Stefan Effenberg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stefan Effenberg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1968-08-02) 2 Ogos 1968 (umur 50)
Tempat lahirHamburg, Jerman Barat
Ketinggian1.88 m (6 ft 2 in)
Posisi permainanPemain tengah
Kerjaya remaja
0–1974Bramfelder SV
1974–1986Victoria Hamburg
1986–1987Borussia M'gladbach
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1987–1990Borussia M'gladbach73(10)
1990–1992Bayern Munich65(19)
1992–1994Fiorentina56(12)
1994–1998Borussia M'gladbach118(23)
1998–2002Bayern Munich95(16)
2002–2003VfL Wolfsburg19(3)
2003–2004Al-Arabi15(4)
Jumlah431(87)
Pasukan kebangsaan
1988–1990Jerman Barat B215(1)
1991–1998Jerman35(5)
Pasukan diurus
2015–2016SC Paderborn
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Stefan Effenberg (Sebutan bahasa Jerman: [ˈʃtɛfan ˈɛfəmbɛɐ̯k]; lahir 2 Ogos 1968) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Sepanjang kariernya, beliau bermain di posisi pemain tengah.

Effenberg pernah beraksi untuk kelab Borussia Mönchengladbach, Bayern Munich, Fiorentina, VfL Wolfsburg dan Al-Arabi. Di samping itu, beliau mewakili pasukan kebangsaan Jerman di satu edisi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah. Beliau turut digelar sebagai, Der Tiger [dɛɐ̯ ˈtiːɡɐ] ("the Tiger").

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Effenberg dilahirkan dan dibesarkan di Niendorf pada 2 Ogos 1968. Beliau mula memulakan karier profesionalnya ketika bersama kelab Borussia Mönchengladbach. Beliau seterusnya melakukan perpindahan ke kelab gergasi Bundesliga, FC Bayern Munich. Di Bayern, Effenberg menjaringkan 19 gol sepanjang tempohnya di kelab itu[1] walaupun kelab Jerman itu gagal untuk meraih sebarang kejuaraan sepanjang Effenberg diletakkan di kesebalasan utama.

Apabila pemain legenda Lothar Matthäus pulang ke Bayern pada 1992, Effenberg berpindah ke kelab Serie A, ACF Fiorentina. Walaupun Fiorentina dibarisi pemain berbakat Denmark, Brian Laudrup dan tonggak utama pasukan Gabriel Batistuta, Fiorentina berdepan penyingkiran dari Serie A pada musim pertama Effenberg di kelab Florence itu.

Effenberg kemudian berpindah semula ke Gladbach apabila beliau tampil dalam 118 perlawanan liga dan menjaringkan 23 gol sebelum Bayern membawa masuk semula Effenberg pada tahun 1998. Tempoh kedua Effenberg bersama kelab Bavaria itu dilihat lebih cemerlang. Beliau merangkul tiga kejuaraan Bundesliga berturut-turut dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas 1-2 kepada Manchester United pada tahun 1999. Namun, apabila Bayern melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sekali lagi pada tahun 2001, Effenberg selaku kapten pasukan mengetuai pasukan Bayern menentang Valencia. Perlawanan berkesudahan Bayern menang 5-4 menerusi tendangan penalti selepas terikat seri 1-1. Selepas perlawanan itu, Effenberg dinamakan Pemain Paling Berharga untuk aksi Liga Juara-Juara musim tersebut..[2] Selepas pemergiannya, penyokong kelab mengundi Effenberg sebagai salah satu daripada sebelas pemain Bayern terhebat sepanjang masa.[3]

Selepas menempuh tempoh yang singkat di VfL Wolfsburg,[4] Effenberg menamatkan kariernya di Qatar bersama kelab Al-Arabi Sports Club.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Effenberg beraksi dalam 35 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman dan menjaringkan lima gol. Penampilan sulungnya untuk pasukan Jerman pada 5 Jun 1991 pada aksi kelayakan UEFA Euro 1992 menentang Wales. Beliau seterusnya dimasukkan ke dalam skuad UEFA Euro 1992 dan beliau menjaringkan gol pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Scotland yang berkesudahan Jerman menang 2-0.

Pada aksi peringkat kumpulan menentang Korea Selatan pada kejohanan Piala Dunia 1994, Effenberg menunjukkan simbol jari hantu terhadap penyokong Jerman di Cotton Bowl di Dallas.[5] Akibat insiden itu, jurulatih Jerman Berti Vogts berasa marah lalu mengumumkan Effenberg serta merta akan menamatkan karier antarabangsanya.[6][7]

Effenberg tidak tampil pada mana-mana perlawanan antarabangsa sehinggalah tahun 1998 apabila beliau dipanggil oleh pasukan kebangsaan di bawah pengurus Erich Ribbeck yang menggantikan Vogts untuk menjawat jawatan ketua jurulatih Jerman.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1991 4 0
1992 12 2
1993 11 3
1994 6 0
1995 0 0
1996 0 0
1997 0 0
1998 2 0
Jumlah 35 5

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Jun 1992 Norrköping, Sweden  Scotland
2–0
2–0
UEFA Euro 1992
2
9 September 1992 Copenhagen, Denmark  Denmark
1–2
1–2
Persahabatan
3
14 April 1993 Bochum, Jerman  Ghana
2–1
6–1
4
4–1
5
19 Jun 1993 Detroit, Amerika Syarikat  England
1–0
2–1
Piala A.S.

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Effenberg dilantik menjadi ketua jurulatih SC Paderborn pada 13 Oktober 2015. Beliau telah dipecat pada 3 Mac 2016.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich
Fiorentina
Borussia Mönchengladbach

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arnhold, Matthias (2 September 2015). "Stefan Effenberg - Matches and Goals in Bundesliga". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai 9 September 2015. 
  2. ^ "2000/01: Kahn saves day for Bayern". UEFA.com. Dicapai 2 April 2011. 
  3. ^ "Fans name greatest Reds of all time". FC Bayern. 1 June 2005. Dicapai 9 February 2010. 
  4. ^ "Effenberg quits Wolfsburg with immediate effect". ABC News. 3 April 2003. Dicapai 2 April 2011. 
  5. ^ "Stefan Effenberg". 123Football. Dicapai 2 April 2011. 
  6. ^ "Doing it his own way". China Daily. 15 May 2003. Dicapai 2 April 2011. 
  7. ^ "Effenberg's day of shame". UEFA.com. 24 June 2002. Dicapai 2 April 2011. 
  8. ^ FIFA XI´s Matches - Full Info

Pautan luar[sunting | sunting sumber]