Templat:PengenalanLamanUtama/A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana pilihan


Layar poster bagi filem Terbaik dari Langit

Terbaik dari Langit (bahasa Inggeris: Nova) merupakan sebuah filem yang bercorak kembara / sci-fi / fantasi dan komedi-drama yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha serta menampilkan Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014.

Filem ini merupakan filem terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

Gambar pilihan


Padang rumput
Padang rumput
Padang rumput

Pokok rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya dihapuskan dengan kaedah kawalan rumpai. Namun dalam bidang penternakan, rumpai dijadikan makanan haiwan ternakan terutama lembu, kambing dan biri-biri.

Gambar pilihan sebelum ini: Bunga Siti ZubaidahHarimau SiberiaNebula Mata Kucing

Peristiwa hari ini


26 April: Hari Harta Intelek Sedunia

Loji Kuasa Nuklear Chernobyl

Hari-hari sebelum: 25 April24 April23 April

Tahukah anda?


Defibrilator luaran automatik
Defibrilator luaran automatik
  • "... bahawa defibrilator luaran automatik direka khas bagi orang awam?"
  • "... bahawa lukisan gua bukan hanya untuk hiasan tempat tinggal?"
  • "... bahawa selepas jangka hayat berguna kereta konsep berakhir, ia selalunya dimusnahkan?"
  • "... bahawa pengesahan dan penentusahan adalah komponen kritikal bagi sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9000"
  • "... bahawa lembangan bertindak sebagai corong dengan mengumpulkan semua air di dalam kawasan terbabit dan menyalurkannya ke satu titik tunggal?"