Jürgen Kohler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jürgen Kohler
Jürgen Kohler 2005.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Jürgen Kohler
Tarikh lahir (1965-10-06) 6 Oktober 1965 (umur 55)
Tempat lahir Lambsheim, Jerman Barat
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
SC Hauenstein (pengurus)
Kerjaya remaja
1975–1981 TB Jahn Lambsheim
1982–1983 SV Waldhof Mannheim
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1983–1987 SV Waldhof Mannheim 95 (6)
1987–1989 Köln 57 (2)
1989–1991 Bayern Munich 55 (6)
1991–1995 Juventus 102 (8)
1995–2002 Borussia Dortmund 191 (14)
Jumlah 500 (36)
Pasukan kebangsaan
1983–1984 Jerman Barat B18 8 (1)
1985–1987 Jerman Barat B21 11 (0)
1986–1998 Jerman 105 (2)
Pasukan diurus
2002–2003 Jerman B21
2005–2006 MSV Duisburg
2008 VfR Aalen
2012 Bonner SC U-19
2013–2015 SpVgg EGC Wirges
2015– SC Hauenstein
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Jürgen Kohler (lahir 6 Oktober 1965) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan dan kini menjawat jawatan sebagai jurulatih bagi kelab Rheinlandliga, SpVgg EGC Wirges.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kariernya, beliau beraksi kira-kira 500 perlawanan liga sebagai seorang pertahanan terutamanya di posisi bek tengah.

Kohler memulakan kariernya di Waldhof Mannheim dan beliau melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada April 1984 ketika menentang Kaiserslautern pada April 1984. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan menentang FC Schalke 04 pada 26 Januari 1995. Selepas dua tahun di 1. FC Köln, beliau berpindah ke Bayern Munich dan beliau meraih kejuaraan Bundesliga pada musim pertamanya bersama kelab Bavaria itu. Pada tahun 1991, Kohler melakukan perpindahan ke Juventus. Selepas memenangi anugerah Pemain Asing Terbaik Serie A pada tahun 1992,[1] beliau menjadi sebahagian daripada pasukan Juventus yang menjulang trofi Piala UEFA setahun kemudian menentang Borussia Dortmund selain turut meraih "Scudetto" dan Coppa Italia pada musim 1994-95.[2]

Beliau kembali ke Jerman untuk beraksi bersama Dortmund pada tahun 1995. Setahun kemudian, Kohler meraih kejuaraan liga dan membantu kelab melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1997. Kohler berhadapan kelab lamanya, Juventus pada aksi final tersebut dan akhirnya Dortmund merangkul kejuaraan berprestij Eropah iatu buat pertama kali. Berikutan kejayaan ini, Kohler dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman pada 1997. Pada musim 2001-02 iaitu musim terakhir dalam karier profesionalnya, Kohler merangkul kejuaraan liga buat kali ktiga bersama Dortmund dan melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA.[3]

Pada perlawanan terakhir dalam kariernya iaitu perlawanan akhir Piala UEFA menentang Feyenoord, Kohler dibuang padang selepas melakukan faul terhadap Jon Dahl Tomasson pada minit ke-31. Perlawanan tersebut berkesudahan Dortmund tewas 3–2.

Di peringkat antarabangsa, Kohler telah melakukan 105 penampilan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Jerman. Di samping itu, beliau turut mewakili negara tanah airnya ke tiga edisi Piala Dunia dan tiga edisi Kejohanan Eropah. Bersama pasukan Jerman, beliau memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996.[4]

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan kariernya, beliau menjadi jurulatih pasukan bawah-21 Jerman dan seterusnya menjadi pengarah sukan Bayer Leverkusen pada 31 Mac 2003 sebelum mengundurkan diri daripada jawatan tersebut pada 29 Jun 2004.

Pada 17 Disember 2005, beliau dilantik menjadi jurulatih MSV Duisburg. Pada Ogos 2006, beliau menolak tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Ivory Coast.

Pada 28 Ogos 2008, Kohler menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab divisyen ketiga Jerman, VfR Aalen. Beliau dipecat pada 5 Mei 2009.

Pada April 2003, beliau menjadi pengarah sukan untuk kelab lamanya, SV Waldhof Mannheim.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1986 2 0
1987 9 0
1988 11 0
1989 2 0
1990 10 0
1991 6 0
1992 10 0
1993 10 0
1994 13 0
1995 5 0
1996 10 1
1997 7 0
1998 10 1
Jumlah 105 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
4 Jun 1996 Mannheim, Jerman Barat  Liechtenstein
6–0
9–1
Persahabatan
2
18 Februari 1998 Muscat, Oman  Oman
0–2
0–2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

FC Bayern Munich
Juventus
Borussia Dortmund

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Autogramme", Sport-Bild 24 February 1993, p.43
  2. ^ name=kohler
  3. ^ name=kohler
  4. ^ name=kohler

Pautan luar[sunting | sunting sumber]