Thomas Doll

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thomas Doll
Tomas Doll – Tag der Legenden 2016 01.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhThomas Jens Uwe Doll[1]
Tarikh lahir (1966-04-09) 9 April 1966 (umur 53)
Tempat lahirMalchin, Mecklenburg-Vorpommern,
Jerman Timur
Ketinggian1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniFerencváros (pengurus)
Kerjaya remaja
1972–1979BSG Lokomotiv Malchin
1979–1983Hansa Rostock
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1983–1986Hansa Rostock47(4)
1986–1990Berliner FC Dynamo99(39)
1990–1991Hamburger SV33(4)
1991–1994Lazio64(9)
1994–1996Eintracht Frankfurt28(4)
1996–1998Bari45(4)
1998–2001Hamburger SV41(0)
Jumlah357(64)
Pasukan kebangsaan
1986–1990Jerman Timur29(7)
1986–1988Olimpik Jerman Timur14(2)
1991–1993Jerman18(1)
Pasukan diurus
2001–2002Hamburger SV U19
2002–2004Hamburger SV II
2004–2007Hamburger SV
2007–2008Borussia Dortmund
2009–2010Gençlerbirliği
2011–2012Al-Hilal
2013–Ferencváros
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Thomas Jens Uwe Doll (lahir 9 April 1966) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman dan kini menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan Ferencváros.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Doll memulakan kariernya bersama kelab tempatan, BSG Lokomotiv Malchin sebelum sertai kelab divisyen pertama Jerman Timur (DDR-Oberliga), Hansa Rostock. Pada tahun 1986, beliau melakukan perpindahan ke Berliner FC Dynamo, antara kelab gergasi negara itu. Beliau meraih dua gelaran liga pada tahun 1987 dan 1988 dan beliau turut dapat beraksi buat kali pertama di Piala Eropah.

Selepas penyatuan Jerman, Doll menjadi salah satu pemain yang dicari-cari dari negara bekas Jerman Timur. Beliau bersama rakan sepasukannya di Dynamo, Frank Rohde sertai Hamburger SV pada tahun 1990. Selepas satu musim di situ, beliau berpindah ke Lazio dengan kos perpindahan sebanyak 15 juta DM. Beliau beraksi di Lazio selama tiga tahun sebelum kembali ke Jerman pada tahun 1994 untuk sertai Eintracht Frankfurt. Namun disebabkan kecederaan, beliau hanya tampil dalam 28 kemunculan selama tiga musim bersama Eintracht. Selepas setahun di Bari, beliau kembali semula ke Hamburger pada tahun 1998. Beliau kekal selama tiga musim tetapi disebabkan dilanda kecederaan, beliau melakukan persaraan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Di peringkat antarabangsa, Doll mewakili Jerman Timur (29 kaps bersama tujuh gol) dan Jerman (18 kaps dan satu gol). Penampilan antarabangsa terakhirnya ialah pada tahun 1993. Beliau sebahagian daripada pasukan kebangsaan Jerman ke Euro 1992 di mana pasukannya dinobatkan sebagai naib juara.

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Berikutan persaraannya, beliau menjadi sebahagian daripada kakitangan jurulatih Hamburg dari tahun 2002 sebelum dilantik menjadi pengurus pasukan pada tahun 2004.

Pada awal kendaliannya di Hamburg, beliau menyelamatkan Hamburg daripada berdepan penyingkiran dan memenangi Piala Intertoto. Pada musim 2005-06, beliau membimbing Hamburg menduduki tempat ketiga Bundesliga sekali gus mendapat tempat ke Liga Juara-Juara. Pada musim seterusnya, prestasi pasukan sedikit merudum apabila prestasi Hamburg di Liga Juara-Juara berkhir di pusingan pertama dan pasukannya menduduki tangga tercorot liga pada pertengahan musim. Doll dipecat pada 1 Februari 2007.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2008, Doll meletak jawatan sebagai jurulatih Borussia Dortmund selepas pasukannya menamatkan musim di Bundesliga di tempat ke-13.

Gençlerbirliği[sunting | sunting sumber]

Doll setuju untuk menjadi jurulatih Gençlerbirliği SK dan menandatangani kontrak dua tahun.

Al-Hilal[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 2011, beliau dilantik untuk mengendali juara liga Arab Saudi, Al-Hilal tetapi dipecat pada 22 Januari 2012.

Ferencváros[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi ketua jurulatih kelab Hungary, Ferencváros pada 18 Disember 2013. Pada 20 Mei 2015, Ferencváros menewaskan Videoton 4–0 di Groupama Arena pada perlawanan akhir Magyar Kupa 2014–15.

Doll membimbing Ferencváros untuk meraih gelaran Nemzeti Bajnokság I ke-29 pada 2 April 2016 selepas menewaskan Debreceni VSC. Selepas merangkul kejuaraan liga, Doll telah membolot kesemua gelaran kejohanan bola sepak di Hungary.[2]

Doll turut memperoleh anugerah Jurulatih Terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Hungary pada tahun 2016.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 10 Disember 2016
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Hamburger SV II 29 Disember 2002 17 Oktober 2004 &&&&&&&&&&&&&079.&&&&&079 &&&&&&&&&&&&&029.&&&&&029 &&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&036.71000036.71
Hamburger SV 17 Oktober 2004 1 Februari 2007 &&&&&&&&&&&&0111.&&&&&0111 &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&047.75000047.75
Borussia Dortmund 13 Mac 2007 19 Mei 2008 &&&&&&&&&&&&&049.&&&&&049 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&040.82000040.82
Gençlerbirliği 1 Julai 2009 17 Oktober 2010 &&&&&&&&&&&&&043.&&&&&043 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&041.86000041.86
Al-Hilal 22 Julai 2011 22 Januari 2012 &&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&066.67000066.67
Ferencváros 18 Disember 2013 Kini &&&&&&&&&&&&0145.&&&&&0145 &&&&&&&&&&&&&089.&&&&&089 &&&&&&&&&&&&&032.&&&&&032 &&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024 &&&&&&&&&&&&&061.38000061.38
Jumlah &&&&&&&&&&&&0445.&&&&&0445 &&&&&&&&&&&&0221.&&&&&0221 &&&&&&&&&&&&0106.&&&&&0106 &&&&&&&&&&&&0118.&&&&&0118 &&&&&&&&&&&&&049.66000049.66

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Doll telah mempunyai dua anak perempuan. Salah satu anaknya ialah hasil perkahwinan bersama isterinya, Roberta yang berasal dari Itali. Manakala bekas isterinya kini berkahwin bersama bekas pemain bola sepak, Olaf Bodden.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
 Jerman Timur
1
3 Jun 1987 Reykjavík, Iceland  Iceland
0–3
0–6
Kelayakan Euro 1988
2
23 September 1987 Gera, Jerman Timur  Tunisia
2–0
2–0
Persahabatan
3
6 September 1989 Reykjavík, Iceland  Iceland
0–3
0–3
Kelayakan Piala Dunia 1990
4
25 Oktober 1989 Valletta, Malta  Malta
0–1
0–4
Persahabatan
5
0–2
6
25 April 1990 Glasgow, Scotland  Scotland
0–1
0–1
7
13 Mei 1990 Rio de Janeiro, Brazil  Brazil
1–1
3–3
 Jerman
1
16 Oktober 1991 Nuremberg, Jerman  Wales
4–0
4–1
Kelayakan Euro 1992

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Ferencváros

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Jurulatih Terbaik Hungary: 2016

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="Ferencvárosi TC"
  2. ^ Watson-Broughton, Matthew (2 April 2016). "Ferencváros crowned Hungarian champions". UEFA.com. Dicapai 5 April 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Ferencvárosi TC