Tiada Sempadan (dokumentari)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiada Sempadan
GenreDokumentari
PengarahMohd Shahrizal Abd Rahim
PengacaraZaleha Khairene Ismail
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod13 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitMohd Shahrizal Abd Rahim
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal4 November 2007
Pautan luar
Laman sesawang

Tiada Sempadan ialah sebuah siri televisyen dokumentari Malaysia yang meliputi kisah hidup, perasaan dan pengalaman para pekerja asing di Malaysia. Siri 13 episod ini diterbitkan oleh penyiarnya TV9 dengan usahasama DiGi, dan diacarakan oleh Zaleha Khairene Ismail yang juga dinyatakan sebagai "perantara" pihak .

Objektif rancangan ini adalah untuk menitikberatkan kisah-kisah harapan, keberanian dan ketabahan semangat insani. Keunikan rancangan ini terletak pada objecktifnya, iaitu bukan untuk mengajar, sebaliknya setakat berkongsi pengalaman individu-individu ini serta mengilhamkan yang lain.[1]

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, dokumentari ini diwujudkan tepat pada masanya kerana masyarakat tempatan kian memandang hina individu-individu berkenaan dan mengaitkan mereka dengan gejala sosial, tambah beliau; bukan semua mereka bersalah atas perkara-perkara sebegiitu, sebaliknya berniat ikhlas dan terus menumpu perhatian mereka agar mencerahkan masa hadapan keluarga mereka di tanah air masing-masing.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran Tiada Sempadan bermula pada 20 Ogos. Episod pertama disiarkan pada 4 November 2007. Pasukan penerbitan Tiada Sempadan terdiri daripada Mohd Shahrizal Abd Rahim (penerbit), Anida Atan @ Sujang (Pembantu penerbit), Zaleha Khairene Ismail (wartawan penyiaran dan hos) dan Zaimie Anizah Zainuddin (wartawan penyiaran). Apa yang menariknya ialah segala aspek teknikal rancangan ini, termasuk penggambaran dan penyunting, dikendali oleh keempat-empat individu ini. Mereka juga menerjah ke negara asal masing-masing pekerja asing yang ditemu bual untuk menemui sanak saudara mereka. Penggambaran juga dibawa ke negara luar untuk menemui sanak saudara warga asing di ditemubual.[1]

Buat musim pertama, hanya warga-warga dari empat negara: Indonesia, Filipina, Nepal dan Bangladesh, yang diliputi.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Warga Ringkasan
1 4 November 2007  Indonesia Desa Kristianto menjadi pelayan resotran di sini demi menyara hidup adik-beradiknya di desa Sleman, dekat Yogyakarta.
2 11 November 2007  Indonesia Muhasin, majikan sebuah bengkel yang merantau dari Jawa Tengah, hendak meningkatkan mutu hidupnya, manakala seorang anak buahnya, Agus Dwi Priwanto yang juga dari Jawa Tengah, hendak menjayakan adik-adiknya dengan pendapatan di sini.
3 18 November 2007  Indonesia Siti Rahmatin dari Jawa Timur perlu menangkis cerita kawan-kawannya mengenai pengalaman ngeri di perantauan untuk menjadi pembantu rumah orang kaya di sini.
4 25 November 2007  Indonesia Anak watan Jawa Tengah yang cuma bernama Wahyono diambil bekerja di kilang cetak untuk mencari rezeki dan kini adalah salah seorang pekerja paling mahir.
5 2 Disember 2007  Filipina Pilar de la Cruz Sangaran tiba dari Manila pada tahun 1986 sebagai suri rumah tetapi lambat laun membuka dan menguruskan kedainya sendiri untuk menyara anak-anaknya di tanah airnya.
6 9 Disember 2007  Filipina Nerly Bacolcol meninggalkan empat orang anak yang masih muda di Manila untuk membantu di sebuah kedai runcit demi membela masa depan anak-anaknya.
7 16 Disember 2007  Filipina Aliza Alma Abdullah meninggalkan Cebu untuk menyanyi di kelab malam ibu kota sebelum ketentuan hidup mengubah haluannya ke bidang kecantikan.
8 23 Disember 2007    Nepal Khedar Bosnet menggunakan pengalaman ketenteraanya di negara asalnya sebagai penjaga keselamatan bangunan ibu pejabat DiGi.
9 30 Disember 2007    Nepal Neil Prasat berpisah dari keluarganya di Bhaktapur, datang ke sini untuk menjaga kebersihan bangunan pejabat demi menyara anak-anaknya.
10 6 Januari 2008  Bangladesh Hamid Hussein, pemegang diploma dari Gazipur, Dhaka yang kecewa kerana tiada peluang pekerjaan di tanahair, terpaksa mencuba nasib di ladang ayam di Sungai Siput.
11 13 Januari 2008  Bangladesh Mohammed Malek dari Matlab, tertarik oleh peluang meraih gaji lumayan di tapak pembinaan di Bandar Utama.
12 20 Januari 2008  Bangladesh Abdul Haie meninggalkan bidang pertanian di Narayangong demi mengubah nasib keluarganya dengan membersihkan dan menyelenggara padang golf kita.
13 27 Januari 2008 Imbasan kembali kesemua warga asing yang ditemubual sepanjang musim ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "TIADA SEMPADAN — TV9 and DiGi Reaches Out in New Documentary". DiGi. 30 Oktober 2007. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]