ido.) Tanpa kedua-dua fonem konsonan itu, konsonan-konsonannya dalam bahasa Ido adalah seperti berikut:


  Bilabial Labio-
dental
Alveolar belakang-
gusi
Palatal Velar Glotis
Plosif p b   t d     k g  
Sengau   m     n        
Kibasan       ɾ        
Frikatif   f v s z ʃ ʒ     h  
Afrikat     ʦ   ʧ        
Penggeseran sisan       l        
Penggeseran           j    


Peraturan aksen dalam bahasa Ido adalah tetap, tetapi adalah lebih rumit sedikit daripada bahasa Esperanto: semua perkataan yang bersuku banyak diberikan tekanan pada suku kata kedua yang terakhir, kecuali untuk kata kerja infinitif yang diberikan tekanan pada suku kata yang terakhir — skona, kafeo dan lernas untuk "sekolah", "kopi" dan "belajar", tetapi irar, savar, dan drinkar untuk "pergi", "tahu", dan "minum".

Tatabahasa[sunting | sunting sumber]

Setiap perkataan dalam perbendaharaan kata Ido dibentuk daripada kata akar. Setiap perkataan terdiri daripada satu kata akar dan satu penghujung tatabahasa. Perkataan-perkataan yang lain boleh dicipta daripada perkataan itu melalui pembuangan penghujung tatabahasa dan penambahan penghujung yang baru, atau penyisipan imbuhan antara kata akar dengan penghujung tatabahasa. Serupa dengan bahasa Esperanto, bahasa Ido mempunyai tatabahasa yang tidak berubah; tidak terdapatnya pengecualian dalam bahasa Ido seperti yang sering ditemui dalam bahasa-bahasa semula jadi.

Yang berikut merupakan sebilangan daripada penghujung tatabahasa bahasa Ido:


Bentuk tatabahasa Ido Esperanto Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Kata nama mufrad -o (libro) -o libro book buku
Kata nama jamak -i (libri) -oj (libroj) books buku-buku
Adjektif -a (varma) -a (varma) warm hangat
Adverb -e (varme) -e (varme) warmly dengan hangat
Infinitif kala kini -ar (irar) -i (iri) to go pergi
Infinitif kala lampau -ir (irir) Tidak berkenaan to have gone sudah pergi
Infinitif kala depan -or (iror) Tidak berkenaan to be going to go akan pergi
Kala kini -as (iras) -as (iras) go, goes pergi
Kala lampau -is (iris) -is (iris) went sudah pergi
Kala depan -os (iros) -os (iros) will go akan pergi
Imperatif -ez (irez) -u (iru) go! pergi!
Bersyarat -us (irus) -us (irus) would go mungkin akan pergi


Yang tertulis di atas adalah sama dengan bahasa Esperanto, kecuali -i, -ir/-ar/-or dan -ez. Bahasa Esperanto:

  • menandakan kata nama jamak dengan penghujung aglutinatif -j (oleh itu, kata nama jamak berakhir dengan -oj);
  • menggunakan -i untuk infinitif kata kerja (infinitif bahasa Esperanto tidak mempunyai kala); dan
  • menggunakan -u untuk bentuk imperatif.

Kata kerja dalam bahasa Ido tidak berkonjugat berdasarkan orang, bilangan atau jantina; penghujung -as, -is, dan -os adalah mencukupi, baik subjeknya ialah saya, anda, dia, mereka, mahupun, apa-apa jua.

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, susunan perkataan Ido adalah sama dengan bahasa Inggeris (subjek kata kerja objek). Oleh itu, ayat Me havas la blua libro adalah sama dengan ayat bahasa Inggeris, "I have the blue book" (Saya ada sebuah buku biru), dari segi makna serta susunan perkataan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan:

  • Adjektif boleh ditulis di hadapan kata kata, atau selepasnya, seperti dalam bahasa Perancis. Oleh itu, Me havas la libro blua juga dibenarkan.
  • Ido mempunyai akhiran akusatif -n yang tidak wajib, dan yang digunakan apabila objek untuk ayat itu tidak jelas, ataupun digunakan untuk mengubahkan susunan perkataan, jika dikehendaki. La blua libron me havas merupakan lagi satu cara yang boleh diterima untuk mengatakan perkara yang sama.

Penidakan boleh dibuat dalam bahasa Ido melalui penggunaan imbuhan ne di hadapan kata kerja: Me ne havas libro bermakna "Saya tidak ada buku". Ini juga tidak berubah, dan oleh itu, "Saya tidak", "Dia tidak", dan "Mereka tidak" sebelum kata kerja dengan mudahnya menjadi Me ne, Il ne, dan Li ne. Dengan cara yang sama, ayat negatif untuk kala lampau dan kala depan dibentukkan dengan ne di hadapan kata kerja konjugat. "Saya tidak akan pergi" dan "Saya tidak pergi" masing-masing menjadi Me ne iros and Me ne iris.

Soalan ya/tidak dibentukkan melalui partikel ka di hadapan soalan. "Saya ada sebuah buku" (me havas libro) menjadi Ka me havas libro? (Adakah saya mempunyai buku?). Ka juga boleh diletakkan di hadapan kata nama tanpa kata kerja untuk mencipta sepatah ayat yang mudah, secocok dengan "ya kah?" dalam bahasa Melayu. Ka Mark? boleh bermakna "Adakah anda Mark?", "Adakah dia Mark?", "Adakah anda bermaksud Mark?", bergantung kepada konteksnya.

Kata ganti diri[sunting | sunting sumber]

Kata ganti diri bahasa Ido telah disemak untuk membezakan bunyinya daripada bahasa Esperanto yang selalu mengakhiri dengan i. Oleh sebab kata ganti diri pertama tunggal dan jamak, mi and ni, amat sukar untuk membezakan di dalam persekitaran yang bising, bahasa Ido menggunakan me and ni sebagai ganti.

Bahasa Ido juga membezakan kata ganti diri kedua tunggal antara tu untuk perhubungan rapat dengan vu untuk kegunaan formal, serta kata ganti diri kedua jamak vi yang tidak digunakan untuk perhubungan rapat. Sebagai tambahan untuk kata ganti diri ketiga:

  • il untuk lelaki;
  • el untuk perempuan; dan
  • ol untuk bentuk neutral

bahasa Ido juga mempunyai lu, kata ganti diri ketiga tanpa jantina, yang boleh digunakan untuk lelaki, perempuan, atau apa jua sahaja, bergantung kepada konteksnya.


Kata ganti diri
  Tunggal Jamak Tak tentu
Pertama Kedua Ketiga Pertama Kedua Ketiga
Hubungan rapat Formal Lelaki Puan Neutral Semua jantina Lelaki Puan Neutral Semua jantina
Inggeris I thou¹ you¹ he she it he/it we you       they one
Melayu saya awak anda dia dia - dia/tiada kami kamu       mereka satu
Esperanto mi ci¹ vi¹ li ŝi ĝi ĝi² ni vi       ili oni
Ido me tu vu il(u) el(u) ol(u) lu ni vi ili eli oli li on(u)

¹ Walaupun ci dan thou masing-masing merupakan bentuk yang biasa dalam bahasa Esperanto dan bahasa Inggeris, kedua-dua perkataan itu hampir tidak digunakan. Hasil daripada carian Google menunjukkan bahawa tu adalah sedikit kurang biasa sahaja berbanding penggunaan vu dalam bahasa Ido, tetapi ci hanya digunakan untuk kurang daripada satu peratus kali berbanding vi dalam bahasa Esperanto. Pencipta bahasa Esperanto sendiri tidak memasukkan kata ganti diri itu dalam buku bahasa Esperantonya yang pertama, dan kemudian berbuat demikian hanya dengan keberatan; kemudian, beliau mengesyorkan bahawa ci harus tidak digunakan kerana pelbagai kebudayaan mempunyai tradisi yang bercanggah terhadap penggunaan bentuk kata ganti diri kedua yang tidak formal, dan oleh itu, sebuah bahasa sejagat harus mengelakkan masalah itu melalui penggunaan bentuk formal dalam semua keadaan. Berbeza dengan sebilangan bahasa yang menggunakan kata ganti diri kedua yang formal, vi tidak ditulis dengan huruf besar. [1]

² Walaupun tiu bukannya kata ganti diri, perkataan ini biasanya digunakan dalam keadaan ini, kerana banyak orang menghadapi masalah dalam penggunaan "it" untuk manusia.

Harus diperhatikan bahawa ol, serupa dengan perkataan bahasa Inggeris, it, dan perkataan bahasa Esperanto, ĝi, tidak dihadkan kepada benda-benda tidak bernyawa, tetapi boleh digunakan "untuk entiti-entiti yang tidak tentu jantinanya: bayi, kanak-kanak, manusia, remaja, orang tua, orang, individu, kuda, lembu, kucing, dll."

Lu sering disalah anggap sebagai kata ganti diri genus bebas, iaitu perkataan untuk merujuk kepada lelaki dan perempuan, tetapi sebenarnya, lu merupakan kata ganti diri untuk semua jantina kerana perkataan itu sering digunakan untuk merujuk kepada benda-benda tidak bernyawa. Petikan daripada Kompleta Gramatiko Detaloza di la Linguo Internaciona Ido oleh Beaufront adalah seperti berikut:

Lu (seperti li) digunakan untuk ketiga-tiga jantina. Bahawa lu digunakan untuk tiga jantina dalam bentuk tunggal dengan bebas pada dirinya bukan sesuatu yang lebih menghairankan berbanding penggunaan li untuk tiga jantina dalam bentuk jamak dengan bebas... Susulan daripada keputusan (1558), Akademi Ido menolak setiap sekatan terhadap penggunaan lu. Seseorang boleh menggunakan kata ganti diri itu untuk sesuatu benda serta untuk orang yang mempunyai jantina yang diketahui dengan cara yang benar-benar sama dengan penggunaannya untuk haiwan yang mempunyai jantina yang tidak dapat ditentukan serta untuk kata nama orang yang tidak mempunyai jantina, umpamanya, bayi, kanak-kanak, manusia, dll. Perkataan-perkataan tersebut adalah sama benar, baik untuk jantina lelaki mahupun jantina perempuan.

Alasan untuk keputusan ini diberikan dalam "Mondo", XI, 68: Lu untuk bentuk tunggal adalah benar-benar sama dengan penggunaan li untuk bentuk jamak. Logik, simetri dan sifat mudahnya memerlukan ini. Oleh itu, serupa dengan li yang boleh digunakan untuk orang-orang, binatang-binatang, dan benda-benda ketika penyataan jantinanya tidak diwajibkan, lu juga boleh digunakan untuk orang, binatang, dan benda dalam keadaan yang sama. Perbezaan yang dicadangkan merupakan suatu ketakketaraan yang hanya menyusahkan...

Perbendaharaan kata[sunting | sunting sumber]

Perbendaharaan kata Ido diasaskan daripada perkataan-perkataan yang bertujuan semata-mata untuk memudahkan sebanyak penutur yang mungkin. Pada permulaannnya, melebihi 5,000 kata dasar pertamanya dianalisis dan dibandingkan dengan perbendaharaan kata Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Rusia, dan Itali. Hasilnya adalah seperti berikut[2]:


Bilangan
Bahasa sumber Kata dasar Peratus kata dasar
6 2,024  38%
5   942  17%
4 1,111  21%
3   585  11%
2   454   8%
1   255   5%
Jumlah 5,371 100%


Selain itu, perbandingan perbendaraan bahasa Ido dengan keenam-enam bahasa sumber itu menunjukkan persamaan yang berikut:


Bilangan
Bahasa sumber Kata dasar Peratus kata dasar
Perancis 4,880 91%
Itali 4,454 83%
Sepanyol 4,237 79%
Inggeris 4,219 79%
Jerman 3,302 61%
Rusia 2,821 52%


Ini adalah tekal dengan fakta bahawa bahasa Ido kekadang disalah anggap sebagai bahasa Perancis, Itali atau Sepanyol pada pandang pertama. Perbandingan perbendaharaan kata dengan enam buah bahasa tersebut adalah seperti berikut:


Ido Inggeris Itali     Perancis     Jerman Rusia     Sepanyol    
bona good ("bonus") buono bon gut ("Bonus")   khoroshiy (dobriy)   bueno
donar give ("donor") dare ("donare") donner geben darit dar, donar
filtrar filter filtrare filtrer filtern filtrovat filtrar
    gardeno     garden giardino jardin Garten ogorod jardín
kavalo   horse ("cavalry")   cavallo cheval   Pferd ("Kavallerie")   kon caballo
maro sea ("marine") mare mer Meer more mar
naciono nation nazione nation Nation natsija nación
studiar study studiare étudier studieren izuchat estudiar
yuna young   giovane ("junior")   jeune jung molodoy (yuniy) joven


Perbendaharaan kata Ido sering dicipta melalui sebilangan awalan dan akhiran rasmi yang menukarkan makna perkataan itu. Ini membenarkan seorang pengguna untuk mencipta perkataan baru daripada perkataan yang sedia ada, dan membenarkan julat ungkapan yang luas tanpa keperluan untuk membelajari perbendaharaan kata yang baru. Beberapa contohnya adalah seperti berikut:

  • Akhiran diminutif -et-: Domo (rumah) menjadi dometo (kotej), dan libro (buku) menjadi libreto (novelet atau cerpen).
  • Akhiran pejoratif -ach-: Domo menjadi domacho (kediaman yang kotor dan tidak sempurna), dan libro menjadi libracho (kerja yang kurang bermutu, fiksyen picisan, dll.)
  • Awalan retro-, membayangkan keterbalikannya: Irar (pergi) menjadi retroirar (berundur, ke belakang) dan venar menjadi retrovenar (kembali).

Secara amnya, perbendaharaan kata yang baru dicipta melalui penganalisisan perkataan dan etimologinya, serta rujukan kepada enam buah bahasa sumber. Jika sepatah perkataan boleh dicipta daripada perbendaharaan kata yang sedia ada, perkataan itu akan digunakan tanpa keperluan untuk mencipta radikal yang baru (umpamanya, wikipedio untuk wikipedia yang terdiri daripada wiki + enciklopedio untuk ensiklopedia), dan jika tidak, perkataan baru akan dicipta. Umpamanya, perkataan alternatoro telah digunakan pada tahun 1926, mungkin disebabkan bahawa lima daripada enam buah bahasa sumbernya menggunakan ortografi yang sama untuk perkataan itu, dan juga kerana perkataan itu cukup panjang untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan perkataan yang lain dalam perbendaharaan katanya yang sedia ada.[3]

Penerimaan sesuatu perkataan dibuat melalui sepersetujuan, dan selepas itu, perkataan itu diterima secara rasmi oleh kesatuannya. Perhatian juga diambil untuk mengelakkan homonim, jika boleh, dan biasanya, sesuatu perkataan yang baru akan dibincangkan lebih dahulu sebelum diterima. Perkataan asing yang mempunyai makna yang terhad, dan mungkin jarang digunakan dalam kehidupan harian (umpamanya, intifada untuk merujuk kepada pertempuran antara Israel dan Palestin) diambil tanpa sebarang perubahan, dan sering ditulis dengan huruf condong.

Contoh-contoh bahasa[sunting | sunting sumber]

La Princeto (Putera Kecil)[sunting | sunting sumber]

Bab 17 untuk Putera Kecil (The Little Prince); perbualan antara Putera Kecil dengan ular sewaktu ketibaannya ke Bumi. Tajuk versi bahasa Ido ialah La Princeto.


CHAPITRO XVII

(...)
–Bona nokto ! –dicis la surprizata princeto.
–Bona nokto ! –dicis la serpento.
–Adsur qua planeto me falis ? –questionis la princeto.
–Adsur Tero, sur Afrika. –respondis la serpento.
–Ha !... Kad esas nulu sur Tero ?
–To esas la dezerto, e nulu esas sur la dezerti. Tero esas tre granda –dicis la serpento.
La princeto sideskis sur stono e levis lua okuli a la cielo.
–Me questionas a me –lu dicis- ka la steli intence brilas por ke uladie singlu povez trovar sua stelo. Videz mea planeto, olu esas exakte super ni... ma tre fore !
–Olu esas bela planeto –dicis la serpento-. Por quo vu venis adhike ?
–Esas chagreneto inter floro e me –dicis la princeto.
–Ha ! –dicis la serpento.
E la du permanis silence.
–Ube esas la personi ? –klamis fine la princeto-. Onu esas kelke sola sur la dezerto...
–Inter la personi onu anke esas sola –dicis la serpento.
La princeto regardis la serpento longatempe.
–Vu esas stranja animalo ! –dicis la princeto-. Vu esas tam tenua kam fingro...
–Yes, ma me esas plu potenta kam fingro di rejo –dicis la serpento.
La princeto ridetis.
–Me ne kredas ke vu esas tre potenta, mem vu ne havas pedi... nek vu povas voyajar...
–Me povas transportar vu plu fore kam navo -dicis la serpento.
Ed olu spulis la maleolo di la princeto, same kam ora braceleto.
–Ta quan me tushas retroiras a la tero deube lu venis. Ma vu esas pura e vu venas de stelo...
La princeto nulon respondis.
–Me kompatas vu, qua esas tante sola sur ta harda granita Tero. Me povas helpar vu se vu sentas nostalgio a vua planeto. Me povas...
–Ho ! –dicis la princeto-. Me bone komprenis, ma pro quo vu sempre parolas enigmatoze ?
–Me solvas omna enigmati –dicis la serpento.
E la du permanis silence.
Averto lektenda
La verko La princeto licencesas sub Creative Commons License, http://creativecommons.org/licenses/by-nc/2.0/legalcode
Autoro.- Fernando Tejón, krayono@yahoo.es
Ret-pagino.- https://web.archive.org/web/20060307234629/http://es.geocities.com/idohispania/laprinceto/laprinceto.html

Mea vido-cirklo (horizonto)[sunting | sunting sumber]

Terjemahan lagu oleh penyair Rusia, Alexandr Sukhanov, daripada rangkap-rangkap oleh pemuisi Rusia, Yunna Morits.
(dengar)

Me nule savas la Angla, la Franca, la Greka,
Mea vid-cirklo do restas sat mikra e streta -
En mea vid-cirklo trovesas nur flori, arbori,
Nur tero e maro, aero, fairo, amoro.
Me nule savas la Dana e la Portugala,
Mea vid-cirklo restas sat infantala -
Nur joyi rapide pasant', bruligiva aflikto,
Nur esperi, e timi noktal' es en mea vid-cirklo.
Me savas nek la Sanskrito e nek la Latina,
Mea vid-cirklo es ancien-mod' quale tino
Nur morto e nasko homala, nur grani ed astri
Aden mea vid-cirklo penetras e standas sat mastre.
Mea savo artala esas fakultativa.
Mea vid-cirklo restas presk' primitiva -
En olu es nia afero intima, interna
Por ke kun homaro la Tero flugadez eterne.
Mea vid-cirklon restriktas nur timi, esperi,
En olu trovesas nur amo, nur maro e tero.
Aden mea vid-cirklo penetras e standas sat mastre
Nur morto e nasko homala, nur grani ed astri.
  1. ^ Eventoj, no. 103, ISSN 01215-959 X. Ci estas senvalora balasto (Ci ialah balast yang tidak berguna). 1996. Boleh didapati daripada http://www.eventoj.hu/arkivo/eve-103.htm
  2. ^ L. H. Dyer. "The Problem of an International Auxiliary Language and its Solution in Ido", pp. 101-124 [1], 1923.
  3. ^ Lexiko di nova vorti (leksikon untuk perkataan baru), boleh didapati di https://web.archive.org/web/20010427131843/http://www.geocities.com/Athens/Forum/5037/nova.html